Vince Group Raih Dana Rm 150 Juta Dari Crewstone International Buka Era Baru Pelaburan Hartanah Di Malaysia


Pasaran hartanah Malaysia kini menyaksikan satu langkah besar ke hadapan dengan pelancaran Vince Group Vision Fund L.P. bernilai RM150 juta – hasil kerjasama strategik antara dua nama besar dalam dunia pelaburan, Vince Group dan Crewstone International. 
Lebih mengagumkan, dalam masa kurang dua minggu selepas dana ini dilancarkan, mereka telah berjaya mengumpul RM35 juta daripada pelabur tempatan dan antarabangsa. Ia satu pencapaian luar biasa yang menunjukkan betapa tingginya keyakinan terhadap masa depan projek ini. 
VINCE GROUP RAIH DANA RM 150 JUTA DARI CREWSTONE INTERNATIONAL: BUKA ERA BARU PELABURAN HARTANAH DI MALAYSIA




Majlis menandatangani perjanjian pelaburan rasmi telah berlangsung pada 8 Mei 2025 di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), dan dirasmikan oleh Dato’ Izmir Mujab (CEO Crewstone International) dan Dato’ Vincent Nee (Pengarah Urusan Vince Group). Majlis ini turut disaksikan oleh YM Tunku Prof Dato’ Fauzi (Pengerusi Vince Group), Dato Dr Ong (Rakan Kongsi Vince Properties), Keng Fai (Ketua Pegawai Pelaburan Crewstone International) dan tetamu-tetamu kehormat dari kedua-dua organisasi, menandakan bermulanya satu kerjasama yang dijangka akan mengubah landskap pelaburan hartanah di Malaysia. 
Vince Group ialah sebuah syarikat yang membina ekosistem hartanah secara menyeluruh dari pembangunan dan pemasaran, agensi hartanah, pendidikan pelaburan, pengurusan sewaan, hingga teknologi hartanah. Mereka berpengalaman menyediakan solusi hartanah yang tersusun dan mampu menjana pulangan tinggi. Dengan sokongan Crewstone International, sebuah firma ekuiti persendirian berpengaruh yang aktif di pasaran global seperti AS, UK, India, Indonesia dan Timur Tengah, gabungan dua entiti ini mampu menarik minat pelabur secara besar-besaran. 


Apa yang menjadikan kerjasama ini luar biasa adalah kelajuan dan kecekapan mereka. Hanya dalam tempoh sebulan selepas perjanjian kerjasama dimeterai pada 19 Mac 2025, dana ini telah didaftarkan secara rasmi dengan Labuan Financial Services Authority (LFSA). Tidak lama selepas itu, mereka berjaya mengumpul dana pertama sebanyak RM35 juta – satu petanda jelas bahawa pelabur yakin terhadap model pelaburan yang diketengahkan. 
Ketua Pegawai Eksekutif Crewstone International, Ahmad Izmir, berkata inisiatif bersama itu menetapkan penanda aras baharu dalam sektor pelaburan hartanah di negara ini

"Dengan menggabungkan kepakaran kami dalam penstrukturan pelaburan dan kekuatan ekosistem hartanah Vince Group, kami membuka jalan ke arah masa depan pelaburan yang lebih mampan dan berskala besar," katanya dalam satu kenyataan.


Dana itu akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam peluang hartanah berpulangan tinggi yang sudah melalui proses penilaian risiko rapi di seluruh negara, dengan keutamaan kepada pemeliharaan modal dan potensi pulangan optimum.

Dato’ Vincent Nee berkata, pelancaran dana ini menjadi asas kepada pembentukan ekosistem hartanah menyeluruh yang bersedia memenuhi keperluan pelabur moden serta menyumbang kepada pertumbuhan jangka panjang sektor berkenaan.

"RM150 juta ini bukan sekadar satu instrumen kewangan, sebaliknya satu revolusi dalam cara pelaburan hartanah di Asia Tenggara dirancang dan dilaksanakan," katanya.
Fokus utama dana ini adalah membeli hartanah yang berkualiti tinggi dan berpotensi tinggi untuk dibaik pulih dan dijual semula. Ia bukan sekadar beli dan jual, tetapi dibina sebagai satu ekosistem lengkap dari pemilihan hartanah, proses baik pulih, jualan, hingga perkhidmatan selepas jualan yang profesional. Vince Group turut menyediakan platform pelaburan hartanah yang mudah diakses, termasuk pendidikan dan bimbingan kepada pelabur, agar mereka boleh membuat keputusan yang bijak dan menguntungkan. 

Gabungan kekuatan strategik Crewstone International dan kepakaran menyeluruh Vince Group telah meletakkan dana ini sebagai pelopor dalam membina ekosistem hartanah pertama yang bersepadu di Malaysia. Sasaran mereka jelas, bukan hanya memberi pulangan kepada pelabur, tetapi mencipta pengalaman pelaburan yang lancar, selamat dan bernilai jangka panjang.

Dalam dunia pelaburan hartanah yang semakin kompetitif, kerjasama di antara Vince Group dan Crewstone International membuktikan bahawa dengan visi yang jelas, tindakan yang pantas, dan strategi yang mantap. Kejayaan bukan sahaja boleh dicapai, malah boleh dikecapi dalam masa yang singkat. Vince Group Vision Fund L.P. bukan sekadar satu produk pelaburan, ia adalah permulaan kepada satu perubahan besar dalam cara orang ramai melabur, memiliki dan mengurus hartanah di Malaysia. 
Tahniah Vince Group dan Crewstone International!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/06/vince-group-raih-dana-rm-150-juta-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Reit Malaysia Pelaburan Hartanah Tanpa Beli Rumah

Reit Malaysia Pelaburan Hartanah Tanpa Beli Rumah

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 479 hits
REIT Malaysia Pelaburan Hartanah Tanpa Beli Rumah Pernah terfikir untuk memiliki hartanah komersial seperti pusat beli belah hospital atau pejabat besar tanpa perlu membeli secara fizikal Jawapannya ialah REIT atau Real Estate Investment Tr...
A Critical View As Malaysia China Relations Enters New Golden Era

A Critical View As Malaysia China Relations Enters New Golden Era

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 277 hits
After a long wait Chinese President Xi Jinping completed his state visit to Malaysia from April 15 to 17 This was his first state visit to Malaysia in 13 years The outcomes of the visit were formalised in a joint statement and the signing o...
Mikel Jauregizar Bernilai 30 Juta Berketurunan Malaysia Layak Bermain Dengan Harimau Malaya

Mikel Jauregizar Bernilai 30 Juta Berketurunan Malaysia Layak Bermain Dengan Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 15/6/2025 - jumlah : 754 hits
Media Sepanyol Estadio Deportivo melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao Mikel Jauregizar berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili Malaysia Media Sepanyol lapor pemain tengah LaLiga bernilai 30 juta dikaitk...
Azam Baki Dedah Rm20 Juta Dana Bina Lebuh Raya Mungkin Diseleweng Ke Aktiviti Judi

Azam Baki Dedah Rm20 Juta Dana Bina Lebuh Raya Mungkin Diseleweng Ke Aktiviti Judi

papar berkaitan - pada 3/6/2025 - jumlah : 171 hits
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki dedah bahawa dana sukuk berjumlah RM20 juta yang diperuntukkan untuk projek pembinaan lebuh raya dipercayai telah diseleweng dan mungkin digunakan untuk aktiviti per...
Hiburan Diguna Untuk Akiviti Perjudian Tan Sri Seleweng Dana Rm20 Juta Untuk Pembinaan Lebuh Raya Azam Baki

Hiburan Diguna Untuk Akiviti Perjudian Tan Sri Seleweng Dana Rm20 Juta Untuk Pembinaan Lebuh Raya Azam Baki

papar berkaitan - pada 3/6/2025 - jumlah : 314 hits
Melalui laporan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia iaitu Tan Sri Azam Baki memaklumkan dana berjumlah RM20 juta yang diperuntukan untuk pembinaan lebuh raya telah diseleweng dan berkemungkinan diguna untuk aktiviti per...
Era Baharu Perbelanjaan Bijak Rakyat Malaysia Kini Seimbangkan Harga Dengan Kualiti

Era Baharu Perbelanjaan Bijak Rakyat Malaysia Kini Seimbangkan Harga Dengan Kualiti

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 468 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraRakyat Malaysia masih berhati hati dengan perbelanjaan mereka namun kini mereka juga meneliti strim langsung dan video produk sebelum membuat pembelian Menurut tinjauan pengguna terkini dari Shopee walaupu...
Pelaburan Dividen Bulanan Senarai Saham Strategi Khas Untuk Rakyat Malaysia

Pelaburan Dividen Bulanan Senarai Saham Strategi Khas Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 448 hits
Pelaburan Dividen Bulanan Senarai Saham Strategi Khas untuk Rakyat Malaysia Pernahkah anda terfikir untuk menerima pendapatan pasif setiap bulan tanpa perlu berniaga atau bekerja tambahan Dengan strategi pelaburan dividen bulanan anda boleh...
Panduan Beli Hartanah Lelong Di Malaysia Cara Untung Besar Dengan Modal Kecil

Panduan Beli Hartanah Lelong Di Malaysia Cara Untung Besar Dengan Modal Kecil

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 366 hits
Panduan Beli Hartanah Lelong di Auction House Malaysia Cara Untung Besar dengan Modal Kecil Adakah anda mencari peluang pelaburan hartanah yang murah dan menguntungkan Rumah lelong melalui auction house di Malaysia merupakan salah satu kaed...
Jom Labur Saham Syariah Panduan Pelaburan Halal Dan Patuh Shariah Untuk Muslim Malaysia

Jom Labur Saham Syariah Panduan Pelaburan Halal Dan Patuh Shariah Untuk Muslim Malaysia

papar berkaitan - pada 3/6/2025 - jumlah : 414 hits
Jom Labur Saham Syariah Panduan Pelaburan Halal untuk Muslim Malaysia Adakah anda seorang Muslim yang ingin melabur tetapi bimbang tentang status halal pelaburan saham Jangan risau Artikel ini membimbing anda langkah demi langkah bagaimana ...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


De La Te Coffee Alor Setar Cafe Ini Sesuai Untuk Lepak Santai

17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

Izz Wan Demo Ore Comey Chord