Rahsia Logo Ular Menelan Manusia Jenama Alfa Romeo Ada Kaitan Dengan Perang Salib


Walaupun bukanlah jenama kereta Eropah terlaris di Malaysia dan di seluruh dunia, Alfa Romeo adalah antara pengeluar automotif yang berada dalam kelas tersendiri dan cukup disegani. Ada dikalangan peminat yang gilakan keunikan bunyi jentera-jentera Alfa Romeo.

Alfa-Romeo

Ada juga yang sukakan sejarah, kejayaan di litar lumba dan hubungan jenama itu dengan Enzo Ferrari serta kaitan pelumba-pelumba hebat seperti legenda 1930-an, Tazio Nuvolari dan Achille Varzi dan juara dua kali Formula Satu (F1) 1950-an, Alberto Ascari.

Alfa Romeo sangat sinonim dengan makna keghairahan dan soul, tetapi kononnya alasan paling cool untuk mencintai jenama ini ialah penampilan gril segitiga yang jika diperhatikan lebih dekat tersemat lencana dengan imej palang (salib) di samping seekor ular, dengan julukan biscione sedang menelan seorang manusia. Apakah maksudnya?

Ada pelbagai teori yang menyokong dakwaan tersebut.

LAMBANG DUKE MILAN

Tidak banyak pengeluar automobil yang meletakkan logo jenama dalam bentuk lencana logam seakan jata atau coat of arms.

Antara pengeluar selain Alfa Romeo yang menampilkan lencana logam ialah Saab dengan imej kepala Griffin mengeluarkan api, yakni makhluk legenda dalam mitologi Mesir dan Parsi purba.

Begitu juga logo Peugeot dengan imej singa mendepangkan kaki yang sejarahnya dapat dijejak sehingga 1847.

Logo Alfa Romeo pula jika dijejaki mempunyai kaitan dengan bandar kelahiran jenama itu di Milan, Itali.

Logo tersebut pernah menjadi lambang keluarga Visconti sebagai penguasa atau duke ibu kota itu pada abad 11 hingga 15 Masihi.

OTTONE VISCONTI

Ottone Visconti

Menurut kisah legenda, semasa Perang Salib Kedua, Ottone Visconti (1207-1295), mencabar ketua Saracen (istilah orang Kristian yang merujuk kepada orang Islam pada zaman pertengahan), Voluce, supaya bertarung yang ketika itu memakai baju dengan lengan tertera jata seekor ular sedang menelan seorang lelaki.

Ottone menang sambil membawa pulang senjata dan lambang milik Voluce itu ke Milan untuk dijadikan simbol kepahlawanan keluarga Visconti. Simbol tu kemudian digunakan pada perisainya.

Ada kenyataan mendakwa imej lelaki ditelan ular biscione itu dimerahkan untuk menggambarkan orang Saracen, tetapi kemudian digantikan dengan kanak-kanak bagi menunjukkan kebaikan ular Visconti.

Malah, menurut sumber Alfa Romeo sendiri, dipetik Jalopnik, ular itu bukan menelan, sebaliknya mengeluarkan manusia sebagai simbol manusia baharu, kelahiran semula dan disucikan.

Tetapi kalau kita melihat posisi dan gerak badan manusia (atau budak) pada mulut ular itu, ia tidak nampak seperti dikeluarkan, tetapi ditelan. Jadi tidak hairan orang ramai mengganggap ular itu sedang menelan mangsa.

Simbol tersebut kemudian digunakan walaupun keluarga Visconti sudah meninggal dunia dan digantikan keluarga Sforza sebagai penguasa Milan dengan meneruskan legasi lambang itu sebagai jata pemerintahan.

Imej ular melingkar tersebut turut menjalinkan Milan dengan dua bandar di Poland menerusi perkahwinan Bona Sforza dan Raja Sigismund I.


Jika berjalan di Milan, anda akan perasan imej ular biscione pada jubin lantai, dinding stesen keretapi Milano Centrale, dan tembok kota Castello Sforzesco di pusat bandar.

Menariknya, kadangkala muka lelaki yang sedang ditelan ular itu kelihatan tenang sahaja seakan pasrah dengan nasib diterima, tetapi kebiasaannya imej 'lelaki malang' itu tidak ditunjukkan muka.

Pada lambang Alfa Romeo, sebuah syarikat yang berakar umbi di pusat industri Milan, imej ular biscione berkongsi ruang dengan simbol salib merah dan latar belakang putih seperti yang terdapat pada bendera Milan.

Tembok kota Castello Sforzesco juga jelas terpapar lambang ular biscione menelan seorang lelaki.

KONTROVERSI SALIB

Apakah itu simbol iluminati? Entahlah, anda mungkin boleh bertanya sendiri kepada jabatan perhubungan awam kumpulan misteri itu.

Tetapi persoalannya, adakah peminat Alfa Romeo tahu rahsia sebenar di sebalik logo kereta idaman mereka itu?

Pasti ramai dikalangan pembeli Malaysia tidak tahu rahsia di sebalik imej ular biscione menelan lelaki pada logo Alfa Romeo dan kaitan simbol tersebut dengan Perang Salib Kedua.

Namun apa yang pasti, simbol salib yang tertera di sebelah ular itu sedikit sebanyak menghalang populariti jenama tersebut di kalangan pembeli Islam.

Situasinya sama seperti simbol tali leher bow pada logo Chevrolet yang berbentuk salib.

Tetapi, di kalangan peminat kereta lama kategori rare, model-model Alfa Romeo sentiasa ada kelompok peminatnya yang tersendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Benarkah Asal-Usul Logo Chevrolet Adalah Simbol Salib?Logo Kereta Volkswagen Direka Adolf Hitler!
sumber: pandulaju



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/08/maksud-logo-ular-alfa-romeo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Macam Perangai Ada Apabila 16 Jenama Makanan Segera Berkumpul Dalam Satu Kelas

Macam Macam Perangai Ada Apabila 16 Jenama Makanan Segera Berkumpul Dalam Satu Kelas

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 838 hits
Pilih Personaliti Berdasarkan Fastfood Berkumpul Dalam Kelas Belek belek laman sosial sekali terjumpa satu posting ini sebuah karya anak tempatan yang menggambarkan jenama makanan popular di Malaysia dengan sebutan orang tempatan Sangat men...
Cantik Jenama Kotex Perkenal Rekaan Batik Untuk Packaging Tuala Wanita

Cantik Jenama Kotex Perkenal Rekaan Batik Untuk Packaging Tuala Wanita

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 414 hits
Tuala Wanita pun nak cantik Apa maksud penulis agaknya Baiklah jenama tuala wanita tersohor di Malaysia Kotex tampil dengan cetakan batik moden untuk pembungkusannya Cetakan batik ini pertama kalinya mencuri perhatian khalayak ramai dengan ...
Pemilik Jenama Bestari

Pemilik Jenama Bestari

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 4763 hits
Bestari adalah jenama Tepung yang terdiri daripada Tepung Custard Tepung Cucur Tepung Ubi Kayu Tepung Tempura Bestari adalah Jenama Bukan Islam yang diusahakan oleh Syarikat Synerchem Food Processing Industry Sdn Bhd yang berpengkalan di Sh...
Cap Kipas Udang Jenama Muslim

Cap Kipas Udang Jenama Muslim

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 534 hits
Cap Kipas Udang adalah janama milik Muslim Janama cap Kipas Udang dimiliki Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd mula ditubuhkan pada 1987 Kilang pemprosesan dan pengurusan terletak di Lakin Johor Bahru Janama ini dimiliki sepenuhnya oleh Musli...
Kisah 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula Dari Bawah

Kisah 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula Dari Bawah

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 1011 hits
Cerita kejayaan syarikat syarikat terkenal bukan sahaja menarik untuk dibaca malah mempunyai maklumat yang penting untuk kita pelajari kerana ianya diasaskan oleh orang biasa yang mempunyai semangat dan kelebihan luar biasa Bagaimana syarik...
Jenama Kopi Segera Terbaik Di Pasaran

Jenama Kopi Segera Terbaik Di Pasaran

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 1553 hits
Antara kopi segera yang menjadi kegemaran saya sekarang ialah jenama kopi dari papparich stevia white coffee Dia punya rasa melekat memang piyor habis sesuai sangat lah untuk yang suka minum kopi yang agak keras seperti saya Orang dulu dulu...
Baca Ni Minyak Masak Jenama 777 Keluaran Muslim Order Sekarang

Baca Ni Minyak Masak Jenama 777 Keluaran Muslim Order Sekarang

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 1650 hits
Minyak Masak 777 ni asli keluaran orang IslamOperasi kilang di Halal Hub Pasir MasUntuk tempahan sila hubungi 0139891801 ATAU terus WhatsApp
Diskaun Sehingga 90 Peratus Untuk Pelbagai Jenama Mitsui Outlet Park Buat Sale Untuk Anda Berbelanja Selama 4 Hari

Diskaun Sehingga 90 Peratus Untuk Pelbagai Jenama Mitsui Outlet Park Buat Sale Untuk Anda Berbelanja Selama 4 Hari

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 620 hits
Shopping dengan rakyat Malaysia memang tidak boleh dipisahkan Ibarat terapi diri ataupun self reward selepas penat bekerja pusat pusat membeli belah pasti dipenuhi orang ramai terutama ketika hujung minggu ataupun baru lepas dapat gaji kan ...
Jenama Jenama Idtv Di Malaysia Untuk Siaran Tv Digital Myfreeview

Jenama Jenama Idtv Di Malaysia Untuk Siaran Tv Digital Myfreeview

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 820 hits
Jenama jenama IDTV di Malaysia Untuk Siaran TV Digital myFreeview Salam semua sejak kebelakangan selalu lalang lalang kempen siaran TV Digital MyFreeview ni di tv Sejujurnya kita tak ambil tahu sangat sebab dah ada kat rumah ni pasang Njoi ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi