Usia Anak 2 Tahun Dah Didik Solat Cara Ibu Ni Buat Anak Tak Tinggal Solat


Mendidik anak solat sememangnya memerlukan kesabaran, namun trik dan pendekatan yang digunakan ibu ini sememangnya berbeza. Bukan ketika usia anak lima tahun tetapi sejak usia anaknya berusia dua tahun lagi, anak-anak sudah didedahkan akan kepentingan untuk menunaikan tanggunggjawab sebagai umat Islam.
Pendekatan paksa namun dengan cara cukup berbeza. Ini yang dikongsikan oleh Pn Nora Karim. Semoga trik dan tip yang dikongsikan dapat dimanfaatkan bersama.

Alisya menyarung stoking berwarna pink ke kaki kanannya. Air mata masih menitis, bersama wuduknya. Sedu sedan, masih berbaki. Dalam marah dan rajuk, dia akur dipaksa solat zuhur.
Paksa? Ya, saya paksa dia untuk solat. Walaupun ketika itu usianya baru lima tahun.
Belum baligh. Belum wajib solat.
Saya ingat lagi, bagaimana dia menangis sehingga merah matanya, kerana saya menyuruhnya solat di surau ketika kami berada di pusat membeli belah.
Ketika itu saya tidak boleh solat. Tetapi saya memimpin tangannya ke surau dan menyuruhnya solat.

“Mama?” soalnya kepada saya.
“Mama cuti hari ni. Alisya solat. Mama tunggu dekat sini,” jawab saya. Dia tak puas hati dan mula menangis.
Puas dipujuk, namun dia terus menangis. Akhirnya saya meletakkan sejumlah wang di tapak tangan kanannya dan dia boleh beli apa saja dengan wang yang saya berikan itu. Jumlahnya tak banyak cuma RM10.
“Allahuakbar,” bahunya tergerak-gerak menahan esak. Solat dengan sisa-sisa air mata.
“Assalamualaikum warahmatullah… assalamualaikum warahmatullah…,” sambil memalingkan kepalanya ke kanan dan kiri.

Alhamdulillah. Cukup empat rakaat!
“Boleh kita singgah Daiso? Alisya nak tengok barang dekat sana,” pintanya sambil membuka stoking pinknya dan menggenggam erat duit RM10, ‘upah solat tadi’.
“Ok, boleh. Jom!” Saya memimpin tangannya keluar dari surau.
“Ini… bukan upah solat tau. Tapi ini, Allah bagi rezeki untuk Alisya. Allah bagi Alisya, tapi melalui Mama,” sambung saya lagi, sambil menunjukkan duit RM10 yang digenggam erat ditangan kanannya.
“Mama bangga sebab Alisya solat zuhur. Allah mesti sayang Alisya. Good job Alisya,” puji saya sambil berHi-5 dengannya.

Dia memandang saya dengan senyuman. Tiada lagi air mata. Hanya wajah ceria. Mungkin dikepalanya dah terfikir apa yang hendak dibeli nanti.
Itu kisah enam tahun lalu, sekarang tiada lagi drama air mata bila disuruh solat. Kadang-kadang bila saya terleka, dialah yang akan tanya, sama ada saya dah solat atau belum. Kalau saya tertidur pun, dia akan kejutkan dan tanya sama ada saya dah solat atau belum.
Upah solat? Tak, sekali tu je saya bagi dia RM10. Tapi jika dengan ‘upah’ tu anak-anak nak solat, maka raikanlah. Biasanya anak-anak yang bawah 12 tahun, mereka suka buat sesuatu untuk dapatkan ganjaran atau upah. Jadi tak salah pun kita nak beri ganjaran, tapi dalam masa yang sama, beritahu mereka, solat bukan untuk duit atau mainan. Nanti lama-lama mereka faham.

Tip & trik didik anak solat
Apa yang saya buat sejak Faris dan Alisya kecil, adalah seperti berikut:
1. Setiap kali nak solat, letak anak di sebelah sejadah. Buat sejak anak bayi lagi. Saya perasan Faris dan Alisya, mereka boleh duduk diam jika kami singgah solat di surau atau masjid.
2. Fasa paling awal adalah mengajar anak-anak untuk meniru pergerakan solat kita. Tentang bacaan, boleh dikuatkan sedikit supaya anak-anak tahu pada setiap pergerakan tersebut, adanya bacaan-bacaan tertentu.

3. Belikan buku panduan solat untuk anak-anak. Saya beli buku solat Upin Ipin ni, sebab masa kecil mereka suka sangat dengan Upin Ipin. Eh, sampai sekarang pun mereka masih suka Upin Ipin. Buku solat ni masih digunakan sehingga kini sebagai rujukan dalam memperbetulkan bacaan.
4. Beri ‘kuasa’ kepada anak-anak untuk memilih telekung, kain pelekat dan sejadah kegemaran mereka sendiri. Biasanya bila dipilih sendiri, mereka akan rasa teruja untuk memakainya. Kadang-kadang Alisya suka pakai telekung warna sedondon dengan saya.
5. Setiap kali kita nak solat, ajak anak-anak sekali, kalau mereka tak nak solat pun, pujuk mereka untuk duduk sebelah kita. Lama kelamaan, daripada duduk saja, mereka akan mula perhati dan kemudiannya akan ikut.

6. Sekali sekala bila anak-anak tengah main tu, buat game. Contoh, “siapa tahu, rukuk tu apa?” (galakkan mereka untuk tunjukkan cara rukuk. Masa ni tugas kita adalah membetulkan cara rukuk dan semak bacaan ketika rukuk.) Anak-anak ni sebenarnya lebih cepat ‘tangkap’ sesuatu yang kita ajar tu ketika mereka sedang bermain. Buat santai-santai je. Tak perlu lama.
7. Kaedah ‘pohon solat’ pun sebenarnya banyak membantu saya dan Alisya untuk jadualkan waktu solat. Selain tentang rutin solat itu sendiri, ada banyak cerita dari sebatang pokok tu untuk kita ambil ibrah, boleh cerita pada anak-anak.

Inilah tujuh tips yang saya lakukan ketika perkenalkan tentang rutin solat pada Faris dan Alisya, seawal mereka berusia dua tahun.
Nora Karim
Benarlah anak-anak mudah dilentur, ketika usianya masih kecil.
Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak, Ini Apa Yang Boleh Dibuat
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Usia Anak 2 Tahun Dah Didik Solat, Cara Ibu Ni Buat Anak Tak Tinggal Solat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/usia-anak-2-tahun-dah-didik-solat-cara-ibu-ni-buat-anak-tak-tinggal-solat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Anak Kena Tolong Ibu Ini Kongsi Cara Dengki Dengan Anak Didik Anak Disiplin

Semua Anak Kena Tolong Ibu Ini Kongsi Cara Dengki Dengan Anak Didik Anak Disiplin

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 316 hits
Didik anak melakukan kerja rumah boleh dilakukan seawal usia 2 tahun Ketika umur anak memasuki usia 2 tahun ajar dia lakukan kerja rumah yang mudah seperti letak baju kotor di dalam bakul sampah perlu buang di dalam tong sampah Didik anak t...
Selamat Siti Nurhaliza Melahirkan Anak Kedua Di Usia 42 Tahun Udah Lengkap Sepasang

Selamat Siti Nurhaliza Melahirkan Anak Kedua Di Usia 42 Tahun Udah Lengkap Sepasang

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 489 hits
Seperti yang diketahui Siti baru menyandang status sebagai ibu di usianya yang ke 39 tahun dan telah menanti sang buah hati selama 11 tahun
Ingatkan Anak Beza Usia 11 Tahun Wanita Diperli Kahwini Lelaki Lebih Muda

Ingatkan Anak Beza Usia 11 Tahun Wanita Diperli Kahwini Lelaki Lebih Muda

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 303 hits
Jodoh dan pertemuan terletak di tangan Tuhan Tua atau muda usia bukanlah satu halangan dalam membina sebuah rumah tangga Ini kerana apa yang penting adalah hati dan penerimaan terhadap pasangan masing masing Baru baru ini kisah tentang seor...
Kena Tvduh Tak Pandai Jaga Gigi Anak Wawa Zainal Tunai Hasrat Anak Pakai Gigi P4lsu Usia 6 Tahun

Kena Tvduh Tak Pandai Jaga Gigi Anak Wawa Zainal Tunai Hasrat Anak Pakai Gigi P4lsu Usia 6 Tahun

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 467 hits
Pasti ramai tahu sebelum ini pelakon Wawa Zainal pernah meluahkan rasa bimbang mengenai masalah gigi dua orang anaknya iaitu Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa Terbaru menerusi satu perkongsian di Instagram Wawa berkata i...
Cara Menaikkan Berat Badan Anak 2 Tahun Agar Nampak Lebih Berisi Dan Bam Bam

Cara Menaikkan Berat Badan Anak 2 Tahun Agar Nampak Lebih Berisi Dan Bam Bam

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 323 hits
Yang nak kurus si ibu tapi anak yang sudah berusia 2 tahun ke atas ini pula yang nampak lebih slim hingga menyebabkan berat badannya kurang normal dalam carta pertumbuhan kanak kanak Agaknya apa lagi cara menaikkan berat badan anak 2 tahun ...
Anak Bawah 4 Tahun Ibu Ayah Strugle Berkejar Sana Sini Kira Lulus Fasa Pertama

Anak Bawah 4 Tahun Ibu Ayah Strugle Berkejar Sana Sini Kira Lulus Fasa Pertama

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 385 hits
Terpaksa bagi anak gajet waktu makan sebab anak tak duduk diam Ini antara jawapan yang selalu sangat ibu bapa beritahu bila ditanya Tapi adakah ia sebenarnya bagus Melalui perkongsian Penulis Keibubapaan beliau terima BANYAK mesej macam ni ...
Video Bayangkan Baru 2 Tahun Kena Puasa Berbelas Jam Ibu Lemah Tengok Anak Hidap Leukemia

Video Bayangkan Baru 2 Tahun Kena Puasa Berbelas Jam Ibu Lemah Tengok Anak Hidap Leukemia

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 274 hits
Kasih ibu membawa ke syurga kasih ayah kekal selamanya Walaupun tidak terlihat dengan mata kasar betapa besar kasih ibu dan ayah namun sebagai anak kita dapat merasainya Tiada seorang ibu didunia ini yang sanggup melihat anaknya menanggung ...
Masa Nak Sujud Tu Rasa Gelap Dunia Anak Berebut Chopstick Tercucuk Mata Ibu Tengah Solat

Masa Nak Sujud Tu Rasa Gelap Dunia Anak Berebut Chopstick Tercucuk Mata Ibu Tengah Solat

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 565 hits
Malang tak berbau Itu yang berlaku pada seorang ibu apabila matanya mengalami kecederaan yang agak serius gara gara anak berebut chopstick dan tercucuk ke dalam matanya ketika sedang solat berjemaah dengan suami Menerusi perkongsian oleh Um...
Dr Kesal Sikap Ibu Umpan Anak Usia 3 Bulan Dengan Gajet Ni Puncanya Mudah Mengamuk

Dr Kesal Sikap Ibu Umpan Anak Usia 3 Bulan Dengan Gajet Ni Puncanya Mudah Mengamuk

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 535 hits
Ramai ibu bapa akui jika anak diberikan HP Ipad atau menonton televisyen senang kerja menguruskan anak anak Lagipun bila keluar pergi restoran berjalan rumah saudara mara anak akan duduk diam Secara tak langsung mudah untuk kawal tingkah la...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih