Era Baharu Perbelanjaan Bijak Rakyat Malaysia Kini Seimbangkan Harga Dengan Kualiti


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rakyat Malaysia masih berhati-hati dengan perbelanjaan mereka, namun kini mereka juga meneliti strim langsung dan video produk sebelum membuat pembelian. Menurut tinjauan pengguna terkini dari Shopee

, walaupun 42% responden masih mengutamakan diskaun dan harga rendah, sebilangan yang lebih besar iaitu 58% kini meletakkan keutamaan kepada kualiti produk dan kredibiliti penjual dalam menentukan sama ada sesuatu pembelian itu benar-benar berbaloi

Trend baharu ini menandakan perubahan ketara dalam landskap e-dagang: pengguna masih peka terhadap harga, namun tidak lagi membuat keputusan berdasarkan diskaun semata-mata. Sebaliknya, mereka menggunakan pelbagai ciri yang membina kepercayaan seperti Shopee Live, Shopee Video, kandungan affiliate dan ulasan yang sahih untuk mencapai keseimbangan antara kemampuan dan kualiti. Golongan pengguna ini lebih berwaspada dan bijak, memanfaatkan teknologi digital untuk memaksimumkan nilai setiap ringgit serta memastikan keputusan pembelian yang lebih bernilai

Pengesahan Kualiti Produk Melalui Bukti SosialWalaupun harga kekal sebagai faktor penting, pengguna masa kini tidak sekadar mencari diskaun, mereka juga menilai kualiti produk menggunakan pelbagai ciri yang tersedia di platform

Lebih 60% pengguna Malaysia memanfaatkan ciri seperti baucar harian, pulangan tunai, Syiling Shopee dan label ‘Lagi Murah’ bagi mendapatkan penjimatan terbaik. Malah, 79% responden melaporkan bahawa mereka menggabungkan pelbagai baucar untuk memaksimumkan penjimatan, manakala 40% aktif mencari label ‘Lagi Murah’ bagi memastikan mereka mendapat harga terendah. Namun, pendekatan baharu ini disertai dengan semakan lanjut menerusi ciri-ciri tambahan seperti Shopee Live dan Shopee Video

Sebanyak 83% pengguna menyatakan bahawa mereka menggunakan Shopee Live sebagai panduan pembelian. Penstriman langsung bukan sahaja bersifat interaktif dan menghiburkan, malah turut menampilkan demonstrasi produk dalam masa nyata, interaksi jujur antara penjual dan pelanggan serta promosi eksklusif. Kesemuanya membina keyakinan yang tidak dapat dicapai menerusi paparan produk statik. Pembelian kini bukan sekadar soal harga, tetapi nilai menyeluruh yang dirasai pengguna

Kandungan video pendek seperti Shopee Video pula menjadi sumber ulasan pantas dan boleh dipercayai yang menambah keyakinan pembeli. Sekitar 70% responden mempercayai cadangan pencipta kandungan, terutamanya apabila disokong oleh penilaian penjual yang tinggi dan ulasan pengguna yang telah disahkan. Bagi produk atau penjual baharu, hampir separuh responden menyatakan bahawa penilaian penjual dan ulasan pembeli adalah rujukan paling penting. Ini menunjukkan permintaan yang semakin meningkat terhadap bukti sosial dan ketelusan, di mana nilai produk turut merangkumi pengesahan komuniti


Menilai Semula Erti “Berbaloi”: Kualiti + Mampu Milik = Pembelian BijakTrend ini mencerminkan perubahan kekal dalam tabiat membeli-belah dalam talian rakyat Malaysia. Pengguna kini tidak hanya mengklik pada produk paling murah – mereka menilai, membandingkan, dan mencari bukti kualiti. Maka, penjual perlu menawarkan tawaran menarik sambil melabur dalam kandungan berinformasi, penglibatan masa nyata dan pengalaman yang membina kepercayaan

Bagi memenuhi keperluan pembeli bijak ini, Shopee giat memperkembangkan ekosistem affiliate melalui pelbagai inisiatif daripada menggalakkan lebih banyak kandungan bentuk pendek menerusi Video Missions, membimbing pencipta kandungan berkualiti tinggi melalui Content Creator Club, hinggalah memudahcara padanan affiliate secara strategik antara penjual dan jenama. Usaha ini semakin membuahkan hasil yang ketara: dalam kempen Raya Bersama Shopee dan Festival Fesyen & Kecantikan 5.5 baru-baru ini, affiliate menyumbang kepada 1 daripada setiap 3 pesanan, sekali gus membuktikan peranan besar mereka dalam mendorong penukaran melalui kandungan yang dipercayai dan mudah didekati. Pembangunan berterusan ini mencerminkan komitmen Shopee untuk membekalkan pengguna dengan kandungan yang lebih bermakna dan diyakini, menyokong keputusan pembelian yang lebih bijak serta membantu penjual berkembang dan menyumbang kepada kemajuan ekonomi digital jangka panjang


Komitmen ini telahpun menunjukkan hasil yang nyata buat penjual tempatan seperti Mohd Naimran Nordin, pengasas jenama Adnaa yang dikenali dengan busana tradisional elegan dan mampu milik. Sepanjang kempen Raya Bersama Shopee, jualan Adnaa meningkat sebanyak 170% hasil penggunaan alat kandungan interaktif seperti Shopee Live dan Shopee Video. Naimran berkongsi bahawa alat ini “menghidupkan rekaan kami, membolehkan pelanggan melihat kualiti dan potongan secara langsung.” Sepanjang kempen tersebut, Adnaa mencatatkan peningkatan pesanan melalui Shopee Live (116%), Shopee Video (281%), dan yang paling ketara, melalui kandungan affiliate (227%)

Kejayaan Adnaa menunjukkan mengapa Shopee terus memberi tumpuan kepada kandungan dan komuniti. “Pengguna hari ini lebih berpengetahuan berbanding sebelum ini,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia. “Mereka bukan sekadar mencari harga terendah, bahkan mereka mencari keyakinan dan nilai yang bermakna. Oleh itu, kami melabur dalam alat seperti Shopee Live, Shopee Video, dan memacu kandungan affiliate. Kami mahu memperkasakan rakyat Malaysia untuk berbelanja dengan lebih bijak, dan pada masa yang sama, membantu penjual memacu penukaran melalui pembinaan kredibiliti dan hubungan yang bermakna.”
Perubahan ke arah pembelian yang lebih bijak ini adalah satu anjakan struktur yang berkekalan. Bagi jenama dan penjual, nilai kini tidak lagi bergantung kepada harga semata-mata,  tetapi pada gabungan kemampuan dengan keyakinan

Sekian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2025/05/era-baharu-perbelanjaan-bijak-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Infinix Gt 30 Pro Kini Di Malaysia Dengan Skrin 144hz Ram 12gb Harga Bermula Rm1 299

Infinix Gt 30 Pro Kini Di Malaysia Dengan Skrin 144hz Ram 12gb Harga Bermula Rm1 299

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 102 hits
Infinix GT 30 Pro kini hadir ke pasaran Malaysia secara rasmi telefon pintar gaming generasi ketiga dalam siri GT yang direka khas untuk pemain mudah alih Model ini merupakan telefon rasmi untuk kejohanan Mobile Legends Bang Bang Profession...
Lesen Memandu Malaysia Kini Berwajah Baru Tapi Bukan Untuk Semua

Lesen Memandu Malaysia Kini Berwajah Baru Tapi Bukan Untuk Semua

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 155 hits
Jabatan Pengangkutan Jalan hari ini memperkenalkan rekaan terkini Lesen Memandu Malaysia yang dilengkapi dengan ciri ciri keselamatan yang dipertingkatkan Menurut JPJ kad fizikal LMM versi terbaru ini direka khusus untuk mencegah sebarang p
Harga Terkini Vivo X100 5g Di Malaysia

Harga Terkini Vivo X100 5g Di Malaysia

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 78 hits
Original Content Vivo X100 merupakan telefon pintar yang canggih dan bergaya yang diperkenalkan di Malaysia pada akhir tahun 2023 Ia cepat mendapat populariti kerana kameranya yang mengagumkan bateri yang tahan lama dan reka bentuk yang men...
500hz Di Tangan Gamer Samsung Odyssey Oled G6 Kini Di Malaysia

500hz Di Tangan Gamer Samsung Odyssey Oled G6 Kini Di Malaysia

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 94 hits
Samsung hari ini melancarkan Odyssey OLED G6 monitor permainan OLED pertama mereka dengan kadar segar 500Hz untuk pasaran Singapura Thailand Vietnam dan Malaysia sebelum pelancaran globalnya Monitor premium bersaiz 27 inci ini menawarkan pr...
Rakyat Malaysia Ambil Kira Risiko Perubahan Iklim Sebelum Beli Rumah Propertyguru 2024

Rakyat Malaysia Ambil Kira Risiko Perubahan Iklim Sebelum Beli Rumah Propertyguru 2024

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 116 hits
Baru baru ini PropertyGuru 2024 mendedahkan bahawa 77 peratus rakyat Malaysia mengambil kira risiko perubahan iklim sebelum membuat keputusan membeli rumah Memetik laporan Bernama Biz Ketua Kelestarian PropertyGuru Group Cecile Corda menyat...
Telah Memalukan Rakyat Malaysia

Telah Memalukan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 117 hits
Kami ViralPas telah memalukan rakyat malaysia di page indonesia Xguna btl
Bos Warga Asing Pekerja Orang Kita Ada Ramai Pengkhianat Dikalangan Rakyat Malaysia

Bos Warga Asing Pekerja Orang Kita Ada Ramai Pengkhianat Dikalangan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 64 hits
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzilharisfadli hmetro com myWARGA asing yang menjalankan perniagaan di sebuah kompleks beli belah di Petaling Jaya Kuala Lumpur Bukan saja menyalahgunakan permit kerja malah segelintir warga asing di negara ini dikes...
Revolusi Stroller Premium Kini Di Malaysia Memang Nampak T20

Revolusi Stroller Premium Kini Di Malaysia Memang Nampak T20

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 67 hits
Dalam kesibukan kota di mana langkah langkah pantas ibu bapa sering terhenti sejenak untuk menyesuaikan diri dengan keperluan si kecil lahirlah Joolz Aer2 sebuah Stroller premium ini bukan sekadar alat pengangkut tetapi simbol kemudahan dan...
Tmj Seru Pengadilan Bebas Demi Meningkatkan Kualiti Liga Malaysia

Tmj Seru Pengadilan Bebas Demi Meningkatkan Kualiti Liga Malaysia

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 150 hits
Dalam usaha memperkukuh mutu dan kredibiliti Liga Malaysia Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi tampil dengan gesaan berani dan tegas Menerusi kenyataan beliau TMJ menyeru agar sistem pengadilan bola sepak di Malaysia...
Untung Sikiit Ssikit Dah La Barang Asas Tak Naik Gas Murah Pakai Dulu Pun Harga Jual Mahal Jugak

Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony Doubletree By Hilton Hotel

How To Stay Safe While Enjoying The Backcountry This Summer

Rahsia Untuk Bebas Dari Hutang

Keputusan Mahkamah Tarif Menimbulkan Ketidakpastian Baru Dalam Pasaran

Dabai Specialty Fruit Of Sarawak Malaysia

Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

Makan Malam Di Bilik Hotel Je


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Minat Cakap Banyak Mungkin Dia Wartawan Hebat Masa Depan

Myguardian Rewards Fiesta Untuk Anda Yang Setia Jom Raikannya

Jalan Jalan Cari Makan Kampung Baru Kl

Baju Raya Haji 2025

Kenji Fukaya Penerima 2025 Shaw Prize Dalam Sains Matematik

Cikgu Bujang Didakwa Sentuh Anak Murid Di Asrama Sekolah