Mt Umno Esok Wajib Buat Keutusan Jangka Panjang Tidak Semata Mata Soal Jawaan




 Esok Selasa, MT UMNO akan mengadakan mesyuaratnya di Pahang yang akan menentukan sama ada ia terus kekal bersama PN dan Muhyiddin Yassin atau memutuskan untuk keluar daripada kerajaan.
Biro Politik UMNO Rabu lalu telah membuat keputusan untuk menimbang untuk terus berada dalam PN, sambil akan mengemukakan syarat-syarat baru kepada Muhyiddin.
Sementara Muhyiddin meminta UMNO memperincikan syarat-syarat baru yang diminta itu, kemudian terdedah pula surat Zahid Hamidi yang disokong oleh Najib Razak kepada Agong yang menyatakan sokongan mereka kepada Anwar Ibrahim untuk mengambil aih kerajaan.
Walaupun ada jurucakap UMNO yang tidak dinamakan menyatakan surat tersebut adalah palsu, Zahid Hamidi dan Najib tidak pernah menafikannya secara langsung.
Dengan itu, ada yang mengandaikan, mungkin hanya surat yang viral itu saja yang palsu, tetapi isinya adalah asli.
Dalam erti kata lain, sokongan Zahid Hamidi dan Najib yang disertai beberapa Ahli Parlimen UMNO lain untuk Anwar menjadi Perdana Menteri bukanlah perkara tipu.
Susulan untuk memuktamadkan tuntutan UMNO itu, mesyuarat MT UMNO esok tentu saja menjadi tumpuan semua.
Walaupun tidak diketahui secara jelas apakah tuntutan yang diminta UMNO, tetapi diperkatakan secara terbuka antaranya ialah jawatan Timbalan Perdana Menteri, perlantikan menteri UMNO mesti mengikut hireaki mereka dalam parti dan pengguguran beberapa menteri yang tiada jawatan dalam MT serta tidak pernah dicadangkan sama sekali namanya.
Dalam keadaan Muhyiddin tengah tersepit sekarang – ditekan kiri kanan serta depan belakang – adalah tidak mustahil beliau sedia berlembut dan memenuhi segala tuntutan yang diminta UMNO itu.
Yang penting, bagi Muhyiddin jawatan Perdana Menteri kekal dalam tangannya.
Pada mulanya ada perkhabaran mengatakan bahawa rombakan kabinet akan dilakukan hari ini untuk Muhyiddin memenuhi semua kehendak UMNO itu.
Tetapi, khabar terbaru pula mengatakan Muhyiddin akan menunggu sehingga keputusan MT UMNO esok terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan susulan.
Untuk itu, dikhabarkan Muhyiddin hanya akan merombak kabinet jika MT UMNO esok memutuskan untuk menjadikan tuntutan berkaitan jawatan itu sebagai pendirian rasmi parti.
Persoalannya, apakah jika semua tuntutan UMNO berkaitan jawatan itu dipenuhi Muhyiddin, hubungan parti itu dengan Bersatu akan selesai?
Untuk jangka pendek, ia mungkin boleh dianggap selesai, tetapi dalam jangka panjang, hubungan antara UMNO dengan Bersatu tidak mustahil akan berdepan lebih banyak masalah.
Ini kerana masalah sebenar antara UMNO dengan Muhyiddin dan Bersatu bukan semata-semata tentang pengagihan jawatan semata-mata.
Ia lebih daripada itu, antaranya berkaitan pengagihan kerusi pilihanraya dan jaminan masa depan para pemimpinnya, sedangkan matlamat sebenar Bersatu ditubuhkan adalah untuk menguburkan UMNO.
Walaupun bersama dalam kerajaan, tetapi keinginan dan kecenderungan Bersatu untuk memperlekeh dan membuli UMNO pada hakikatnya tidak pernah terpadam.
Perkara itu dapat dilihat daripada bagaimana Muhyiddin melantik sesetengah menteri daripada UMNO mengikut seleranya sendiri, pengagihan kementerian yang berat sebelah, melindungi menteri tertentu daripada pendakwaan, walaupun jelas ada kesalahan, manakala pembulian paling menonjolkan ialah menamakan Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri dalam PRN Sabah, baru-baru ini.
Ia memberi gambaran, walaupun Muhyiddin sedia berlembut buat sementara waktu, tetapi melalui kuasa yang banyak berpusat di tangannya, tidak menghairankan pembulian dan ketidakadilan akan berulang lagi menjelang PRU15 akan datang.
Yang lebih penting daripada semua itu, oleh kerana Muhyiddin mewarisi parti yang ditubuhkannya bersama Tun Mahathir Mohamad, UMNO sebenarnya hanya akan selamat dalam jangka panjang dengan ia berani memilih untuk berganding dengan rakan baru yang pemimpinnya benar-benar faham apa itu pendakwaan terpilih, pendakwaan politik dan pendakwaan bersifat mala fide. (Shahbudindotcom 19/10/2020)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/mt-umno-esok-wajib-buat-keutusan-jangka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dunia Sebenarnya Luas Bukan Hanya Sekadar Facebook Twitter Dan Instagram Semata Mata

Dunia Sebenarnya Luas Bukan Hanya Sekadar Facebook Twitter Dan Instagram Semata Mata

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 319 hits
Sepanjang tempoh kuarantin gelang merah jambu yang sudah masuk hari ke 4 ni macam macam yang saya pelajari Alhamdulillah ramai yang tanya khabar cuba selidik isu sebenar dan mendoakan kebaikan Saya dapat panggilan Sahibus Samahah Dr Luqman ...
Gst Lebih Baik Dalam Jangka Masa Panjang Kata Pakar Ekonomi

Gst Lebih Baik Dalam Jangka Masa Panjang Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 277 hits
Pakar ekonomi berkata pelaksanaan semula GST perlu diiringi dengan langkah lain seperti sistem cukai pendapatan yang lebih mudah dan kadar lebih rendah PETALING JAYA Beberapa pakar ekonomi tidak bersetuju dengan gesaan seorang pemimpin DAP ...
Adun Ph Kata K Jaan Perak Ibarat Bom Jangka Umno Nafi Ada Bakal Lompat

Adun Ph Kata K Jaan Perak Ibarat Bom Jangka Umno Nafi Ada Bakal Lompat

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 279 hits
Tidak mustahil pentadbiran Perak pimpinan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu akan tumbang jika berlaku perubahan kerajaan di peringkat persekutuan menurut beberapa pemimpin PH negeri itu Ini kerana mereka mendakwa hubungan antara Umno dan Ber...
Mesyuarat Mt Umno Esok Dibatalkan

Mesyuarat Mt Umno Esok Dibatalkan

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 341 hits
UMNO Dulu Kini SelamanyaMesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dijadualkan berlangsung esok di Pahang dibatalkan Menurut sumber pembatalan itu dibuat dengan alasan Lembah Klang kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Ya mesyuarat ...
Vateran Umno Tengku Razaleigh Hamzah Di Jangka Menghadap Agong Jam 2 00 Petang

Vateran Umno Tengku Razaleigh Hamzah Di Jangka Menghadap Agong Jam 2 00 Petang

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 460 hits
PETALING JAYA Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah dijangka menghadap Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 2 petang ini kata sumber Sumber itu berkata Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li akan ditemani ...
Hamzah Zainuddin Anwar Dapat Sokongan Majoriti Hanya Cerita Rekaan Semata Mata

Hamzah Zainuddin Anwar Dapat Sokongan Majoriti Hanya Cerita Rekaan Semata Mata

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 352 hits
KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengesahkan semua ahli Parlimen mereka kekal menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus menerajui negara Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata ahli Parli...
Wujudkan Pelan Jangka Sederhana Panjang Pm

Wujudkan Pelan Jangka Sederhana Panjang Pm

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 214 hits
WUJUDKAN PELAN JANGKA SEDERHANA PANJANG PM KUALA LUMPUR 241020 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menekankan keperluan mewujudkan Pelan Jangka Masa Sederhana Panjang dengan lebih terperinci bagi memastikan kelangsungan hidup rakyat da...
Ibu Pejabat Jakim Tutup 2 Minggu Mulai Esok

Ibu Pejabat Jakim Tutup 2 Minggu Mulai Esok

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 309 hits
Penutupan itu turut melibatkan pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad Al Bakri dan timbalannya Ahmad Marzuk Shaary PUTRAJAYA Ibu pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di Kompleks Islam Putrajaya akan ditutup mulai eso...
Parameter Sebenar Kawasan Pkpb Di Klang Hanya Diketahui Esok

Parameter Sebenar Kawasan Pkpb Di Klang Hanya Diketahui Esok

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 698 hits
SHAH ALAM Majlis Keselamatan Negara Selangor akan bermesyuarat esok bagi menentukan parameter kawasan PKPB di Klang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula Jumaat ini susulan peningkatan kes pandemik koronavirus Sekreta...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation