Mikel Jauregizar Bernilai 30 Juta Berketurunan Malaysia Layak Bermain Dengan Harimau Malaya

Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili Malaysia.
( 📸 ©Stadiumastro.com)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)
Media Sepanyol lapor pemain tengah LaLiga bernilai €30 juta dikaitkan dengan Harimau Malaya
Perancang muda berusia 21 tahun itu kembali menyertai kelab zaman remajanya, Bilbao, pada 2023 dan setakat ini sudah melakukan 41 penampilan bersama skuad senior dan menjaringkan tiga gol.
Dia juga melakukan penampilan pertama dalam Kejohanan Eropah B-21 bersama Sepanyol pada Rabu lalu selepas menikmati musim gemilangnya di Bilbao.
Beberapa hari lalu, pemain kelahiran Bermeo itu melanjutkan kontrak bersama Bilbao sehingga 2031.
Estadio Deportivo melaporkan Jauregizar berkemungkinan akan menyertai skuad kebangsaan Malaysia selepas Harimau Malaya berhasil memilki dua pemain warisan dari Sepanyol, iaitu Jon Irazabal dan Gabriel Palmero.
"Kejutan itu datang daripada wartawan Thailand, Offeris Wichitcote, yang mendakwa pemain tengah Basque itu boleh bermain untuk Malaysia kerana berketurunan Malaysia," kata laporan berkenaan.
"Pemain itu masih belum mengulas mengenai perkara berkenaan tetapi perkhabaran itu diperkuatkan dengan ketibaan seorang lagi pemain dari Basque ke pasukan Asia itu.
"Jon Irazábal, bek tengah berusia 28 tahun yang dilahirkan di Bilbao, hadir melalui sistem remaja Eibar dan bermain untuk Mirandés dan Leioa sebelum dinaikkan ke Divisyen Kedua bersama Amorebieta dan menikmati musim hebat bersama pasukan Biscayan.
"Pemain pertahanan itu mengemas begnya pada 2022 dan menuju ke Azerbaijan untuk bermain tiga musim terakhir bersama Sabah FC. Di sana, dia memainkan peranan penting musim lalu dalam memenangi Piala Azerbaijan dan mencapai kelayakan bersejarah untuk Liga Europa.
"Ini membawa kepada pemilihannya minggu lalu oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi perlawanan menentang Vietnam dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2027, yang berakhir dengan kemenangan 4-0, di mana dia memulakan penampilan sulungnya.
"Dalam perlawanan itu, selain penampilan sulung Irazábal, seorang lagi pemain Sepanyol turut mengambil bahagian.
"Gabriel Palmero, bek kiri berusia 23 tahun dari pasukan simpanan Tenerife, juga menerima panggilan pada Mei lalu dari sebuah negara yang sedang menjelajah dunia bola sepak untuk mencari pemain terpilih yang boleh meningkatkan pasukan mereka.
"Musim panas lalu, mereka membawa masuk Doktor Xavier Valle dan ahli fisioterapi, Edu Martínez, kedua-duanya mempunyai sejarah di FC Barcelona.
"Mereka juga mendatangkan pemain Argentina, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca dan Facundo Garcés, selain João Figueiredo dari Brazil."
"Jika Jauregizar menyertai mereka, ia satu keputusan yang terlalu berani."
Meninjau ke laman Transfermarkt, Jauregizar kini memiliki nilai pasaran yang amat tinggi, iaitu €30 juta (RM146.68 juta).
Adakah pemain itu akan menjadi antara wajah baru yang akan dibawa masuk menjelang fasa kedua Revolusi Harimau Malaya? Sama-sama kita nantikan...
SOURCE:
https://stadiumastro.com
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2025/06/mikel-jauregizar-bernilai-30-juta.html