Pengalaman Temujanji Vaksin Dos Pertama


Assalamualaikum…
Sejak pandemik yang melanda di Malaysia dan seluruh dunia sejak setahun lepas , memang ramai pengguna di Malaysia khusunya mendaftar di MySejahtera untuk kegunaan ” Check In ” ke premis perniagaan , kilang dan juga bangunan agensi kerajaan . Tidak lupa juga untuk temujanji dos Vaksin untuk menghalang penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan pada hari ini . Saya juga tidak ketinggalan mendaftar untuk menerima vaksin . Walaupun agak lama menunggu tetapi amat berpuas hati dengan perlaksanaannya . maklumlah daftar pada bulkan Februari , tetapi tetap sabar menunggu dan terus menunggu hingga akhirnya dapat juga tarikh temujanji .
Ambil gambar sebagai tanda kenang-kenangan Sebelum itu jom ambil masa sedikit membaca dari petikan Harian Metro tentang vaksin Covi19 untuk rujukan bersama :-
Ipoh : Hukum mengenai keharusan mengambil imunisasi vaksin Covid-19 dianggap mencapai taraf ijmak atau kesepakatan ulama mujtahid sedunia selain pembangunannya turut dianggap sebagai perkara fardu kifayah.
Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, United Kingdom (UK) Datuk Dr Afifi al-Akiti berkata demikian sebagai mengulas saranan pihak tertentu khususnya golongan anti vaksin yang dilihat kerap melontarkan persepsi buruk mengenai pengambilan imunisasi terbabit selain turut menyandarkan dakwaan mereka kepada tokoh tertentu.
“Ulama dari serata dunia Islam termasuk ulama Al-Azhar, Jeddah (Arab Saudi) boleh dikatakan sudah sepakat, ijmak mengenai keharusan hukum mengambil vaksin. Boleh dikatakan hukum mengambil vaksin ini fardu kifayah seperti mana solat jenazah.
“Gesaan supaya masyarakat tidak mengambil vaksin, umpama menyekat orang lain daripada mendirikan solat. Jika tidak mahu ambil vaksin, jangan pula gesa orang lain mengelak mengambilnya,” katanya dalam Bicara Khas Ramadan bertajuk ‘Dugaan Covid-19 dan Vaksinasi Menurut Islam’ menerusi sidang video dalam Program Iftar Mahabbah Ramadan UniKL RCMP 1442H/2021 yang disiarkan secara langsung di Facebook Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP) di sini, hari ini.
Bual bicara itu turut menampilkan pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai ahli panel, di samping majlis turut hadir Orang Besar Jajahan Kinta, Datuk Ab Wahab Azizul Hassan dan Ketua Eksekutif merangkap Ketua Kampus UniKL RCMP, Hisshamuddin Omar.
Ijmak didefinisikan sebagai kesepakatan para ulama mujtahid dalam menetapkan suatu hukum berasaskan Al-Quran dan Hadis mengenai suatu perkara yang terjadi selepas zaman Rasulullah SAW, manakala fardu kifayah bererti perkara yang wajib dilakukan sebahagian anggota masyarakat untuk menjaga kepentingan ummah.
Dr Afifi yang juga Pengerusi UniKL RCMP berkata, masyarakat juga perlu sedar mengenai bahaya dan dosa apabila menyampaikan sesuatu maklumat khususnya berkaitan keburukan vaksinasi tanpa terlebih dahulu menyemak kesahihannya.
Beliau berkata, Rasulullah SAW pernah memberi peringatan keras bahawa seseorang sudah dianggap sebagai penipu dan pendusta walaupun sekiranya dia hanya menyampaikan apa sahaja yang didengarnya tanpa memeriksa kebenaran dan kesahihan perkara itu.
“Zaman media sosial sekarang menyaksikan ramai manusia lebih suka ‘forward’ (memanjangkan) mesej yang mereka terima umpamanya melalui kumpulan WhatsApp tanpa mereka tahu kebenaran maklumat pada mesej itu. Perbuatan itu umpama kita sedang menyemai ‘saham’ dosa kita,” katanya.
Katanya lagi, masyarakat juga digesa tidak terpengaruh dengan seruan segelintir ilmu agama yang mendakwa penjarakan fizikal satu meter dalam saf solat berjemaah bercanggah dengan tuntutan agama yang pada asalnya menggesa supaya saf antara jemaah dirapatkan.
Beliau berkata, tidak seharusnya timbul isu mengikuti ‘Sunnah WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mengekang wabak Covid-19 memandangkan Allah dan Rasulullah SAW turut pernah menggariskan panduan dalam pencegahan wabak.
“Saya ingin memperingatkan kepada ustaz dan imam kita bahawa Islam dan sains sepatutnya seiringan. Dalam satu riwayat oleh Abu Yaala dan Musnad Ahmad, Rasulullah SAW mengajarkan supaya kita menjarakkan diri sejauh satu panjang tombak ketika bermuamalat dengan seseorang yang berpenyakit.
“Begitu juga dengan hukum solat dalam keadaan duduk dan baring yang umum sedia diketahui. Allah SWT tetap menerima solat dalam keadaan itu yang bergantung kepada situasi dan kondisi kesihatan individu yang melakukannya, apatah lagi merapatkan saf bukanlah suatu kewajipan,” katanya.
Sementara itu, Hisshamuddin berkata, Program Iftar Mahabbah Ramadan UniKL RCMP 1442H / 2021 merupakan kemuncak kepada pelbagai aktiviti pengumpulan dana yang dirangka Bahagian Pembangunan Pelajar dan Gaya Hidup Kampus universiti itu bagi disumbang kepada masyarakat sekitar daerah ini.
Menurutnya, program berbuka puasa itu turut menyaksikan penyerahan sumbangan Aidilfitri berupa duit raya kepada 89 anak yatim dari tiga institusi iaitu Yayasan An-Nur Maisarah, Chemor; Pertubuhan Baitulaini, Kuala Pari; dan Rumah Anak Yatim Al-Harraz, Simpang Pulai membabitkan jumlah RM22,250.
“Sebahagian daripada jumlah RM22,250 yang berjaya dikumpul itu akan turut diagihkan dalam bentuk duit raya kepada petugas am UniKL RCMP,” katanya.

Teruja juga pada awalnya apabila mendapat tahu sudah ada tarikh temujanji dana akan dilaksanakan di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam . Memandangkan Mak dan Abah sudah lengkap menerima dua dos , jadi saya pergi seorang sahaja . Cadangnya untuk pergi ke dewan tersebut pada sebelah pagi , tetapi orang terlalu ramai dan ikut gilian pada pukul 4.00 petang .
Temujanji dos pertama di dalam aplikasi MySejahtera Alhamdulillah , datang kembali pada pukul 4.00 petang , orang tidak ramai sangat . Turun je dari motor , terus ke tempat menunggu , tidaks ampai 5 minit dan boleh check in qr code check in pertama . Kemudian ambil borang dan terus masuk untuk mendaftar . Doktor akan tanya beberapa soalan seperti sejarah penyakit , alahan dan beberapa soalan yang berkaitan . Kad pengenalan juga jagna lupa , sentiasa bawa dan pegang untuk memudahkan proses pendaftaran vaksin . Selesai daftar , tunggu giliran untuk di cucuk pula . Masa ni ada la dalam 6 orang .
Keadaan semasa di Dewan Muafakat MDSR pada waktu pagi Jadi tunggu punya tunggu , sampai giliran untuk dicucuk . Tak sakit pun rasanya …hehehe . Selesai cucuk pula , kena tunggu dalam pemantauan dalam masa 15 minit . Apabila tamat je , nama akan dipanggil ..di sini doktor atau petugas akan bertanya ada mengalami apa-apa simptom seperti sakit kepala , rasa nak pitam dan lain-lain lagi . Alhamdulillah ..tiada apa-apa simptom yang berlaku . Doktor atau petugas juga akan memberikan kad untuk temujanji kedua .
Kad vaksin Selesai je sesi tu , terus keluar untuk balik . Jadi tidak lepaskan peluang untukbergambar sebagi tanda kenang-kenangan di papan ” Board ” Saya Sudah DiVaksin . In Shaa Allah..untuk temujanji kedua pada pertengahan bulan Ogos akan ke Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam lagi . Lindungi Diri..Lindungi Semua ..Bersama-sama kita mencegah penularan Covid-19 dan sentiasa berdoa agar ovid-19 akan lenyap di muka bumi dan Negara Malaysia tercinta kita ini..Aaminn…
The post Pengalaman Temujanji Vaksin Dos Pertama appeared first on wanzawawi[dot]net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wanzawawi.net/2021/07/pengalaman-temujanji-vaksin-dos-pertama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Catatan Pengalaman Suntikan Dos Pertama Vaksin Coronavac

Catatan Pengalaman Suntikan Dos Pertama Vaksin Coronavac

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 402 hits
Alhamdulillah semalam saya sudah pun selesai menerima suntikan dos pertama vaksin COVID 19 Lokasi Pusat Penerimaan Vaksin saya di Dewan Serbaguna Jawi Seberang Perai Selatan Pulau Pinang yang terletak kira kira 13 km dari rumah Temujanji va...
Tidak Sampai Separuh Penduduk Lembah Klang Dapat Suntikan Vaksin Dos Pertama

Tidak Sampai Separuh Penduduk Lembah Klang Dapat Suntikan Vaksin Dos Pertama

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 307 hits
ARIF ATANHanya 47 6 peratus daripada populasi di Lembah Klang sudah menerima suntikan dos pertama vaksin setakat semalam Peratusan vaksinasi tersebut merangkumi populasi penduduk bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya dan Selangor ...
Tatacara Menerima Suntikan Vaksin Covid 19 Untuk Dos Pertama

Tatacara Menerima Suntikan Vaksin Covid 19 Untuk Dos Pertama

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 431 hits
Akhirnya setelah hampir 6 bulan menunggu selepas pendaftaran di aplikasi MySejahtera akhirnya telah tiba giliran aku untuk menerima suntikan vaksin Covid 19 bagi dos pertama Pada Ogos 2021 barulah aku dipanggil untuk menerima suntikan bagi ...
Selesai Vaksin Pfizer Dos Pertama Senarai Vaksin Di Ppv Selangor Kl

Selesai Vaksin Pfizer Dos Pertama Senarai Vaksin Di Ppv Selangor Kl

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 545 hits
Selesai Vaksin Pfizer Dos Pertama Senarai Vaksin di PPV Selangor KL Assalamualaikum semua Mama telah mendaftar untuk mengambil vaksin sejak Mac dan agak sedih menunggu panggilan vaksin yang tak kunjung tiba lebih lebih lagi bila tengok kawa...
Kesan Vaksin Sinovac Selepas Dicucuk Dos Pertama

Kesan Vaksin Sinovac Selepas Dicucuk Dos Pertama

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 662 hits
Kesan Vaksin Sinovac Selepas Dicucuk Dos Pertama Alhamdulillah aku selamat dicucuk vaksin Sinovac dos pertama pada 14 Julai 2021 yang lepas bertempat di KL Convention Centre Kuala Lumpur Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah pun mendap...
Husband Selesai Terima Dos Pertama Vaksin Sinovac Di Ppv Miecc Mines

Husband Selesai Terima Dos Pertama Vaksin Sinovac Di Ppv Miecc Mines

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 430 hits
HUSBAND SELESAI TERIMA DOS PERTAMA VAKSIN SINOVAC DI PPV MIECC MINES Alhamdulillah selesai vaksin pertama suamiku Beliau terima tarikh vaksin agak mengejut juga Dua hari sebelum tarikh pemberian vaksin Okay jugaklah sebenarnya masih ada mas...
7 7 21 Dos Vaksin 19 Pfizer Biontech Pertama Yang Memeritkan Saya Sebagai Ibu Mengandung

7 7 21 Dos Vaksin 19 Pfizer Biontech Pertama Yang Memeritkan Saya Sebagai Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 378 hits
Allhamdulillah Salam Julai salam sayang buat semua pembaca yang masih sudi ke blog sheilainspire com Dah lama tak menulis Tersangat sibuk Walaupun BDR memang sibuk berganda dari kerja di ofis Pagi bila dah buka je latop sampai ke malam Apa ...
Ada Effect Ke Lepas Cucuk Vaksin Sinovac Dos Pertama Di Ppv 360 Club Eco Hill Semenyih

Ada Effect Ke Lepas Cucuk Vaksin Sinovac Dos Pertama Di Ppv 360 Club Eco Hill Semenyih

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 423 hits
SELESAI TERIMA DOS PERTAMA VAKSIN SINOVAC DI PUSAT PEMEBERIAN VAKSIN 360 CLUB ECO HILL SEMENYIH Soalan yang sering di tanya termasuklah dalam mysejahtera ADA EFFECT KE LEPAS CUCUK VAKSIN SINOVAC DOS PERTAMA DI PPV 360 CLUB ECO HILL SEMENYIH...
40 Peratus Penduduk Sabah Sudah Terima Vaksin Dos Pertama

40 Peratus Penduduk Sabah Sudah Terima Vaksin Dos Pertama

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 376 hits
Sekitar 18 hingga 19 peratus penduduk telah melengkapkan kedua dua dos suntikan vaksin Covid 19 TUARAN Hampir 40 peratus penduduk Sabah telah menerima suntikan vaksin dos pertama sejak Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan peringkat negeri ...
Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Umno Tidak Mampu Bertahan Sendiri Zahid Hamidi Bertaruh Nasib Dengan Pakatan Harapa

Meriah Sambutan Program Csr Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam

Health Fair Farmasi Al Qanaah Taman Air Biru

Tips Trik Menarik Untuk Pengguna Iphone

Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam