Usul Dr Mahathir Kekal Perdana Menteri Sepenggal



Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia membentang usul supaya Dr Mahathir dikekalkan sebagai Perdana Menteri sehingga PRU yang akan datang pada 2023. (Perak Today) – Satu usul bagi meminta supaya Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 dijangka akan dibawa ke Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), esok.
Usul itu dijangka akan dibahaskan seorang daripada jurucakap pada sesi perbahasan Ucapan Dasar Pengerusi BERSATU, yang dijadual bermula jam 9 pagi hingga 3 petang.
Malam ini, Dr Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU akan menyampaikan Ucapan Dasar Pengerusi, di hadapan kira-kira 1,550 perwakilan, termasuk dari sayap pemuda dan srikandi.
“Ya. Insya-Allah akan dibentangkan salah seorang jurucakap esok,” kata salah seorang pemimpin BERSATU yang dihubungi BH, hari ini.
Sementara itu, wujud gesaan daripada ahli BERSATU akar umbi yang mahukan supaya usul demikian diterima sebulat suara perwakilan pada Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU kali ini.
Pengerusi Gerakan BERSATU Akar Umbi, Mohd Hanizam Yunus, berkata usul sedemikian dicadangkan untuk memastikan pemulihan imej negara dapat dijalankan dengan lancar di bawah kepemimpinan Dr Mahahtir.
Beliau yang juga bekas Setiausaha Biro Keahlian Bersatu Pusat berkata, akar umbi parti itu memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada Dr Mahathir untuk memimpin negara semaksimum mungkin.
“Gerakan akar umbi menyampaikan desakan solusi melalui media sosial dengan mengadakan mobilisasi atas talian serentak mewakili seluruh suara akar umbi bagi menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehinga PRU-15.
“Ketika ini, belum nampak penganti sesuai (jawatan Perdana Menteri) yang layak dalam situasi getir transisi negara untuk bangun dari rebah,” katanya.
Sebelum ini Pakatan Harapan menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini Ahli Parlimen Port Dickson sebagai Perdana Menteri kelapan bagi menggantikan Dr Mahathir.
Mohd Hanizam berkata, resolusi yang disampaikan secara kolektif atas talian ini itu ialah mobilasi usul yang pertama kalinya dijalankan secara begitu teratur dengan hasrat supaya dapat disampaikan kepada pucuk pimpinan parti.
Sebelum ini, BERSATU Bahagian Setiawangsa membuat usul supaya Dr Mahathir dikekalkan sebagai Perdana Menteri sehingga PRU yang akan datang.
Usul itu dikemukakan oleh Ketua Bahagian BERSATU Setiawangsa, Muhamad Zahid Md Arip yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri ketika ini.
Malah, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, seperti dipetik media pada Oktober lalu pernah meminta supaya Dr Mahathir diberi peluang untuk terus kekal mentadbir negara sehingga habis tempoh penggal pentadbiran selama lima tahun.
Abdul Hadi berkata, usaha beberapa pihak termasuk Anwar yang ingin mengambil alih jawatan Perdana Menteri secepat mungkin satu tindakan yang tidak mengikut moral politik yang sepatutnya memetik laporan Berita Harian.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2018/12/29/usul-dr-mahathir-kekal-perdana-menteri-sepenggal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sudah Ujud Susunan Awal Satu Grand Design Untuk Gulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad Dari Menjadi Perdana Menteri

Sudah Ujud Susunan Awal Satu Grand Design Untuk Gulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad Dari Menjadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 390 hits
Kalangan yang tidak mahu mengikhtiraf kerja kuat tun dr mahathir mohamad tolong jangan kurang ajar dan usah melebih sangat Perdana menteri yang sedang bertungkus lumus siang dan malam untuk membangunkan semula negara yang dirosakkan oleh ke...
Tun M Pegang Jawatan Perdana Menteri Sepenggal Adalah Wajar

Tun M Pegang Jawatan Perdana Menteri Sepenggal Adalah Wajar

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 406 hits
SHAH ALAM Cadangan perwakilan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu agar Tun Dr Mahathir Mohamad terus memegang jawatan Perdana Menteri selama sepenggal adalah wajar Pengerusi Hisbah Centre for Reform Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor berkata i...
Tun Mahathir Hanya Perdana Menteri Sementara Tolonglah Jangan Mengada Ngada

Tun Mahathir Hanya Perdana Menteri Sementara Tolonglah Jangan Mengada Ngada

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 410 hits
Daripada semua kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin pemimpin Pakatan Harapan berhubung kedudukan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri satu kesimpulan yang nyata ialah beliau hanyalah sementara saja sifatnya dalam memegang jawata...
Menang Pemilu Sheikh Hasina Jadi Perdana Menteri Bangladesh Untuk Periode Ketiga

Menang Pemilu Sheikh Hasina Jadi Perdana Menteri Bangladesh Untuk Periode Ketiga

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 348 hits
Komisi Pemilihan Umum Bangladesh kembali menetapkan Sheikh Hasina menjadi Perdana Menteri Dengan kemenangan besar untuk ketiga kalinya Sheikh Hasina menjadi pemimpin Bangladesh
Sesalan Di Pulau Langkawi Masyarakat Di Sana Diketepikan Sekalipun Mp Mereka Merupakan Perdana Menteri Malaysia

Sesalan Di Pulau Langkawi Masyarakat Di Sana Diketepikan Sekalipun Mp Mereka Merupakan Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 540 hits
Minggu lalu saya berkunjung ke Pulau Langkawi Peluang itu turut saya gunakan untuk bertemu dengan ramai penduduk tempatan serta dengan ahli ahli parti UMNO dan MIC di sana Saya sempat bertemu pengusaha kedai pemandu teksi pengusaha pelancon...
Protes Azmin Langkah Awal Untuk Halang Anwar Jadi Perdana Menteri

Protes Azmin Langkah Awal Untuk Halang Anwar Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 473 hits
Tindakan Azmin Ali secara terbuka mengkritik dan menolak beberapa perlantikan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim bagi pengisian jawatan dalam PKR dengan jelas menunjukkan beliau kini tidak lagi sebulu dengan Presiden PKR itu Ikut hukum berparti...
Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Grand Beach Resort Port Dickson Your Ultimate Family Beach Getaway In Malaysia

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

User Generated Content For Marketing

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sanah Helwah Abang Sayang

How Being Shy Is Hurting You

Moments You Missed At G Dragon S Bermensch World Tour In Malaysia Without The Huawei Pura 80 Ultra

Netflix S Culinary Class Wars Athwart Allegations Of Format Theft In China No Licensing Agreement Secured

Breakthrough Study Discovers Novel Type 1 Diabetes Variant In Africa Secures Funding Newsnation

Tun Faisal Dakwa Pn Pernah Turunkan Harga Minyak Juga Tanpa Berjanji Dalam Manifesto