Semua Anak Kena Tolong Ibu Ini Kongsi Cara Dengki Dengan Anak Didik Anak Disiplin


Didik anak melakukan kerja rumah boleh dilakukan seawal usia 2 tahun. Ketika umur anak memasuki usia 2 tahun, ajar dia lakukan kerja rumah yang mudah seperti letak baju kotor di dalam bakul, sampah perlu buang di dalam tong sampah. Didik anak tentang kerja rumah mengikut usia yang sesuai. Apabila anak terbiasa didik tentang tanggunjawab, mereka akan mudah melakukan kerja-kerja rumah tanpa perlu dipaksa.
Penglibatan anak dalam menguruskan rumah sangat penting, ajak mereka bersama-sama lakukan tugasan rumah seperti yang dikongsi oleh ibu ini.

Artikel Menarik: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak. Ini Apa Yang Boleh Dibuat
Ibu-ibu, Jom ‘dengki’ dengan anak-anak.
Saya pernah melihat ada ibu yang mempunyai 5-6 orang anak remaja. Tetapi ternyata ibu seorang diri sahaja yang tunggang-langgang di dapur dari pagi sampai ke malam. Terutamanya bulan puasa seperti sekarang. Pedih tumit ibu berdiri di dapur, tetapi anak-anak sedang bergelak tawa melayan Tiktok di dalam bilik.
Nahi, nahi, nahi.
Jangan sebegitu ibu-ibu yang baik hati. Tanam dalam hati, kita mesti ‘dengki’ degan anak-anak tak kira lelaki atau perempuan. Jika dapat dimulakan dari kecil lagi bagus.

Ini cara ‘dengki’ saya kepada anak-anak:
1. Jika saya masuk ke dapur, jangan harap anak-anak boleh terperap di dalam bilik bersuka ria. Semua mesti turun padang.
2. Kemudian saya akan mula memberi arahan. Aisyah, kupas bawang besar tiga biji, halia, bla, bla, bla. Aminah tolong bersihkan taugeh tu. Adam, ambilkan untuk umi kuali 2 biji dan periuk satu. Begitulah contohnya. Jika ada barang-barang yang baru dibeli saya akan minta mereka simpan ke tempatnya.

3. Ketika sedang memasak pula, saya menjadi chef hebat. Saya memasak sahaja dan memberi arahan sepenuhnya kepada anak-anak saya. Misalnya, umi nak air asam jawa. Ambilkan tempoyak untuk umi. Umi nak santan. Kerisik please. Ambil minyak zaitun sekejap. Tolong isikan bekas kayu manis dan bunga lawang yang kosong tu.
Teknik ini amat-amat-amat baik. Ibu-ibu cubalah. Anak-anak akan peka dengan susun atur dapur kita. Mereka tahu di mana kita simpan kerisik, cili kering, rempah-ratus dan segala bagai lagi.
Yang kedua mereka akan kenal yang mana halia, yang mana lengkuas, tempoyak, cengkih dan macam-macam lagi. Semakin hari mereka akan semakin pandai.
4. Selepas siap memasak satu menu, saya letakkan di atas meja. Saya suruh mereka hidangkan. Lalu mereka akan bertanya. Nak hidang dalam bekas yang mana umi?
Waktu ini saya akan mengajar lagi. Kata saya jika masakan berkuah, mangkuk hidangan mesti dalam. Jika kuah sedikit atau kering bekas hidangannya nipis. Alhamdulillah, sekarang mereka sudah kurang bertanya mungkin disebabkan sudah faham sikit-sikit.
Setiap kali menceduk lauk ke dalam bekas, saya lihat mereka akan saling mengingatkan supaya tepi-tepi mangkuk mesti dilap sebelum dihidangkan.

5. Selepas memasak biasanya saya akan mencuci semua pinggan-mangkuk di sinki. Kemudian saya tinggalkan kepada mereka untuk membersihkan meja kerja, menyimpan kembali semua bahan lebihan memasak, mengelap dapur dan lantai. Saya sudah berehat di ruang tamu. Yang penting ketika saya masuk ke dapur nanti, dapur mesti berkilat!
Waktu ini big boss akan masuk ke dapur untuk membereskan tugasan seperti menguruskan sampah dan sebagainya.

6. Selepas makan, saya dan big boss hanya mengangkat pinggan kami sahaja. Kemudian Aisyah, Aminah dan Adam akan uruskan yang selebihnya. Selalunya saya lihat Aisyah bahagian menyimpan makanan lebihan ke dalam bekas bertutup untuk disimpan. Aminah bahagian mencuci pinggan-mangkuk. Adam mengemas meja dan lantai. Sekejap saya semuanya sudah selesai.
Kejam tak cara saya ‘berdengki’ dengan anak-anak? Tetapi saya rasa biarlah saya kejam dan dengki sebegitu supaya mereka tahu untuk membawa diri. Seperkara lagi saya tidak mahu anak-anak saya menjadi raja dari kecil hingga ke tua.

Ibu-ibu yang lain bagaimana?
Jika apa yang saya kongsikan ini dilihat ada manfaatnya, bolehlah kita mulakan dari sekarang. Mula sikit-sikit, insyaallah lama-lama mereka hadam. Saya memulakan teknik didikan ini setahun dua yang lalu.
Kadang-kadang mengapa teknik ini gagal? Kerana kita tidak adil. Kita kerah angah, sedangkan along, acik, adik dan lain-lain kita biarkan terbongkang di depan tv. ‘Dengki’ kita mesti melibatkan semua yang berada di bawah bumbung yang sama secara sama rata.
Kesimpulannya, di tangan kita ibu-ibu ada pena. Walau bagaimanapun sikap anak-anak, kita yang telah melukis corak tersebut. Betul tak?
Kredit : Busseroa Abd Jalil
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post “Semua Anak Kena Tolong” Ibu Ini Kongsi Cara ‘Dengki’ Dengan Anak, Didik Anak Disiplin appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/semua-anak-kena-tolong-ibu-ini-kongsi-cara-dengki-dengan-anak-didik-anak-disiplin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usia Anak 2 Tahun Dah Didik Solat Cara Ibu Ni Buat Anak Tak Tinggal Solat

Usia Anak 2 Tahun Dah Didik Solat Cara Ibu Ni Buat Anak Tak Tinggal Solat

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 381 hits
Mendidik anak solat sememangnya memerlukan kesabaran namun trik dan pendekatan yang digunakan ibu ini sememangnya berbeza Bukan ketika usia anak lima tahun tetapi sejak usia anaknya berusia dua tahun lagi anak anak sudah didedahkan akan kep...
Hiburan Umpan Jajan Dan Makanan Ringan Altimet Kongsi Tips Didik Anak Puasa Penuh Dan Tarawih

Hiburan Umpan Jajan Dan Makanan Ringan Altimet Kongsi Tips Didik Anak Puasa Penuh Dan Tarawih

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 398 hits
Penyanyi dan juga komposer Altimet menerusi sebuah hantaran di Instagramnya ada berkongsi tips untuk menarik minat anak anak untuk berpuasa penuh dan menunaikan tarawih di bulan Ramadan ini Menurut Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Sy...
Viral Di Tiktok Ibu Kongsi Rahsia Cara Bersihkan Filter Dalam Rumah

Viral Di Tiktok Ibu Kongsi Rahsia Cara Bersihkan Filter Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 304 hits
Adakah kamu yakin bahawa penapis beberapa alatan ini betul betul bersih Seberapa kerap kamu mencuci dan membersihkannya Viral di TikTok apabila seorang ibu Chatel Mila berkongsi trik untuk bersihkan 4 jenis penapis iaitu penapis vakum mesin...
Berperang Tiap Kali Makan Ubat Praktik Cara Ni Anak Rela Hati Buka Mulut

Berperang Tiap Kali Makan Ubat Praktik Cara Ni Anak Rela Hati Buka Mulut

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 513 hits
Siapa yang ada anak senang makan ubat beruntung sangat Tak perlu nak pegang kepala kaki dan tangan Hulur je picagari terus nganga mulut Tapi lain pula situasi bagi ibu bapa yang anak anak tengok ubat je menangis macam kena cubit Bukan setak...
Anak Terpaksa Bersaing Dengan Phone Untuk Dapat Perhatian Ibu Ayah Bayangkan Perasaan Mereka

Anak Terpaksa Bersaing Dengan Phone Untuk Dapat Perhatian Ibu Ayah Bayangkan Perasaan Mereka

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 248 hits
Ibu ayah menyedari bahaya sekiranya anak anak terdedah secara berlebihan pada skrin gajet Jika anak anak minta untuk pinjam sebentar pun banyak syarat yang kita kenakan Bimbang anak anak terlalu obses dengan gajet Namun pernahkah anda terfi...
Terkejut Ibu Alami Alahan Teruk Tempias Alahan Terkena Pada Ibu Mentua Sarah Shuib Kongsi Cerita

Terkejut Ibu Alami Alahan Teruk Tempias Alahan Terkena Pada Ibu Mentua Sarah Shuib Kongsi Cerita

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 382 hits
Isteri hamil suami yang terkena tempias alahan mungkin sudah kedengaran biasa Namun bagi pelawak dan usahawan Shuib kehamilan isterinya Siti Sarah sedikit berbeza kerana terkena tempias kepada ibunya sendiri Sarah yang hamil anak keempat me...
Saat Ibu Ayah Penat Tengoklah Wajah Anak Mereka Kekuatan Waktu Kita Rasa Gagal

Saat Ibu Ayah Penat Tengoklah Wajah Anak Mereka Kekuatan Waktu Kita Rasa Gagal

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 334 hits
Anak anak memberikan cabaran yang berbeza pada setiap peringkat usia mereka Ketika bayi kita diuji dengan kepenatan fizikal menguruskan anak yang bergantung sepenuhnya kepada kita Tidur sering terganggu dan tidak cukup Kitaran menyusukan an...
Ibu Bapa Gembira Anak Angkat Dapat Kerakyatan M Sia

Ibu Bapa Gembira Anak Angkat Dapat Kerakyatan M Sia

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 239 hits
MALAYSIAKINI Selepas menunggu sekian lama akhirnya khabar gembira dari Jabatan Pendaftaran Negara tiba dan seorang kanak kanak lelaki berusia 10 tahun di Taman Mewah Yong Peng dekat Batu Pahat kini beroleh taraf kewarganegaraan Khabar gembi...
Hiburan Jangan Sebab Korang Semua Kena Kurung Zarina Zainoordin Mengamuk Isu Kongsi Foto Rentas Negeri

Hiburan Jangan Sebab Korang Semua Kena Kurung Zarina Zainoordin Mengamuk Isu Kongsi Foto Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 310 hits
Pelakon Zarina Zainoordin meluahkan rasa berang apabila melihatkan individu yang rancak memuat naik foto aktiviti rentas negeri tanpa memikirkan akibat yang bakal ditanggung oleh orang lain Luahan perasaan itu dizahirkan Zarina menerusi seb...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih