Vatsin Dos Pertama Selesai
Assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabat blogger. Apa khabar semua? Naim harap semua sihat belaka bersama keluarga tercinta. Melihat kes baharu makin naik dan still 10 k keatas. Membuat kita semua risau dan gelisah. Pada waktu sama kita bersedia menjaga diri masing-masing.
Alhamduillah kelmarin bersamaan 7 Ogos 2021 adalah hari Naim menerima dos pertama Vatsin jenis Pfizer. Insha Allah, untuk dos kedua pada 28 Ogos 2021 akan datang. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Naim kelak. Temu janji Naim kelmarin di dalam MySejahtera adalah pukul 7 malam. Naim bertolak lebih awal sejam untuk mencari tempat parking . Naim pederaih ( bawa laju) moto , Alhamduillah selamat sampai di Dewan Tunku Anum dalam pukul 6.40 petang.
Selesai parking motorsikal terus bergerak ke tempat PPV Dewan Tunku Anum, Jitra. Masya Allah orang telah ramai dan mereka menunggu di luar dewan dan di dalam khemah menunggu masih ramai lagi. Ada beberap kenalan Naim yang pergi tempat yang sama , datang pukul lebih kurang 5 petang dan baru masuk ke dewan untuk menerima vatsin dalam pukul 7. Maybe panggilan untuk penerima di Kubang Pasu ramai untuk hari tersebut.
Sementara menunggu di luar untuk temu janji , Naim jumpa kenalan kampung dan temu janji beliau pun pukul 7. Beliau datang awal kerana adik beliau dapat temu janji pukul 6 masih di bawah khemah menunggu. Dalam sekitar 7.10 malam, pegawai ppv berteriak , yang mana temujanji pukul 7 masuk ke khemah menunggu untuk mengisi satu borang kecil untuk menerima dosa pertama. Hanya menulis nama , no pengenalan dan tarikh tersebut. Dan dapat no giliran seperti di bawah ini.
Nombor bertuah ini ketika menunggu manakala kawan Naim dapat tarikh kemerdekaan negara Malaysia. Sementara menunggu Azan Maghrib berkemundang sayup-sayup, Kenalan Naim kata jom solat maghrib dahulu kerana no kita jauh lagi untuk di panggil. Terus keluar dari khemah itu terus ke tandas awam untuk mengambil wuduk. Yang pasti jika pergi surau terdekat mesti orang ramai kan, Kami ijtihad untuk solat di tepi koridor yang orang tidak lalu lalang . Janji tempat itu bersih dan suci. Yang pasti mask masih terletak di muka, niat hendak buka takut pegawai kesihatan lalu, kena saman tak pasal sahaja.
Selasai solat sekitar 10 minit macam itu dan kembali ke khemah menunggu. Waktu itu dalam pukul 8 lebih mula berasa bahang panas dan diri rasa tidak selesa dan berkuap. Dan terdengar pegawai ppv berkata kepada orang ramai agar pergi solat dahulu dan surau ada berdekatan. Alhamduillah , salah satu cara orang tidak tinggal solat ketika kita beriktiar mengambil vatsin ini.
Jam terus berpusing dan tiba dalam pukul 9 malam, no Naim di panggil untuk masuk ke dalam Dewan Tunku Anum. Barulah berasa nikmat aircond, kemudian Anggota JPAM mengarah duduk di kerusi di sediakan sementara di panggil oleh doktor. Selang beberap minit, Doktor memanggil, meminta kad pengenalan dan menanya beberapa soalan adakah ada alahan kepada ubat-ubatan.
Masih menunggu untuk menerima vatsin kian dekat, no di panggil di skirn televisyen, mata mula kuyu terasa letih menunggu terlalu lama. Sekitar 9 30 malam no Naim di panggil dan masuk ke bilik dan juru rawat mengesahkan npmbor pengenalan dan nama. Seterusnya menunjukkan jarum untuk di cucuk dan beliau membaca bismilah, selawat dan syahadah. Lalu beliau berkata sudah selesai. Cepat sahaja menerima vatsin dan seterusnya menunggu menerima kad untuk dos pertama. Seterusnya terus pulang ke rumah dan niat hendak singgah membeli makanan , terlupa S.O.P jualan makanan takat 10 malam sahaja. Selesai bersih diri, masak maggi.
Sahabat-sahabat semua, vatsin ini bukan 100 % kebal segala penyakit Covid-19 tetapi adalah ikhtiar kepada melindung diri dari penyakit.Hari ini terasa lenguh-lenguh badan. Alhamduillah sudah makan panadol dan akan berehat selepas entri ini selesai di publish.
Jangan tak vatsin ya sahabat-sahabat semua!.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pemudattbc.blogspot.com/2021/08/vatsin-dos-pertama-selesai.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)