Senarai Khasiat Buah Bidara Untuk Manusia


"Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih hamba lurutkan... Hilang emak hilang saudara, Kerana kasih hamba turutkan." Haa siapa masih ingat lagi pantun melayu lama tu? Tapi persoalannya di sini, apakah itu buah bidara? Bagaimana rupanya? Bagaimana rasanya? 

Apakah pula khasiat dari buah bidara ni? Disebabkan rasa ingin tahu daku Google cari info tentang buah bidara dan alhamdulillah ada banyak info yang berjaya diperolehi. Di sini daku kongsikan sekali untuk pengetahuan semua. 




Nama Panggilan Untuk Buah Bidara Ada Banyak

Buah Bidara jika mengikut nama latin atau sainsnya adalah Ziziphus Mauritiana. Ia adalah sejenis tanaman yang tergolong dalam keluarga rhamnaceae yang menghasilkan buah yang manis dan disukai oleh ramai peminat. 

Antara panggilan lain mengikut tempat yang berbeza ini adalah Widara (panggilan Jawa), Zee-pen (Burma), Putrea (Kamboja), Than (Laos) dan juga Bekul (Bali). Ia juga dikenali sebagai Jujube di kalangan warga Korea. Selain dari nama-nama tadi, ia juga turut dikenali sebagai kurma cina (Chinese date), Korean date, Indian date dan Red date yang ditanam untuk pokok hiasan disamping menghasilkan buah. Selain daripada bidara ia juga turut dikenali sebagai Epal Siam bagi sesetengah orang. 




Rupa Bentuk Pohon Bidara

Pohon Bidara mudah untuk dikenali dengan melihat pada pohonnya. Perdu pohon bidara ini kelihatan rendang dan berduri. Ketinggian pohon bidara ini pula selalunya mencapai ketinggian sebanyak 5 meter. Tumbuhan ini bolehh tumbuh dengan baik dalam keadaan iklim yang pelbagai.



Bentuk daun pohon bidara pula adalah bulat kecil dan berwarna hijau. Saiz bunganya pula kecil saja dengan bentuk seakan payung. Manakala buah bidara ini pula bulat buni dengan warna hijau dan kemerah-merahan ketika sedang masak. Biji dari buah bidara sangat keras hingga boleh dijadikan sebagai tasbih, gelang dan juga rantai. Setiap buah mempunyai satu biji sahaja.




Kandungan Yang Terdapat Di Dalam Buah Bidara

Dipercayai buah bidara kaya khasiat, manfaat dan kebaikan kepada sesiapa saja. Siapa sangka rupanya pohon bidara ini merupakan salah satu jenis tanaman yang memiliki manfaat baik bagi manusia. Patutlah tanaman yang satu ini telah dikenali sejak zaman dulu lagi. 

Berikut ini adalah kandungan yang terdapat pada buah bidara :

Vitamin A Vitamin CKarbohidratProteinFosforZat BesiKalsiumNiacinBeta KarotenMineral dan banyak lagi



Khasiat Buah Bidara Ternyata Sangat Banyak Sekali

Sekarang daku kongsikan pula antara manfaat atau khasiat buah bidara ini. Ia bukan saja sangat bagus untuk di makan dengan rasa yang sedap malah ia dikatakan juga sangat bagus untuk kesihatan dan juga kecantikan. Rasa bidara enak, manis dan lebih rangup daripada epal hijau. Antara khasiat-khasiat tersebut adalah :


1. Malancarkan Peredaran DarahBuah Bidara memiliki kandungan Zat Besi dan vitamin yang dapat melancarkan peredaran darah kita. 
2. Kandungan Antioksidan Mencegah Radikal BebasKandungan manfaat antioksidan di dalam buah bidara baik untuk mencegah datangnya radikal bebas. Radikal bebas merupakan penyebab penyakit yang pelbagai termasuk yang di bawa oleh udara.
3. Mengatasi Masalah Gangguan Kesihatan Pada MulutUlser, gusi berdarah dan bibir pecah merupakan beberapa jenis gangguan mulut yang sering dihidapi oleh sesiapa saja. Terutama jika kurang minum air dan kurang menjaga kebersihan mulut. Daun dari buah bidara boleh digunakan untuk mengatasi masalah-masalah ini.




4. Menguatkan Tulang Dan GigiDaun bidara mengandung banyak mineral yang berguna dalam merawat kesihatan tulang mahupun kesihatan gigi. Buah bidara ini juga turut memiliki kandungan kalsium, fosfor, kalium dan mineral lainnya. Jadi buah ini juga sangat baik untuk pertumbuhan gigi anak-anak yang masih kecil terutama di ketika usia mereka 5 tahun.
5. Mengubati LukaDaun bidara memiliki kandungan antiseptik sehingga sesuai digunakan untuk mengubati luka baik luka yang telah lama mahupun luka yang masih baru. Daun bidara juga terkenal kerana sifatnya yang mendinginkan. 
6. Mengatasi Masalah Kewanitaan Dan Jerawat Pada WajahKhasiat buah bidara untuk wanita juga banyak. Ia sangat sesuai untuk wanita yang mengalami masalah keputihan, haid yang tidak lancar dan lain- lain lagi. Penggunaan daun bidara juga sangat sesuai digunakan untuk mengatasi masalah gangguan tersebut. Daun bidara juga bagus untuk kecantikan bagi masalah jerawat dan sebagainya


7. Mengandungi Antibakteria Yang Bagus Untuk Ubati Pelbagai Penyakit LainDaun bidara turut memiliki kandungan antibakteria. Antibakteria ini memiliki banyak khasiat seperti mengubati penyakit yang disebabkan oleh bakteria seperti demam babi, pilek, influenza, demam burung bahkan HIV/AIDS. InshaAllah.
8. Melancarkan Sistem PencernaanSalah satu khasiat dari buah bidara juga bisa dijadikan pelancar sistem pencernaan. Daun bidara dapat digunakan untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan gangguan pencernaan sehingga ke tahap kanser perut. Ini kerana di dalam buah bidara ini terkandung serat-serat yang baik untuk melancarkan usus. Maka jika kalian ada masalah kembung perut hingga susah untuk membuang air besar, salah satu solusinya adalah dengan memakan buah bidara ini.


9. Mampu Membantu Ubati Penyakit DiabetesDaun bidara memiliki kandungan glikemik yang rendah sehingga bagus untuk mengubati diabetis tahap 1, 2 serta diabetis gestasional (diabetis yang dialami oleh ibu yang mengandung).
10. Membantu Merawat Gangguan Jin Dan Sihir
Khasiat buah bidara kampung dalam Islam pula dikatakan berbeza. Khasiat buah bidara dalam perubatan Islam dikatakan dapat membantu merawat gangguan jin dan sihir.

Ibnu Kathir dalam huraiannya apabila menafsirkan Surah Al Baqarah Ayat 102 berkaitan Syaitan yang memfitnah Nabi Allah Sulaiman bahawa baginda menggunakan Sihir bukan Mukjizat meriwayatkan bahawa yang paling bermanfaat dalam menghilangkan pengaruh sihir adalah dengan menggunakan apa yang diturunkan Allah swt kepada RasulNya untuk menghilangkan hal itu iaitu membaca al-muawwidzatian (al-Falaq dan an-Nas) dan Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir syaitan .:Al Qurtubi menceritakan daripada Wahab untuk mengubati Sihir: “Diambil 7 helai daun bidara ditumbuk halus lalu dicampurkan air dan dibacakan Ayat Kursi dan diberi minum pada orang yang terkena sihir tiga kali teguk dan baki airnya diguna untuk mandi, Insya Allah akan hilang sihirnya”. “Dan diutamakan membaca Qul A’uzubil Falak, Qul A’uzubirabinnas juga ditambah Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir Syaitan.” (Tafsir Ibn Katsir Jilid Satu Terjemahan Pendek Laman 171) (Tafsirul QuranilAzim Juz: 1 halaman 372)Setahap mana ianya berkesan untuk merawat gangguan jin dan sihir daku sendiri tidak tahu. 
11. Bidara Juga Ikut Berguna Untuk Mandikan Jenazah 

Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma tentang orang yang jatuh dari untanya lalu meninggal dunia, Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam bersabda :
اغْسِلُوْهُ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ وَكَفِّنُوْهُ فِي ثَوْبَيْنِ.“Mandikanlah dia dengan air yang dicampur daun bidara dan kafanilah dengan dua baju”. (HR. Bukhary :1719)
demikian pula,
Hadits Ummu ‘Athiyah tatkala anak Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam meninggal, baginda bersabda :

اغْسِلْنَهَا ثَلاَثًا أَوْ خَمْسًا أَوْ سَبْعًا أَوْ أَكْثَرَ إِنْ رَأَيْتُنَّ ذَلِكَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ
“Mandikanlah dengan air yang dicampur daun bidara tiga kali atau lima atau tujuh atau lebih jika kalian anggap perlu ... ”. (HR. Bukhary : 1175).



“Rasulullah masuk kepada kami ketika kami sedang memandikan puteri baginda lalu bersabda, ‘Mandikanlah dengan siraman yang ganjil, iaitu tiga kali, lima kali (tujuh kali), atau lebih banyak dari itu-jika kalian anggap perlu-dengan cara menggunakan air dan daun bidara. Berilah kapur barus di akhir kalinya.’ Baginda bersabda kepada kami ketika kami hendak memandikannya, ‘Mulailah dengan anggota badan bahagian kanan dan anggota-anggota wudhunya. 
Jika telah selesai, maka beritahukan kepada aku.’ Ketika kami telah selesai, kami memberi tahu baginda. Lalu, baginda memberikan sarung baginda  kepada kami seraya bersabda, ‘Pakaikanlah (sarung ini) kepada nya.’ (Dan baginda tidak menambah dari itu, dan aku tidak mengetahui puteri baginda yang mana dia itu). Kami sisir dia (dan dalam satu riwayat: lalu kami ikat rambutnya) tiga ikatan. 

