Kamu Beri Najib Maklumat Salah Dan Kerjasama Dengan Jho Low


MALAYSIAKINI

   
KES 1MDB NAJIB l Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa bekas pegawai khas Najib Razak, Amhari Efendi Nazaruddin, adalah pemilik anak syarikat “palsu” International Investment Company (IPIC) yang menerima ratusan juta dolar berkaitan 1MDB.

Pada hari ke-10 perbicaraan jenayah 1MDB bekas perdana menteri itu, peguam utamnya, Muhammad Shafee Abdullah cuba membuktikan bahawa saksi Amhari adalah pemegang saham tunggal Aabar Investments PJS BVI (Aabar BVI).

Aabar BVI dilaporkan telah ditubuhkan sebahagiannya oleh ahli perniagaan yang kini menjadi buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, bersama-sama dengan pegawai “kotor” syarikat Aabar yang sebenarnya, iaitu anak syarikat IPIC yang sah.

Sebelum ini, adalah dilaporkan bahawa AS$577 juta didakwa diselewengkan kepada syarikat palsu itu, Aabar BVI, pada tahun 2012.
IklanSemasa pemeriksaan balas saksi, Muhammad mencadangkan kepada Amhari bahawa dia memiliki syarikat itu melalui Tycoon Gain Ltd yang juga adalah pemilik Aerosphere Ltd.

Adalah dinyatakan dalam perbicaraan sebelum ini bahawa Aerosphere adalah syarikat Amhari di mana dia pernah membuka akaun dengan bank BSI di Singapura di bawah arahan Low.

Walau bagaimanapun, Amhari menafikan maklumat berkenaan walaupun dia bersetuju bahawa dokumen yang dikemukakan menunjukkan bahawa Tycoon Gain dan Aerosphere Ltd menggunakan pejabat yang sama kerana mereka berkongsi alamat yang sama.

Shafee: Ini adalah apa yang mereka panggil Aabar palsu - Aabar BVI - (dan) kamu pemegang saham tunggal?
Amhari: Saya tidak tahu.

Shafee: [...] Saya cadangkan kepada kamu bahawa sebagai Aerosphere milik Tycoon Gain Ltd, (dan) Aabar Investments PJS Ltd juga dimiliki oleh syarikat yang sama, yang bermaksud kamu adalah pemilik Aerosphere Ltd serta Aabar Investments PJS Ltd.
Amhari: Saya tidak tahu.
Shafee kemudian menuduh Amhari menyembunyikan maklumat tentang pemilikannya dalam Aabar BVI daripada SPRM dan mahkamah untuk menyembunyikan peranannya dalam skandal 1MDB.

Shafee: Kamu sedar ini, tetapi kamu secara aktif menyembunyikannya daripada kami, SPRM dan pihak pendakwa. Kamu cuba menyembunyikan penglibatan dalam 1MDB ini.
Amhari: Saya tidak setuju.

Shafee: Kamu bekerja rapat dengan Jho Low dari mula lagi, atas sebab itu kamu terus beri Najib maklumat yang salah dan bekerja sama dengan Jho Low.
Amhari: Saya tidak setuju.

Shafee: [...] Kamu pemilik Aabar palsu, maka kamu pakat dengan Jho Low untuk ke Abu Dhabi untuk menyembunyikan kebenaran dan perdana menteri tidak tahu mengenai (itu).
Amhari: Saya tidak setuju.
Amhari yang berusia 43 tahun memberi keterangan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014, dan juga 21 pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/kamu-beri-najib-maklumat-salah-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1mdb Jho Low Tahu Selok Belok Rumah Najib Boleh Order Milo Ais

1mdb Jho Low Tahu Selok Belok Rumah Najib Boleh Order Milo Ais

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 345 hits
Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi KUALA LUMPUR Ahli Perniagaan dalam buruan Low Taek Jhow atau Jho Low didakwa sangat rapat dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya Malah Jho Low dikatakan begitu akrab dan san...
Saksi Jho Low Sudah Biasa Di Rumah Najib Minta Milo Ais

Saksi Jho Low Sudah Biasa Di Rumah Najib Minta Milo Ais

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 267 hits
Bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 23 September 2019 Foto oleh Ahmad ZamzahuriKUALA LUMPUR 23 Sept Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa hubungan ahli perniagaan dala...
Milo Ais Jho Low Bukti Anda Rapat Dengan Najib

Milo Ais Jho Low Bukti Anda Rapat Dengan Najib

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 891 hits
Minuman Milo panas Milo ais dan Milo ais bertopping serbuk Milo popular di Malaysia Tidak lama lagi satu lagi minuman Milo baru akan memasuki pasaran iaitu Milo Ais Jho Low Hari ini di mahkamah DPP Dato Gopal Sri Ram bertanya saksi Dato Sha...
Najib 1mdb Trial Day 12 Defence Invites The Prosecution To Produce Jho Low In Court

Najib 1mdb Trial Day 12 Defence Invites The Prosecution To Produce Jho Low In Court

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 400 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged abuse of power and laundering of 1MDB funds enters its 12th day at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of the proceedings Su...
Rentasan Berita 565 Gempar Bekas Ceo Tia Dedah Hubungan Jho Low Dan Najib

Rentasan Berita 565 Gempar Bekas Ceo Tia Dedah Hubungan Jho Low Dan Najib

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 287 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 565 1 SUKAR DIPERCAYAI JHO LOW TIADA KAITAN DENGAN 1MDB 2 BARISAN NASIONAL GAGAL BASMI KEMISKINAN KATA ANWAR 3 TAWARAN PAS KAMEK SIK MAOK KATA GPS 4 TUNAI MANIFESTO ILTIZAM KEPIMIMPINAN DIPERLUKAN Layari Facebook kami...
Najib S Lawyer In 1mdb Trial Get Jho Low Here So He Can Be Quizzed

Najib S Lawyer In 1mdb Trial Get Jho Low Here So He Can Be Quizzed

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 397 hits
The Malaysian authorities should recover fugitive businessman Low Taek Jho in order to question him regarding the 1Malaysia Development Berhad fiasco instead of having witnesses tell the court what he had said a lawyer said today Datuk Seri...
Serbuan Ke Apartmen Jho Low Hasil Bantuan Bekas Pembantu Najib

Serbuan Ke Apartmen Jho Low Hasil Bantuan Bekas Pembantu Najib

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 314 hits
KES NAJIB 1MDB Amhari Efendi berkata beliau telah membawa SPRM ke unit apartmen milik Low pada 27 Jun 2018
Najib Kenali Jho Low Lama Dulu Sebelum Saya Kenalinya

Najib Kenali Jho Low Lama Dulu Sebelum Saya Kenalinya

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 308 hits
Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Low Taek Jho atau Jho Low sudah mengenali Najib Razak dan keluarganya lama sebelum dia mengenali ahli perniagaan yang menjadi buruan itu Bekas pegawai khas Najib iaitu A...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Umur Berkurang Setiap Masa

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah