Untung Jangka Pendek Sakit Jangka Panjang Jika Umno Terima Jawatan Tpm Kata Penganalisis

PETALING JAYA: Umno akan merosakkan kepentingannya sendiri, jika ia  menerima jawatan timbalan perdana menteri, menurut penganalisis politik,  Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya.
“Ini keuntungan jangka pendek dan kesakitan jangka panjang,” katanya  kepada FMT mengulas laporan Umno sedang mempertimbangkan beberapa nama  untuk dicalonkan bagi jawatan TPM. Ia termasuk Presiden Umno, Ahmad  Zahid Hamidi, Naib Presidennya, Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Parlimen  Sembrong yang juga Bendahari Agung Barisan Nasional, Hishammuddin  Hussein.
Katanya, Umno akan merumitkan lagi keadaan bagi dirinya dan hubungannya dengan PPBM, jika ia diberikan jawatan tersebut.
Beliau berkata, penolakan Zahid sebagai calon akan memberi tamparan  besar kepada parti itu kerana ia seolah-olah kedudukan presiden PPBM  lebih tinggi daripada presiden Umno, sedangkan hakikatnya PPBM  bergantung kepada sokongan Umno untuk kelangsungan politiknya.      

Awang Azman Pawi.Spekulasi timbul mengatakan Zahid tidak akan ditawarkan jawatan itu kerana perbicaraan rasuahnya yang sedang berlangsung.
Awang Azman berkata, sekiranya Umno menerima jawatan TPM, Perikatan  Nasional akan bertambah kuat hasil daripada kestabilan politik.
“Apa yang terbaik bagi Umno ialah mengasingkan diri daripada  kepimpinan PN, yang mencadangkan pengisytiharan darurat yang ditolak  Yang di-Pertuan Agong dan rakyat.
“Umno juga perlu memastikan ia tidak akan kehilangan kerusi kepada  PPBM dalam pilihan raya umum akan datang akibat rundingan lemah.”
Katanya, akar umbi parti itu mahu melihat Umno sebagai kuasa dominan dan parti yang berani membuat keputusan.
“Jawatan TPM tidak akan membantu memperbaiki imej pemimpin  dan ahli Parlimen parti itu yang lemah, satu imej yang mereka dapat  selepas Umno mengulangi sokongannya kepada kerajaan PN.”

James Chin.James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania percaya Zahid tidak mungkin dicalonkan kerana perbicaraan rasuahnya.
“Saya rasa kemungkinan besar Hishammuddin kerana beliau calon ‘tengah  jalan’ dengan musuh paling sikit. Tetapi, apa saja boleh berlaku, malah  mungkin seseorang yang tidak tersenarai.”
Beliau berkata, Umno mungkin mahu mengawal kementerian ekonomi utama  kerana ini sangat penting untuk mendapat perlindungan dan mengekalkan  sokongan.
Kedudukan seperti itu, katanya, kini dipegang mereka yang sekutu dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
#Sumber : FMT  
MR :  Rakyat memerhati dan menilai setiap parti, sudah pasti rakyat akan membuat keputusan apabila ada PRU 
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/10/untung-jangka-pendek-sakit-jangka.html