Idea Kreatif Cikgu Nancy


Mahu mencipta suasana lebih ceria dan menaikkan semangat anak didiknya supaya cekal belajar dalam suasana norma baharu.
Nancy ketika mengajar secara PdP sambil mengenakan sari dan pakaian tradisional etnik Sarawak. Foto Ihsan Nancy Thomas Itulah hasrat murni seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau, Miri di Sarawak, Nancy Thomas yang menggunakan kreativitinya menggayakan pelbagai pakaian tradisional ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara maya bersama pelajarnya
Menurutnya, idea berkenaan sekadar suka-suka bagi menghiburkan pelajarnya dan mencari kelainan untuk menarik minat pelajar mengikuti kelas yang dianjurkan menerusi Google Meet.
“Ketika cuti sekolah diumumkan secara mengejut, kami guru sedih kerana tidak sempat membuat sebarang persediaan untuk proses mengajar dalam talian apatah lagi memikirkan pelajar tingkatan enam saya yang akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) semester satu dan tiga.
“Jadi, untuk menghiburkan semua orang selain menarik minat pelajar untuk mengikuti kelas dalam talian, saya perlu lakukan sesuatu lain daripada lain supaya mereka tidak bosan dan sentiasa mengikuti kelas saya walaupun secara maya saja,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurutnya, dia menggayakan koleksi peribadi pakaian tradisional seperti etnik Orang Ulu, Ngepan Iban, Melanau, Lun Bawang, Dusun Tatana serta kebaya songket, cheongsam dan sari yang dimilikinya sejak 10 tahun lalu.
“Saya ada beberapa koleksi pakaian tradisional, sayang jika tidak dipakai jadi memandangkan tidak perlu banyak bergerak membuatkan saya berasa selesa untuk pakai selama empat jam ketika mengajar.
“Pada mulanya saya cuma mengenakan aksesori saja sebelum berpakaian lengkap pada hari kedua cuti sekolah baharu yang diumumkan kerajaan bermula.
“Saya bukan saja menggayakan pakaian tradisional beberapa etnik Sabah dan Sarawak, malah sempena sambutan Deepavali baru-baru ini saya juga tidak kekok mengenakan sari,” katanya.
Guru subjek Bahasa Melayu itu juga tidak menyangka, usaha kecilnya itu berjaya menarik minat pelajar mengikuti kelasnya apabila mencatatkan 95 peratus kehadiran, manakala bakinya menghadapi kekangan akses capaian Internet.
“Setakat ini, ramai menyokong idea saya ini, malah kebanyakan pelajar saya kata seronok mengikuti kelas dalam talian kerana ada kelainan berbanding kelas fizikal.
“Saya tidak berasa terbeban kerana cuma mengambil masa 30 minit untuk bersiap sebaliknya saya amat terharu apabila usaha saya ini berbaloi dan memang mengubah ‘mood’ pelajar untuk belajar.
“Pelajar saya juga sentiasa teruja menunggu pakaian apa lagi yang akan saya gayakan pada keesokan hari dan kadangkala mereka sendiri membuat permintaan,” katanya.
Selain itu, katanya, inisiatifnya itu juga memberikan peluang kepada pelajarnya memperluaskan pengetahuan dan mengenali lebih dekat kepelbagaian budaya dan pakaian tradisional pelbagai etnik dan kaum di negara ini.
Bekas finalis Dewi Remaja 1997/1998 itu sebelum ini, pernah menjadi bualan ramai apabila menggayakan pakaian tradisional kaum Kayan, etnik Orang Ulu selepas berjaya menakluki gunung Annapurna, Kathmandu, Nepal pada 25 November tahun lalu bersama suaminya.-HM
Guan Eng tidak layak jadi menteri kewangan, kata Nancy

The post Idea Kreatif Cikgu Nancy appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/20/idea-kreatif-cikgu-nancy/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cikgu Nancy Lawan Cikgu Mustakim

Cikgu Nancy Lawan Cikgu Mustakim

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 556 hits
Apa perasaan korang bila tengok dua gambar berbeza nih Seorang Cikgu Nancy dan seorang lagi Cikgu Mustakim Cikgu Nancy kelas penuh ramai murid suka tapi nasib berbeza pula pada Cikgu Mustakim yang terpaksa mengajar dalam kelas online yang k...
Pesan Menparekraf Untuk Pekerja Kreatif Indonesia

Pesan Menparekraf Untuk Pekerja Kreatif Indonesia

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 285 hits
Peserta juga mengaku terkesan berkegiatan di selama Banyuwangi seperti yang diungkapkan Jaringan Komunitas Kreatif Numbai Jkon Jayapura Denny Jackson
Cikgu Sedih Tiada Seorang Pun Calon Spm Hadir Kelas Online Akhirnya Anak Sendiri Yang Masuk Nak Hiburkan Ayah

Cikgu Sedih Tiada Seorang Pun Calon Spm Hadir Kelas Online Akhirnya Anak Sendiri Yang Masuk Nak Hiburkan Ayah

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 455 hits
926 total views 926 views today Penutupan sekolah susulan wabak Covid 19 yang melanda negara memerlukan para guru dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian di rumah Namun salah satu masalah yang dihadapi oleh para gu...
Ikut Kemahuan Pelajar Cikgu Berbusana Iban Ketika Mengajar Kelas Online

Ikut Kemahuan Pelajar Cikgu Berbusana Iban Ketika Mengajar Kelas Online

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 402 hits
Kreatif usaha cikgu Pelajar2 pun semangat nak belajar kalau cikgu cantik macam ni Ikut kemahuan pelajar cikgu berbusana Iban ketika mengajar kelas online Usaha para guru untuk mengajar anak anak murid secara dalam talian ketika Perintah Kaw...
Kasih Cikgu Muja Di Sarawak Hingga Berkorban Apa Saja Sanggup Memandu Ke Rumah Pelajar Setiap Minggu

Kasih Cikgu Muja Di Sarawak Hingga Berkorban Apa Saja Sanggup Memandu Ke Rumah Pelajar Setiap Minggu

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 435 hits
Demi memastikan anak didiknya tidak ketinggalan dalam pelajaran Mujalifah Kassim yang mengajar Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sibu Jaya Sarawak sanggup ke rumah pelajar untuk menyemak tugasan yang diberi Mujalifah 39 atau lebi...
Malam Anugerah Kreatif Lokal Award 2020 Yuk Jadi Saksi Penobatan Ukm Kreatif Terbaik

Malam Anugerah Kreatif Lokal Award 2020 Yuk Jadi Saksi Penobatan Ukm Kreatif Terbaik

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 288 hits
Malam 13 November 2020 saat Anugerah Kreatif Lokal Award 2020 digelar tentunya akan menjadi momen spesial
30 Tahun Berdiri Adira Finance Apresiasi Ukm Lokal Lewat Kreatif Lokal Award 2020

30 Tahun Berdiri Adira Finance Apresiasi Ukm Lokal Lewat Kreatif Lokal Award 2020

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 305 hits
Adira Finance memberikan Kreatif Lokal Award 2020 kepada para pemenang dari 6 kategori kreatif
Cara Mendidik Anak Menjadi Bijak Kreatif Dan Berakhlak Mulia

Cara Mendidik Anak Menjadi Bijak Kreatif Dan Berakhlak Mulia

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 378 hits
Perkongsian artikel ini dikongsikan oleh Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah melalui page Rasmi Facebook beliau berkenaan tentang 8 petua untuk mendidik anak yang bijak kreatif dan berakhlak mulia Cara Mendidik Anak Menjadi Bijak Kreatif Dan ...
Ultimate Port Dickson Travel Guide 2025 Beaches Culture Hidden Gems In Negeri Sembilan

Isu Blog Pening Dengan Masalah Failed To Follow Boleh Cuba Cara Ini

Sasar Sejuta Peserta Harian Metro 17 07 2025

Beng Hock S Family Insists On Justice After Dap Bow

Netizen Teruja Syed Saddiq Tempah Songkok Video

Netizen Terhibur Lihat Siti Nurhaliza Melatah Video

Eyes In The Sky Strengthening Malaysia S Defence With Ai And Drones

Where Would You Be Having Your Next Meal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Sebab Kenapa Anda Mesti Minum Teh Hijau Setiap Hari

Bertahan Demi Isteri Dan Anak Anak Kapsyen Almy Nadia Undang Sebak Usai Kontrak Fizz Fairuz Tamat

Waktu Makan Masa Paling Bernilai Tapi Skrin Dah Curi Segalanya

Realme 14 5g Telefon Permainan Rasmi Untuk Kejohanan Mlbb Msl Musim 5

Simptom Simptom Sindrom Watak Utama

Maksud Tabarakallah Kelebihan Cara Penggunaan