Sebab Mengapa Daun Bidara Digunakan Oleh Rasullullah SAW
Apa istimewanya daun bidara ini sehingga Nabi kesayangan kita bersabda sebegitu? Untuk pengetahuan semua, daun bidara memiliki semacam zat yang membuat jenazah menjadi wangi selain menghilangkan kotoran. Kemungkinan juga kelebihan daun bidara ini mampu untuk membunuh atau menghapuskan gas ammonia pada jenazah yang menyebabkan mereka yang memandikan jenazah berasa tidak tenang atau demam dikenali dengan nama badi mayat akibat dijangkiti kuman yang terhasil daripada gas ammonia.
Jelas dalam dua hadits tersebut suri tauladan kita, Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam memerintahkan penggunaan daun bidara untuk memandikan jenazah. Semoga kita menghidupkan sunnah-sunnahnya kembali.


Ternyata,  memang benar buah bidara benefit nya sangat banyak dan elok untuk diamalkan sebagai salah satu makanan sihat untuk semua. Buah bidara sedap di makan begitu saja atau di makan dalam bentuk rojak. Jika susah nak dapatkan yang fresh boleh makan buah bidara jeruk yang juga sedap rasanya. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sishawa.com/2019/09/khasiat-buah-bidara-untuk-manusia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tau Makan Je Banyak Khasiat Durian Si Raja Buah Ni

Tau Makan Je Banyak Khasiat Durian Si Raja Buah Ni

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 635 hits
DURIAN amat digemari ramai kerana rasanya yang manis dan lazat Di sebalik teksturnya yang lembut dan aromanya yang menggoda si raja buah ini memiliki banyak manfaat bagi kesihatan Berikut antara khasiat buah durian Meningkatkan Imuniti Buah...
Ini Khasiat Kecantikan Yang Dikandung Buah Ceri

Ini Khasiat Kecantikan Yang Dikandung Buah Ceri

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 487 hits
Nutrisi kecantikan yang dikandung buah ceri antara lain antioksidan vitamin dan cairan pelembap
Khasiat Buah Durian Sayur

Khasiat Buah Durian Sayur

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 384 hits
Mengapa dipanggil durian sayur Agaknya kerana buah ini semasa muda boleh dibuat sayur Kenapa dipanggil durian Itu mudah untuk dibuat justifikasi Dipanggil durian kerana buah ini ada duri biarpun lembut Nama lain durian sayur ialah durian be...
Inilah Senarai Khasiat Daun Sup Yang Tidak Kita Sedari

Inilah Senarai Khasiat Daun Sup Yang Tidak Kita Sedari

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 818 hits
Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Daun Sup yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat Daun sup in English dikenali sebagai Apium graveolens Daun sup ini sememangnya memang sering digunakan dalam masakan Baunya yang semerbak ...
Banyaknya Khasiat Kulit Buah Limau

Banyaknya Khasiat Kulit Buah Limau

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 690 hits
Buah limau merupakan sumber terbaik vitamin C baik untuk kesihatan dan perawatan kulit Namun tahukah anda sebahagian besar manfaat buah ini terletak pada kulitnya Kulit limau mengandungi empat kali lebih banyak serat berbanding isi buahnya ...
Musim Buah Di Belakang Rumah

Musim Buah Di Belakang Rumah

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 476 hits
Macam lah banyak sangat buah buahannya ye Tapi seronok sangat bila pokok yang kita tanam ni dah berbuah Walaupun tak lah pelbagai syukur Alhamdulillah ada juga dijadikan makanan kudapan sekeluarga dan jiran terdekat kan Kawasan belakang rum...
Buah Dokong Manis Beli Secara Online

Buah Dokong Manis Beli Secara Online

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 666 hits
Buah Dokong Manis Beli Secara Online Buah dokong antara buah kegemaran kami terutamanya bila dibelah tak ada bijinya Juicy lembut dalam mulut dan terus ke tekak Memang sedap Kalau setakat 3 kilo sekejap je habis Kalau tak habis saya kopek s...
Doa Mohon Perlindungan Dari 5 Manusia Bersifat Buruk

Doa Mohon Perlindungan Dari 5 Manusia Bersifat Buruk

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 452 hits
Doa Mohon Perlindungan dari 5 Manusia Bersifat Buruk Rasulullah Sallallahu A laihi Wasallam Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari tetangga yang jahat dari pasangan yang menjadikanku tua sebelum waktunya dari anak yang mengusai...
Jerebu Teruk Di Miri Dua Buah Sekolah Diarah Tutup

Jerebu Teruk Di Miri Dua Buah Sekolah Diarah Tutup

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 533 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip