Kisah Lelaki 3 Jari Pengasas Jamumall Sdn Bhd
Assalammualaikum
Selamat Hari Pekerja semua! haha Amacam korang cuti satu hari la ye. Sempena hari Pekerja ni, Mellya nak berkongsi kisah mengenai seorang lelaki OKU yang bernama Khairul Nizam. Beliau merupakan pengasas Jamumall, sebuah platform jualan online yang menjual pelbagai jenis product kecantikan dan lain-lain. Dulu memang Mellya tak pernah dengar tentang lelaki ni, tapi sejak viral tentang Wedding Siti Jamumall baru-baru ni, Mellya ada juga la cuba mencari siapa pengasas sebenar Jamumall. Ternyata kisah lelaki ni memang boleh dijadikan inspirasi kita semua.
Khairul Nizam dan Adiknya, Siti
Luahan Hati Lelaki 3 Jari
Luahan di fb beliau sangat terkesan….
Diusia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku betsyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli ape ku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan byk negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah meeah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...
Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??
Lihatlah aku ...
kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .
Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..
Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...
Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !!
Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...
Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..
Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..
Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!
Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!
Kisah abang Siti Jamumall ni sangat menyentuh perasaan Mellya. Bayangkan dengan keadaannya yang cuma mampu menggerakkan tiga jari saja, beliau mampu menubuhkan sebuah syarikat yang bukan calang-calang. Jamumall sangat dikenali di media sosial terutamanya di laman Facebook. Semoga kisah pemuda ini mampu menggerakkan dan menguatkan semangat kita untuk turut berusaha mengubah hidup ke arah yang lebih baik. Kepada Lelaki 3 Jari, Mellya mengucapkan terima kasih kerana berjaya menjadi sumber inspirasi kepada kami semua.
FB: https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/PAGE: https://www.facebook.com/Jamumallcom/IG: https://www.instagram.com/hyekhairul/WEBSITE: https://jamumall.com/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mellyacrayola.blogspot.com/2019/05/kisah-lelaki-3-jari-pengasas-jamumall.html