Untung Niaga Manusia Untung Jutaan Ringgit


Pada awal tahun dahulu, berlaku satu pergerakan besaran rakyat kelantan yang berhijrah ke serata negeri untuk menambah pendapatan. Dan ketika itu kecoh satu malaysia rakyat kelantan bersikap ganas dan pelbagai gelaran lagi hinggalah ia masih kekal berpahat dari sanubari rakyat malaysia. Malah ada sesetengah masih fobia dengan rakyat kelantan. Itu lama dahulu, sebab itu pada hari ini rakyat kelantan terdapat di serata negeri dalam malaysia.

Selepas itu, malaysia didatangi pekerja dari indonesia. Alasan yang digunakan masih sama, memenuhi permintaan sektor pekerjaan. Maka berlaku lambakan rakyat indonesia dan pada hari ini hampir setiap negeri ada rakyat indonesia. Tetapi jiwa indonesia tetap indonesia, mereka akan pulang ke negara asal setelah apa yang dihajati tercapai.

Dan hari ini berlaku lambakan pekerja bangladesh, bagi kami lebih ramai berikutan banyak sindiket yang mengaut keuntungan daripada urus niaga manusia. Undang-undang? Persetankan.. Wang lebih utama, perkara susah dipermudahkan melalui sogokan. Rakyat malaysia hari ini terdesak memerlukan wang. Yang bangga dengan pembangunan negara hanyalah mereka yang berkepentingan yang berjaya dalam politik. Marhaen yang tercicir terus merasakan disisihkan dan ditambah dengan lambakan pendatang asing memenuhi sektor pekerjaan bawahan. Alasan... Bisa dicipta, asalkan wang jimat dapat berjoli lebih untuk orang politik.


Artikel Daripada Malaysiakini : 

Apabila pekerja Bangladesh lari dari majikan setelah menjadi mangsa pemerdagangan, mereka dijadikan sasaran lumayan sindiket jenayah.

Ini menurut siasatan media Bangladeshi Kaler Kontho dan Malaysiakini, melibatkan temu ramah dengan lebih 100 pekerja, ejen dan majikan pekerja asing.

Siasatan media mendapati ramai pekerja Bangladesh terdesak untuk terus bekerja di sini, walaupun setelah menjadi mangsa eksploitasi, kerana mereka berhutang sekurang-kurangnya RM17,000 untuk datang ke Malaysia.

Atas sebab itu, mereka sanggup membayar ejen sindiket hampir RM4,000 untuk “diputihkan” menurut undang-undang Malaysia, dengan harapan bebas dari gangguan imigresen.


Bagaimana sindiket ‘pemutihan’ beroperasi


Proses ‘pemutihan’ ini merupakan penyelewengan sistem penggajian semula (rehiring) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada Februari 2016.

Sistem ini diperkenalkan untuk memenuhi kekurangan pekerja dalam industri pembinaan, perladangan, pertanian, perkhidmatan dan pembuatan.

Di bawah sistem rehiring, majikan dibolehkan mendaftarkan mana-mana pekerja yang tidak mempunyai dokumen yang sah.

Ejen menyalahgunakan sistem ini dengan mendaftar pekerja yang tidak mempunyai dokumen sah sebagai pekerja syarikat mereka. Menurut pekerja dan ejen yang ditemu ramah, pekerja akan membayar ejen untuk khidmat ini. 
Sebenarnya, ejen ini bukan menggaji mereka dan para pekerja bebas mencari majikan sendiri. Jika mereka tidak mampu mencari pekerjaan, ejen ini akan mencarikan majikan, dan mengambil komisen dari gaji bulanan.


Ejen: Kalau mereka ditangkap, kami akan lepaskan

Mereka boleh ditangkap pegawai imigresen jika berlaku serbuan di tempat kerja. Bagaimanapun menurut seorang ejen, pekerja yang mereka ‘putihkan’ mendapat ‘perlindungan’.

Menurut Md Mehdi, yang bekerja untuk Sugoi Group, salah satu kumpulan syarikat yang menawarkan khidmat perkhidmatan ini, syarikatnya ‘memutihkan’ lebih 5,000 pekerja. Ini bermakna perkhidmatan ini menghasilkan RM22 juta untuk Sugoi Group.

“Mereka yang ‘diputihkan’ melalui syarikat kami boleh bekerja di mana-mana tempat tanpa bimbang. Jika mereka ditangkap, kami akan menguruskannya supaya mereka dilepaskan,” katanya kepada Kaler Kantho.

Percubaan Malaysiakini untuk menghubungi pemilik syarikat ejen, Humayun Kabir tidak berjaya. Humayun dilahirkan di Bangladesh dan menjadi warganegara melalui proses naturalisasi.

Kaler Kantho juga telah beberapa kali cuba berhubung dengan Humayun melalui syarikat-syarikatnya di Dhaka, Bangladeshi, tetapi tidak berjaya.

Seramai 744,942 pekerja asing dan 83,919 majikan berdaftar bawah sistem rehiring setakat Mei 2018. Program ini tamat pada 30 Jun 2018.

Menurut Jabatan Imigresen, hanya majikan yang perlu membayar dalam proses penggajian semula, iaitu antara RM1,395 ke RM3,845 bergantung kepada industri.

Tetapi ejen yang ‘memutihkan’ pekerja-pekerja asing ini mengenakan bayaran dari RM4,000 ke RM8,000.

Menurut siasatan Kaler Kantho, ada juga ejen yang masih menawarkan perkhidmatan ini, walaupun program penggajian semula telah tamat.

Pengarah Jabatan Imigresen Khairul Dzaimee Daud berkata syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini merupakan “sindiket jenayah”.

Pihak imigresen dan polis juga telah membuat serbuan ke atas beberapa sindiket ini.


Usaha membasmi tidak berjaya

Jaringan ejen tidak bertauliah ini berleluasa walaupun terdapat banyak usaha pihak berkuasa untuk memastikan ia tidak berlaku.

Contohnya, Kedutaan Bangladesh ditugaskan untuk memastikan syarikat-syarikat yang menggajikan pekerja Bangladesh memang syarikat sah yang memerlukan pekerja-pekerja tersebut.

Maka apabila ejen-ejen tidak bertauliah berjaya mendaftar sebagai majikan, dan seterusnya ‘menyewa’ dan mengambil komisen, ini menunjukkan wujudnya ketirisan dalam sistem pemeriksaan kedutaan.

Duta Besar Bangladesh Shahidul Islam berkata pihaknya sukar untuk memeriksa semua kes kerana terlalu ramai pekerja Bangladesh di Malaysia.

Jika hanya sejuta pekerja Bangladesh di Malaysia menempuh masalah, jumlah ini sudah mencecah 10,000 pekerja. Pihak kedutaan tidak mampu untuk menjaga semua pekerja. Ini kelemahan kami, katanya.
Pada Februari 2016, Putrajaya telah menandatangani perjanjian government-to-government plus (G2G+) dengan Dhaka, bertujuan membasmi ejen dan orang tengah.

Menurut data kerajaan Bangladesh, seramai 275,000 pekerja Bangladesh tiba di Malaysia melalui G2G Plus.

Namun, G2G+ digantung pada Jun 2018 kerana penyelewengan disyaki.

“Kerajaan terdahulu telah menguruskan proses pengambilan pekerja asing seperti perniagaan yang hanya menguntungkan beberapa individu tertentu,” Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran dipetik sebagai berkata.

Pada bulan Julai, beliau mengumumkan bahawa sebuah memorandum baru akan ditandatangani dengan kerajaan Bangladesh.

Memorandum ini bertujuan membatalkan moratorium atas kemasukan pekerja Bangladesh ke Malaysia, tetapi mekanisme yang baru belum diumumkan.

Beliau tidak menjawab soalan-soalan Malaysiakini.


Perubahan undang-undang

Tahun lalu, kerajaan Pakatan Harapan meminda Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 untuk membasmi kejadian pekerja didaftarkan bawah sebuah syarikat ‘outsourcing’ tetapi bekerja untuk majikan lain.

Kini, hanya ejen sumber manusia yang dilesenkan oleh Kementerian Sumber Manusia boleh mengimport pekerja asing dengan tujuan meletakkan mereka di majikan akhir.

Namun tidak jelas bagaimana ejen yang dilesenkan ini akan mendapatkan pekerja asing tersebut dan jika ini dapat membasmi operasi ‘pemutihan’ pekerja yang telah ada di Malaysia, oleh wakil ejen tersebut.

 Terma ‘outsourcing’ tidak lagi wujud. Tapi kalau (syarikat outsourcing) masih lagi ingin beroperasi, mereka perlu mendaftar bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta (di Kementerian Sumber Manusia).Saya difahamkan ada yang telah berbuat demikian, kata Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin di sebuah sidang akhbar baru-baru ini.
Mana-mana syarikat outsourcing yang tidak berdaftar dan masih beroperasi selepas 1 April boleh diambil tindakan bawah Seksyen 7 Akta tersebut.


Mangsa sistem

Menurut pengarah NGO hak pekerja asing Tenganita, Aegile Fernandez, pihak berkuasa mesti lebih proaktif untuk melindungi pekerja.

Beliau berkata ramai pekerja yang terperangkap dalam kitaran penyelewengan yang sama apabila ejen tidak bertauliah menyalahgunakan program pemutihan Back For Good yang ditawarkan kerajaan sehingga hujung Disember ini.

Dalam program Back or Good, PATI yang sukarela keluar dari Malaysia tidak akan dikenakan tindakan imigresen seperti denda, sebatan dan penjara.

Mereka membayar RM700 kepada Jabatan Imigresen untuk proses pengesahan biometrik dan pengeluaran pas sementara untuk meninggalkan Malaysia.

Menurut laman web Imigresen, PATI perlu berdaftar sendiri untuk program ini di pejabat Kementerian Dalam Negeri dan tiada ejen dibenar menguruskannya.

Kebanyakan mereka datang ke sini secara sah tetapi menjadi mangsa kepada sistem buruh yang sedia ada. Mereka telah mengeluarkan banyak wang untuk datang ke sini dan terpaksa membayar lagi untuk pulang, kata Fernandez.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/09/untung-niaga-manusia-untung-jutaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kucing Sarat Hamil 6 Ekor Anak Disimbah Minyak Panas Oleh Manusia Kejam

Kucing Sarat Hamil 6 Ekor Anak Disimbah Minyak Panas Oleh Manusia Kejam

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 445 hits
Sungguhpun manusia sekarang sudah hidup secara bertamadun masih ada juga di kalangan mereka di luar sana yang berkelakuan seperti orang tak ada akal Haiwan comel dan tiada salah silap dicederakan dan didera tanpa belas kasihan Menerusi satu...
Menyusuri Tepian Waduk Sermo Lokasi Syuting Bumi Manusia Yang Pemandangannya Cantik Banget

Menyusuri Tepian Waduk Sermo Lokasi Syuting Bumi Manusia Yang Pemandangannya Cantik Banget

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 213 hits
Masih inget kan adegan film Bumi Manusia saat Minke gombalin Annelies di sebuah danau Nah lokasinya ada di Waduk Sermo
Rahsia Logo Ular Menelan Manusia Jenama Alfa Romeo Ada Kaitan Dengan Perang Salib

Rahsia Logo Ular Menelan Manusia Jenama Alfa Romeo Ada Kaitan Dengan Perang Salib

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 500 hits
Walaupun bukanlah jenama kereta Eropah terlaris di Malaysia dan di seluruh dunia Alfa Romeo adalah antara pengeluar automotif yang berada dalam kelas tersendiri dan cukup disegani Ada dikalangan peminat yang gilakan keunikan bunyi jentera j...
Bagaimana Cara Untuk Menjadi Manusia Paling Bahagia

Bagaimana Cara Untuk Menjadi Manusia Paling Bahagia

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 555 hits
Bagaimana cara untuk menjadi manusia paling bahagia Assalamualaikum dan salam sejahtera Sebenarnya dah lama nak tulis mengenai cerita manusia bahagia ni lepas balik dari kelas Metamorphosis Afnan Rosli Kelas yang boleh aku katakan sebagai k...
Bukan Manusia Agaknya Aksi Mak Mak Naik Motor Buat Netizen Terhibur

Bukan Manusia Agaknya Aksi Mak Mak Naik Motor Buat Netizen Terhibur

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 358 hits
Menunggang motorsikal di atas jalan raya bukanlah sesuatu yang harus dipandang remeh malah memerlukan tumpuan yang sangat tinggi Perkara ini berikutan terdapat pelbagai jenis bahaya kemalangan sama ada disebabkan oleh diri sendiri dan orang...
4 Cara Yang Perlu Kita Betulkan Untuk Hidup Bahagia Dan Jadi Manusia Hebat

4 Cara Yang Perlu Kita Betulkan Untuk Hidup Bahagia Dan Jadi Manusia Hebat

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 632 hits
4 cara yang perlu kita betulkan untuk hidup bahagia dan jadi manusia hebat Assalamualaikum dan salam sejahtera Ramai sebenarnya yang tidak hidup dalam situasi sekarang kerana mereka terperangkap dengan masa lepas Mereka membawa bebanan di b...
Senarai Khasiat Buah Bidara Untuk Manusia

Senarai Khasiat Buah Bidara Untuk Manusia

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 1053 hits
Nasi lemak buah bidara Sayang selasih hamba lurutkan Hilang emak hilang saudara Kerana kasih hamba turutkan Haa siapa masih ingat lagi pantun melayu lama tu Tapi persoalannya di sini apakah itu buah bidara Bagaimana rupanya Bagaimana rasany...
Tak Ada Manusia Hewan Hewan Ini Pun Jadi Pengantin Bom Isis Dan Taliban

Tak Ada Manusia Hewan Hewan Ini Pun Jadi Pengantin Bom Isis Dan Taliban

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 195 hits
Kejayaan ISIS kini kian memudar dan mereka masih berusaha memberikan perlawanan dengan menyerang warga sipil di sejumlah wilayah di Irak dan Suriah ISIS menggunakan berbagai cara untuk melakukan perlawanan termasuk memanfaatkan hewan sebaga...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation