Viral Kisah Inspirasi 3 Jari Bukan Penghalang Kejayaan
Ikuti kisah inspirasi (viral) dari FB NIZAM: Founder Jamumall. Izinkan SR mencuri 11 minit masa anda untuk melihat video di bawah ini. Inspired!
Luahan di FB beliau sangat terkesan….
Di usia 30 .. dengan keadaan cacat ... aku bersyukur dengan kehidupan ... aku berjaya membina satu syarikat Jamumall Sdn Bhd, dan membina platform jualan jamumall.com .. aku happy mampu beli ape aku nak , mampu makan yang mewah , mampu travel ke Dubai , Korea , Japan, Australia dan banyak negara aku dah sampai.. yang paling best aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga, tanggung family dan bersedekah setiap hari ...
Bukan nak riak ... tapi aku tahu ramai sebenarnya org di luar sana nak jadi mcm aku , nak banyak duit mcm aku , nak bahagiakan family mereka macam aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??
Lihatlah aku ...
Kehidupan aku dulu tak macam ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidur perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .
Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bila saya haus , lapar , penat , tiada org di sisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ada sesuatu manfaat yang nak aku buat ..
Aku cuba merenung dan mengimbas kehidupan ramai org di luar .. kalaulah aku diberi tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...
Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri, ramai yg suka bagi bermacam alasan bila bekerja, ramai yg cepat giveup bila ade cabaran !!
Ramai cuba memilih untuk kerja senang , tak nak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan menganggur bertahun-tahun atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bagi duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...
Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg Allah beri dan jangan sia-siakan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dapat melihat kegembiraan, senyuman ramai orang di sekeliling aku ..
Kini aku sedar .. untuk berjaya dalam kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih sayang yang hebat , keberanian yang tinggi , suka belajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ke tahap sekarang ..
Dan semua value yg ada dalam diri aku akan aku bawakan ke dalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!
Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan orang sekeliling .. anda ada berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite saja yang mampu ubah diri kita!!
Apa Kata SR?
Sejujurnya setelah tamat menyaksikan video di atas, hati SR sebak. SR menangis. Betapa hidup ini kita perlu bersyukur. Bersyukur mampu bernafas, bersyukur dengan kerja yang kita ada, bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.
Warga OKU dan kita semua memerlukan kisah inspirasi seperti Encik Nizam ini untuk lebih bermotivasi mengejar impian dan meraih kejayaan seperti orang lain. Ternyata orang OKU boleh berjaya dengan adanya sokongan moral dari orang keliling dan keluarga. Semangat yang kuat dan hati yang kental amat diperlukan untuk berjaya dalam hidup.
PERSOALAN: Adakah kita yang telah dilahirkan serba serbi sempurna ini memanfaatkan peluang yang ada untuk berjaya dalam hidup?
Your hardest times often lead to the greatest moments of your life. Keep going. Tough situations build strong people in the end.” ― Roy T. Bennett, The Light in the Heart“Never stop dreaming, never stop believing, never give up, never stop trying, and never stop learning.” ― Roy T. Bennett, The Light in the HeartNothing is impossible when you BELIEVE.Be yourself and stay UNIQUE!
[ Jom follow Khairul Nizam ]
FB Official - https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/FB PAGE - https://www.facebook.com/Jamumallcom/IG - https://www.instagram.com/hyekhairul/Website - https://jamumall.com/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.syazaredzuu.com/2019/05/viral-kemampuan-lelaki-3-jari-ini-buat.html