Viral Maklumat Yang Salah Menjadi Satu Fitnah Parah
“Satu Malaysia maki saya” - pemandu Honda tuntut permohonan maaf...
Gambar wajah dan kereta milik Shahril diviralkan individu dipercayai anak saudara kepada wanita hamil itu
PEMANDU Honda Civic yang didakwa melempang seorang wanita hamil gara-gara perselisihan mengenai 'parking' meminta individu yang menyebarkan perkara tidak benar mengenai insiden itu supaya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada dirinya dan keluarga
Menurut Shahril Zainal yang juga pemandu dalam posting tular tersebut, tindakan pengguna akaun Facebook Miera Azmi yang turut memuat naik gambar wajah dan juga nombor plat kenderaannya menyebabkan maklumat peribadinya terdedah kepada umum
"Saya cuma berharap individu yang viralkan insiden itu dan juga gambar saya dan kereta supaya buat permohonan maaf kepada saya dan keluarga. Secara tidak langsung maklumat peribadi saya didedahkan kepada netizen yang tidak dikenali
"Malah Facebook isteri saya juga dia letakkan di ruangan komen. Maruah keluarga saya semua dipermain-mainkan. Kes ni hanya antara saya dan mak cik dia, tapi kenapa dia perlu masuk campur
"Ramai mendesak saya untuk buat saman malu tapi saya haraplah dia dapat buat permohonan maaf di Facebooknya. Jika dia tak nak mengaku salah sekali pun, cukuplah sekadar mengatakan dia tak sepatutnya viralkan insiden itu," katanya kepada mStar
Laporan polis dipercayai dibuat wanita hamil itu mendakwa dirinya dikasari pemandu tersebut.Jelas Shahril, dia terkilan apabila individu tersebut memutar belitkan kenyataannya semasa kejadian yang berlaku di tempat letak kereta berhadapan Family Mart dekat Taman Molek, Johor Bahru sehingga dia dikecam teruk
"Sejujurnya saya tak ada sentuh wanita hamil itu. Apatah lagi melempang dan menolak dia sehingga jatuh. Semua itu tidak benar
"Sebenarnya isu ini diviralkan oleh anak saudara wanita itu padahal dia tak ada pun di lokasi kejadian ketika itu
"Apa yang buat saya terkilan dia siap tulis dekat Facebook baby dalam kandungan tak bergerak sebab dalam report polis dia kata saya tolak dan lempang wanita hamil tu. Itulah punca utama netizen marah," katanya
Namun hakikatnya Shahril mendakwa, dia tahu keadaan wanita itu dan tidak akan bertindak di luar batasan
"Saya tahu dia mengandung. Saya juga tahu kalau saya cederakan orang yang mengandung ni jadi kes berat
"Kalau setakat dia nak jatuhkan air muka saya dengan fitnah saya lempang wanita itu, biar Allah yang balas. Saya cuit dia pun tak. Satu Malaysia maki saya
Facebook milik Miera Azmi yang menyebarkan insiden itu sudah dipadamkan."Puas hati dia bila buat cerita macam ni. Saya minta dia ingat balik kejadian tu sama ada betul ke tak saya ada lempang dan tolak dia sampai jatuh," katanya
Shahril bagaimanapun mengakui ada berkasar mulut dan menengkingnya sewaktu gambar kereta miliknya dirakam
"Bila saya keluar dari Family Mart saya tengok dia tengah ambil gambar kereta saya. Saya jerkah dia sambil tepuk lampu depan motosikal dia. Dia gelabah hampir hilang kawalan sebab duduk atas moto
Apa yang buat saya terkilan dia siap tulis dekat Facebook baby dalam kandungan tak bergerak sebab dalam report polis dia kata saya tolak dan lempang wanita hamil tu. Itulah punca utama netizen marah.SHAHRIL ZAINALPemandu Honda Civic"Saya tanya dia nak buat apa ambil gambar kereta saya. Dia kata nak viralkan. Saya cuba halang sambil cuba nak ambil handphone dia. Kemudian anak dia keluar dia suruh rakam juga. Saya cakap juga dengan anak dia nak suruh parking dalam pun susah ke?"Anak dia cakap nak buat report polis. Jadi saya jawab buatlah. Nanti saya nak buat dengan member saya juga. Tapi saya tak rasa benda ni boleh jadi panjang siap viral bagai," katanya yang turut membuat laporan polis pada Rabu
Menceritakan detik insiden itu, Shahril berkata segalanya bermula apabila dia meminta wanita hamil itu untuk meletakkan motosikalnya dengan betul kerana parkir di kawasan itu sudah penuh
Antara komen netizen di Facebook berkaitan insiden itu."Kalau tengok pada gambar dia parking tengah-tengah jadi saya minta dia masuk parking betul-betul. Tapi dia pula suruh saya cari parking kat tempat lain. Masa tu pula wife saya tengah pegang baby takkan saya nak double park."Moto tu boleh je masuk dalam tapi dia bising-bising dekat saya. Saya keluar saya cakap dengan dia guna suara tegas... masuk je pun susah ke. Dia melawan, saya pun berbalah
"Masa nak pergi Family Mart dia sound baru pakai Honda dah berlagak. Kenapa perlu label orang macam tu. Saya pun cakap guna bahasa kasar dan terus pergi beli Oden," katanya
Usaha untuk mendapatkan komen Miera Azmi berkaitan postingnya tidak berhasil apabila akaun Facebooknya sudah dipadamkan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://feedproxy.google.com/~r/adajewnet/~3/eo1IWzHK-U0/viral-maklumat-yang-salah-menjadi-satu.html