Rukyah Salah Satu Perubatan Islam Untuk Pesakit Yang Dirasuk


 

Di dalam Al-Quran, Allah SWT telah menyebut perkataan ‘syaitan’ sebanyak 70 kali, manakala ‘iblis’ sebanyak 11 kali dan juga ‘jin’ sebanyak 14 kali.
Makhluk halus ini merupakan antara penyebab mengapa manusia dirasuk atau diserang histeria, bergantung kepada kenapa dan sebab seseorang itu dirasuk.
Histeria bukanlah perkara gurauan, malah ia merupakan realiti yang benar-benar terjadi dalam masyarakat bukan sahaja Melayu malah bangsa lain juga bergantung kepada kepercayaan yang dipegang.
Ia sendiri merujuk kepada keadaan seseorang yang dirasuk oleh jin sehingga mengakibatkan berlakunya tindakan luar biasa disebabkan oleh hilangnya kewarasan akal.
Menurut Ibn Al-Qayyim dalam kitab at-Tibb al-Nabawi, sakit histeria ini berlaku akibat roh-roh jahat yang berupa jin atau syaitan menyerang roh manusia sehingga memberikan kesan buruk kepada fizikal.
Jin dan syaitan ini boleh menyerang melalui aliran darah manusia sehingga boleh mengawal mereka dengan menyesatkannya melalui perbuatan di luar kawalan.
Malah, menurut perbahasan beberapa ulama’ lain menyebut bahawa jin dan syaitan ini adalah makluk halus yang tidak berjasad, maka mereka berupaya memasuki badan manusia melalui aliran darah atau angin.
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنَ الإِنْسَانِ مَجْرَى الدَّمِ
Maksud: “Sesungguhnya syaitan berjalan pada anak manusia seperti jalannya darah pada peredarannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 2038)
Malah, kita melihat banyak kes dan juga berita kebanyakan isu histeria yang berlaku di sekolah atau kawasan asrama terjadi terhadap mereka yang lemah semangat, cakap besar atau pelajar perempuan yang di dalam keadaan haid.
Mengapa mereka lebih banyak menyerang golongan ini? Hal ini kerana, jin dan syaitan suka akan benda-benda yang kotor atau cenderung untuk menganggu mereka yang kurang dekat dengan Al-Quran atau zikir.
Melalui kelalaian tersebut, laluan untuk masuk ke dalam badan manusia lebih mudah kerana tiada hijab yang kukuh untuk menghalangnya.
Tambah golongan ilmuwan lagi, mereka yang pernah dirasuk, cenderung untuk terkena lagi kerana laluan itu sudah pernah ada jika ia tidak ditutup dengan ayat Al-Quran atau zikir-zikir yang mendekatkan diri kepada tuhan dalam erti kata lain tidak berubah.
Lain pula bagi mereka yang dirasuk disebabkan santau atau perbuatan jahat manusia lain. Ia memerlukan rawatan yang lebih lanjut dan rapi kerana makhluk ini cenderung untuk ‘menyempurnakan misi’ yang diberikan oleh tuannya.
Menurut pengasas Pusat Rawatan Islam Nur Rahman, Muhammad Firdaus Tokimin, mereka yang dirasuk akibat santau perlu mendapatkan rawatan susulan kerana ia biasanya susah untuk diberhentikan.
Selalunya, pakar-pakar perubatan Islam ini akan menggunakan rawatan rukyah kepada pesakit bagi mengeluarkan dan menutup sepenuhnya laluan yang telah terbuka itu.
Apa Itu Rawatan Rukyah
Rukyah atau nama penuhnya ialah rukyah syariah merupakan keadah jampi atau perubatan yang bersandarkan kepada hukum-hakam Islam. Ia adalah rawatan yang didasari Al-Quran dan As-Sunnah.
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Mafhum: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” (Surah Al-Isra’, 17:82)
Ia juga dikenali sebagai at-Tibb an-Nawawi, iaitu salah satu cara perubatan Rasulullah. Nabi SAW membolehkan amalan ini selagi mana ia tidak melanggar syariah atau mengandungi perbuatan-perbuatan syirik.
Imam Syauqani berkata: “Harus merukyah dengan kitab Allah SWT dan diikuti dengan zikir dan doa-doa yang ma’thur. Boleh juga doa yang tidak ma’thur selagi mana tidak bertentangan dengan yang ma’thur.” (Nail al-Autar, 10/440) (Ma’thur di sini bererti doa yang kerap dibaca oleh Nabi SAW).
Di Malaysia sendiri, banyak pusat rawatan Islam yang ditubuhkan bagi membantu menangani masalah ini. Antara yang terkenal ialah Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Darussyifa’, Pusat Rukyah Hijrah dan banyak lagi.
Ayat rukyah ini boleh mengesan jin yang berada di dalam badan dan bersarang di kawasan rumah kita. Jin yang memasuki badan akan bergerak melalui saluran darah kita.
Oleh itu, sejurus dirukyah, ia akan menyakiti jin yang bersarang dengan menyebabkan keadaan mereka kucar-kacir. Ia sekali gus akan mengakibatkan degupan jantung bertambah kencang.
Berbeza dengan mereka yang terkena sihir atau santau, ia akan membuatkan seseorang itu mudah merasa mengantuk manakala untuk mereka yang ada saka akan terasa panas di bahagian-bahagian tertentu.
Antara petanda lain yang mungkin berlaku ialah badan akan bergegar, terasa ada benda yang bergerak di bawah kulit, gelisah dan tak senang duduk.
Disebabkan itu, kebanyakan pakar perubatan Islam menasihatkan agar ayat-ayat rukyah ini dipasang secara berhati-hati agar tidak berlaku perkara yang diingini dan seeloknya dilakukan di bawah pantauan dan pengawasan mereka yang pakar.
Wallahu a’lam.
Rujukan:
Terapi Ruqyah: Pendinding Diri Daripada Gangguan Sihir, Jin dan Syaitan oleh Rohidzir Idris
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Rukyah – Salah Satu Perubatan Islam Untuk Pesakit Yang Dirasuk appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/rukyah-salah-satu-perubatan-islam-untuk-pesakit-yang-dirasuk/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Siasat Laporan Rekod Perubatan Pesakit Didedah

Kkm Siasat Laporan Rekod Perubatan Pesakit Didedah

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 243 hits
KKM siasat laporan rekod perubatan pesakit didedah nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 Sep 2019 11 41PM
Viral Maklumat Yang Salah Menjadi Satu Fitnah Parah

Viral Maklumat Yang Salah Menjadi Satu Fitnah Parah

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 285 hits
Satu Malaysia maki saya pemandu Honda tuntut permohonan maaf Gambar wajah dan kereta milik Shahril diviralkan individu dipercayai anak saudara kepada wanita hamil itu Menceritakan detik insiden itu Shahril berkata segalanya bermula apabila ...
Ilmu Perubatan Islam Tuan Guru Dato Dr Haron Din

Ilmu Perubatan Islam Tuan Guru Dato Dr Haron Din

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 290 hits
Kene simpan ilmu ni baik2 1 Angin dalam badan sakit sakit sendiSurah fussilat ayat 442 Disengat ikan sembilang atau ikan keli penawar ada pada otak ikan tersebut Ketuk kepala ikan ambil kecik seperti gel Ambil sapu pada bahagian yang diseng...
Rahsia Perubatan Islam Untuk Yang Kerap Sakit Tapak Kaki Bila Pijak Lantai Sejuk

Rahsia Perubatan Islam Untuk Yang Kerap Sakit Tapak Kaki Bila Pijak Lantai Sejuk

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 1151 hits
Rahsia Perubatan Islam Untuk Yang Kerap Sakit Tapak Kaki Bila Pijak Lantai Sejuk Tahukah anda bila anda bangun dari tidur bila di pijak kaki pada lantai yang sejuk jika anda terasa menyucuk2 di tapak kaki itu maknanya dalam badan anda banya...
Satu Keluarga Dapat Hidayah Peluk Islam Detik Indah Dirakam Sayu

Satu Keluarga Dapat Hidayah Peluk Islam Detik Indah Dirakam Sayu

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 485 hits
Siapa pernah menyangka hidayah daripada Allah akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya Beruntunglah golongan golongan yang menerima hidayah terutamanya bagi orang yang baru sahaja memeluk Islam Perkara ini kerana seseorang i...
Ini Salah Satu Sebab Doa Susah Nak Makbul

Ini Salah Satu Sebab Doa Susah Nak Makbul

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 334 hits
Ini salah satu sebab doa susah nak makbul Assalamualikum dan salam sejahtera Mesti ada di antara kita yang selalu memanjatkan doa kepada yang maha esa Tak kisahlah apa pun doanya Dan pasti ada daripada kita yang selalu tertanya tanya aku ni...
Subhanallah Satu Keluarga Pilih Islam Sucinya Umpama Sehelai Kain Putih

Subhanallah Satu Keluarga Pilih Islam Sucinya Umpama Sehelai Kain Putih

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 430 hits
Subhanallah Satu Keluarga Pilih Islam Sucinya Umpama Sehelai Kain Putih Tanggal 17 September lalu menjadi tanggal penuh bersejarah buat keluarga ini apabila menerima kehadiran Islam sebagai agama baru mereka Siapa sangka hidayah Allah itu a...
Cerita Syahdu Pengalaman Ustaz Farid Ravi Memeluk Islam

Cerita Syahdu Pengalaman Ustaz Farid Ravi Memeluk Islam

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 605 hits
Nama saya Jesiah Ravi a l Jacob Nama tu menunjukkan Kristian Memang kami asalnya Kristian Tetapi Kristian yang tidak praktis Ayah saya meninggal ketika saya dalam perut ibu Saya anak yatim Ibu membesarkan saya Sejak kecil saya terdedah kepa...
Misteri Akil Balik Cerekarama Lakonan Izzue Islam Azar Azmi

Misteri Akil Balik Cerekarama Lakonan Izzue Islam Azar Azmi

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 1189 hits
Saksikan telefilem seram komedi bertajuk Misteri Akil Balik di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu ini jam 9 30 malam JUDUL MISTERI AKIL BALIK WAKTU SIARAN Sabtu 21 September 2019 9 30 malam SIARAN TV Slot Cerekarama TV3 PENGARAH Amie Maziah PRO...
Adakah Minuman Zero Sugar Bermaksud Tiada Gula Dan Bagus Untuk Diet

13 Jenis Serunding Premium Pelbagai Perisa

Lirik Lagu Purnama Aeydan

Resipi Biskut Semperit Coklat Sedap Mudah Boleh Buat Untuk Raya

Spm Ke Mana Lebihan Makanan Di Bazar Ramadan Berita Rtm 13 03 2025

Pengalaman Berbuka Puasa Di Restoran Bara Stulang Jb

Kerja Kosong Di Dbp Dewan Bahasa Dan Pustaka Tahun 2025

Lewat Hari Ni


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dapat Pinjaman Ptptn Tapi Tak Pernah Bayar Balik Travel Ban

Sedap Ke Makan Di Richiamo Coffee

Adakah Teknologi Ai Akan Membunuh Kerjaya Penulis

Can I Hatch Out A Shark And Grow It On Practical Fishkeeping

Trash Taxi Tales Real Stories Of How Fast Junk Removal Changes Lives

Bekas Pegawai Teresa Letak Semua Jawatan Dalam Dap