Usaha Untuk Hamil Suami Disiplin Jaga Makan Minum Mariam Akhirnya Mampu Peluk Cium Si Comel Maryam Assyifa


Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, pasangan Siti Mariam Daud, 31, dan suaminya Mohd Azrul Ramli, 33, mula mencari jalan untuk mendapatkan anak. Kehamilan secara semula jadi tidak berjaya mereka kecapi, lantas tidak membuang masa berjumpa dengan doktor. Pertama kali berjumpa pakar kesuburan, pasangan ini diberitahu masalah kesuburan pada sebelah suami menyukarkan usaha mereka untuk hamil. Tidak berputus asa atau menyalahkan mana-mana pihak, mereka berusaha lebih gigih untuk mendapatkan zuriat.
Bukan setakat berurut dan rawatan kampung, akhirnya mereka memutuskan untuk mencuba rawatan kesuburan IVF. Cadangan ini diberikan oleh pakar kesuburan pertama yang mereka jumpa. Dalam tempoh empat tahun, mereka mengumpul duit untuk memastikan mereka dapat menjalani rawatan ini. Ikuti perjalanan kisah kehamilan Mariam demi mendapatkan si comel Maryam Assyifa, 9 bulan, (ketika sesi fotografi dibuat).
Bukan Sekadar Satu Pakar
“Untuk merujuk masalah kami, bukan sekadar seorang pakar yang kami temui. Beberapa orang pakar yang kami jumpa mencadangkan agar kami mencuba rawatan IVF. Saya dan suami berbincang serius dan akhirnya kami putuskan untuk mencuba,” kata Mariam memulakan cerita. Dek kerana kesungguhan untuk mendapatkan anak, Mariam dan suaminya berusaha untuk mengumpul duit demi menjalani rawatan tersebut.
Dalam tempoh dua ke empat tahun perkahwinan, mereka tanpa jemu berusaha dan akhirnya berjaya mengumpul sejumlah wang untuk membuat rawatan yang disarankan oleh pkar kesuburan. Pada hujung tahun 2017, mereka memulakan rawatan dengan suntikan untuk merangsang telur Mariam agar berupaya untuk hamil.
“Saya diminta untuk membuat suntikan selama dua minggu. Selang sehari, ada hari perlu dua suntikan. Ada hari lain pula hanya satu suntikan diperlukan. Dalam tempoh itu, saya komited mengikut jadual yang diaturkan oleh doktor untuk menjayakan usaha ini. Alhamdulillah selepas satu kali rawatan, saya kemudiannya disahkan hamil pada awal tahun lepas,” cerita Mariam lagi.
Menurut Mariam lagi, rawatan itu berkesan dan hanya mengambil masa yang singkat kerana mereka melakukan fresh transfer. Sepanjang kehamilan, Mariam tidak mengalami sebarang komplikasi.
Suami Jaga Diet, Makan Tak Boleh Sembarangan
Pada awalnya semasa menjalani rawatan kesuburan, Mariam dinasihatkan oleh juru rawat untuk menjaga pemakanannya. Mariam tidak digalakkan untuk mengambil makanan pedas, makanan segera mahupun makanan yang diproses. Juru rawat meminta Mariam untuk berdiet dan amalkan pemakanan sihat. “Dalam tempoh itu, saya memang berpantang. Bahkan suami yang jaga diet saya. Untuk mengelakkan saya makan yang bukan-bukan, dia yang memasak untuk saya,” tambah Mariam lagi. Mariam juga memberitahu suaminya sangat berdisiplin dan menjaga pemakanannya tanpa gagal.
Dugaan untuk mendapatkan anak, Mariam mengalami mabuk teruk sepanjang tiga bulan pertama kehamilannya. Dia terpaksa mengambil cuti kerana keadaannya ketika itu memerlukan Mariam untuk bed rest. “Saya tak boleh makan apa pun waktu itu. Bila makan akan termuntah. Mabuk teruk jugalah sampaikan saya tidak boleh bangun. Selera makan pun tak ada ketika itu,” kata Mariam lagi.
Tiba Waktu Bersalin Nekad Letak Jawatan
Melepasi trimester pertama kehamilan, kesihatan Mariam semakin pulih. Dia sudah mampu bekerja. Masuk trimester kedua dan ketiga kehamilannya, Mariam terus bekerja seperti biasa. Sehinggalah tarikh kelahiran Syifa semakin tiba, Mariam nekad untuk berhenti kerja. Keputusannya itu disokong sepenuhnya oleh Azrul memandangkan mereka sudah banyak berusaha untuk mendapatkan anak.
“Saya melahirkan Syifa pada 31 Ogos 2018. Tarikh itu memang saya pilih memandangkan kebetulan pada tarikh itu kandungan saya pun sudah 38 minggu. Beberapa hospital yang kami pergi, kesemuanya mencadangkan kelahiran melalui pembedahan. Mereka tidak mahu ambil risiko walaupun kes saya dirujuk ke hospital kerajaan. Akhirnya saya dan suami memutuskan untuk saya bersalin di sebuah hospital swasta,” kata Mariam menceritakan tentang kelahiran Syifa.

Segalanya Demimu, Syifa…
Si comel Syifa dilahirkan pada usia kandungan 38 minggu melalui pembedahan dengan berat 3.3kg. Kini Syifa membesar dengan sihat dengan susu ibunya. Sudah mula makan, Mariam memberitahu Syifa gemarkan bubur yang disediakan sendiri oleh Mariam.

“Saya tidak kisah terpaksa melalui segala kesakitan, kemudian berhenti kerja hanya untuk mendapatkan Syifa. Kini saya bahagia dapat melihat dia membesar di hadapan mata saya sendiri. Untuk hamil lagi, saya mungkin terpaksa melalui prosedur IVF sekali lagi,” akhiri Mariam yang telah membelanjakan sekitar RM20,000 sepanjang enam tahun usahanya berusaha mendapatkan Maryam Assyifa.
 
 
 
 
The post Usaha Untuk Hamil, Suami Disiplin Jaga Makan Minum Mariam. Akhirnya Mampu Peluk Cium Si Comel Maryam Assyifa appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/usaha-untuk-hamil-suami-disiplin-jaga-makan-minum-mariam-akhirnya-mampu-peluk-cium-si-comel-maryam-assifa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Emas Dipaksa Minum Air Kencing Makan Cili Didera Penyelia Pusat Jagaan Sejak 3 Tahun Lalu

Warga Emas Dipaksa Minum Air Kencing Makan Cili Didera Penyelia Pusat Jagaan Sejak 3 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 605 hits
Bukan sahaja penghuni pusat jagaan warga emas diperolokkan secara melampau malah penyelia pusat tersebut didakwa mendera dan mengabaikan penghuninya sejak tiga tahun lalu Menurut pemberi maklumat Cik Pah Cik Ton melalui Facebooknya berkata ...
Elizad Tak Putus Asa Untuk Hamil Kini Disaran Doktor Makan Ubat Sebelum Jalani Rawatan Kesuburan

Elizad Tak Putus Asa Untuk Hamil Kini Disaran Doktor Makan Ubat Sebelum Jalani Rawatan Kesuburan

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 500 hits
Seperti yang diketahui umum pelakon cantik Siti Elizad dan suaminya sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata tahun ini selepas beberapa kali menjalani rawatan untuk hamil Doktor menasihatkan Elizad untuk mengambil ubat kesuburan sebelu...
Masa Sibuklah Anak Minta Macam Macam Jangan Jerkah Tapi Peluk Dan Cium Dahinya

Masa Sibuklah Anak Minta Macam Macam Jangan Jerkah Tapi Peluk Dan Cium Dahinya

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 304 hits
Bila kita sibuk tiba tiba anak nak macam macam Apa nak buat Selalunya kita akan cakap nantilah ibu ada kerja nak buat Tak pun tanpa kita sedar terus tinggikan suara pada anak Akhir sekali bila ibu bapa dah bagi amaran macam tu anak terus ba...
Takut Sakit Tapi Keinginan Punya Zuriat Atasi Segalanya 8 Tahun Menanti Akhirnya Allah Kurniakan Kembar Comel

Takut Sakit Tapi Keinginan Punya Zuriat Atasi Segalanya 8 Tahun Menanti Akhirnya Allah Kurniakan Kembar Comel

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 506 hits
Mungkin bagi orang lain merasakan usia awal 30an masih terlalu muda namun bagi pasangan sama cantik sama padan ini Tengku Farah Dayana Ku Mohd Fozi 35 tahun dan suaminya Farhadi Abdullah 33 tahun yang berkahwin hampir sembilan tahun merasak...
11 Jam Kelahiran Fetal Distress Akhirnya Caeser Dr Julia Syukur Suami Sentiasa Disisi

11 Jam Kelahiran Fetal Distress Akhirnya Caeser Dr Julia Syukur Suami Sentiasa Disisi

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 379 hits
Kehadiran suami disisi sepanjang proses kelahiran anak sulung memberikan kesan positif kepada Dr Julia Nabilah Junid Ikuti pengalamannya Anak sulung penerbit pelakon Puan Sri Dato Ziela Jalil Dr Puteri Julia Nabilah Megat Junid menceritakan...
5 Kali Keguguran Kali Ke 6 Hadiah Hari Jadi Suami Tapi Akhirnya Anak Meninggal Atas Riba

5 Kali Keguguran Kali Ke 6 Hadiah Hari Jadi Suami Tapi Akhirnya Anak Meninggal Atas Riba

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 600 hits
Bukan mudah untuk mendapatkan zuriat Pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi demi mendapatkan cahaya mata yang diimpikan Ujian demi ujian terpaksa ditangung oleh Puan Hasika semasa kehamilanya Kerap kali berhadapan dengan keguguran menyebabkan d...
Calon Suami Belum Mampu Sahkah Menikah Tanpa Mahar

Calon Suami Belum Mampu Sahkah Menikah Tanpa Mahar

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 285 hits
Menikah merupakan ibadah yang membahagiakan bagi setiap kaum muslim Setiap orang berkeinginan saat menikah itu memiliki nilai dan kesan Tujuannya agar dapat mengingat hari tersebut sebagai hari paling indah di kehidupan mereka Atas dasar it...
Perbanyakkan Makan Makanan Ini Ketika Hamil Bagus Untuk Anak Dalam Kandungan

Perbanyakkan Makan Makanan Ini Ketika Hamil Bagus Untuk Anak Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 329 hits
Wanita hamil perlu makan makanan yang berkhasiat agar kesihatan diri dan kandungan berada di tahap yang baik Amalkan 6 pemakanan ini dan elakkan mengambil makanan yang diproses ataupun makanan segera Ikuti perkongsian Dr Zubaidi MAKANAN TAM...
Makan Durian Ketika Hamil Ada Manfaatnya Namun Tidak Digalakkan Bagi Yang Ada Masalah Kesihatan

Makan Durian Ketika Hamil Ada Manfaatnya Namun Tidak Digalakkan Bagi Yang Ada Masalah Kesihatan

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 364 hits
Durian ialah sejenis buah buahan terkenal di Asia Tenggara Durian dikenali dengan baunya yang kuat saiz yang besar dan kulit tebal yang berduri Ada sesetengah orang yang tidak menggemari bau durian sementara sesetengah yang lain menjadi han...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya