Untuk Elak Isu Bukan Melayu Boleh Jadi Pm Terus Ditimbulkan Umno Perlu Dikuatkan Semula




Ramai orang Melayu tiba-tiba melompat, malah ada yang sentap, lalu membuat laporan polis terhadap kenyataan yang dibuat veteran DAP, Lim Kit Siang berkaitan orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri.
Membaca tajuk semata-mata atau tidak membawa secara keseluruhan apa yang diperkatakan Kit Siang itu, tidak dinafikan ia memang mudah menyentap “jiwa melayu” sebahagian besar orang-orang Melayu di negara ini.
Bagi sebahagian besar orang Melayu, oleh kerana Malaysia ini asalnya ialah Tanah Melayu, maka jawatan Perdana Menteri itu mesti selamanya dipegang oleh orang Melayu.
Tetapi tidak begitu sebenarnya.
Pertama, ini kerana kebolehmungkinan orang bukan Melayu menjadi adalah sesuatu yang dibenarkan dan tertulis dalam Perlembagaan Negara.
Untuk menjadi Perdana Menteri, ia tidak disebut wajib orang Melayu, sebaliknya syarat wajibnya ialah mesti daripada kalangan Ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen.
Yang kedua, dalam kenyataan Kit Siang itu, beliau sebetulnya sebutkan juga bahawa hakikat orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri adalah satu “kenyataan fakta” dan bukan satu “kenyataan realiti”. 
Ini bermakna, meskipun Kit Siang menyatakan orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri berdasarkan fakta dalam Perlembagaan Negara, beliau dalam masa yang sama sedar realitinya jawatan itu adalah milik orang Melayu berdasarkan kedudukan Melayu sebagai majoriti di negara ini.
Dengan itu, kenapa mesti ada yang sentap dan buat laporan polis terhadap Kit Siang?
Kenapa tiada pula yang nak buat laporan polis terhadap Perlembagaan Negara?
Begitu pun, oleh kerana perkara itu sudah tertulis begitu dalam Perlembagaan Negara, isu bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri ini pasti akan terus berkumandang dan dikumandangkan daripada semasa ke semasa selepas ini.
Ia tidak akan terhenti dan tidak boleh dihentikan sebagaimana mudahnya mematikan enjin kereta.
Dalam konteks kerajaan perpaduan yang memerintah negara ketika ini, kerjasama antara parti-parti yang ada sekarang adalah konsep terbaik untuk menyerlahkan wajah Malaysia yang sebenar.
Semua kaum yang mewakili parti-parti tertentu mempunyai peranan masing-masing dalam kerajaan.
Jika konsep ini berjaya diberi kefahaman yang lebih mendalam kepada rakyat, tidak mustahil kerajaan perpaduan ini kek memerintah negara ini untuk beberapa PRU akan datang lagi.
PN pula bukanlah gabungan yang sesuai untuk negara ini kerana mereka terlalu ekstrem dalam memperjuangkan politik Melayu dan Islam, selain tidak disokong sewajarnya oleh kelompok bukan Melayu.
Cuma, untuk mengelakkan agar isu bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri dapat disenyapkan, adalah penting untuk memastikan UMNO memenangi lebih banyak lagi kerusi bermula pada PRU16 akan datang.
Sekarang UMNO hanya ada 26 kerusi Parlimen dan jika angka itu boleh ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya 40 kerusi dalam PRU16 dan PRU-PRU seterusnya, ancaman siapa harus menduduki kerusi Perdana Menteri dengan sendirinya tidak berbangkit lagi.
Selain UMNO perlu memperkuatkan dirinya secara dalaman untuk memenangi lebih banyak kerusi itu, PH yang terangkum di dalamnya PKR, DAP dan Amanah yang terhutang budi atas kesediaan UMNO memungkinkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri , mesti juga sama-sama memainkan peranan itu demi kestabilan serta keamanan masa depan negara yang lebih berpanjangan.
Berkurang kerusi UMNO, bukan saja menyebabkan jawatan Perdana Menteri mudah dijadikan isu, malah kesan langsungnya ialah kedudukan orang Melayu sebagai kaum teras negara ini juga akan sentiasa diperkotak-katikkan. – ShahbudinHusin 14/12/2023.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/12/untuk-elak-isu-bukan-melayu-boleh-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Umno Berkuasa Semula Orang Lain Pun Tak Boleh Makan Juga

Jika Umno Berkuasa Semula Orang Lain Pun Tak Boleh Makan Juga

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 185 hits
UMNO YANG DIRINDUI Minggu lalu saya secara kebetulan terjumpa dengan dua kawan lama yang sudah bertahun tahun tidak ditemui Mereka seorang Melayu dan seorang Cina adalah ahli perniagaan yang selama ini banyak terlibat dengan tender tender k...
Jerat Buat Umno Tapi Cuba Bunuh Melayu Islam

Jerat Buat Umno Tapi Cuba Bunuh Melayu Islam

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 369 hits
Persempadanan semula terpilih jerat buat Umno Taktik terbaharu Pakatan Harapan AKU terkejut bila DAP cadang dalam Parlimen supaya Kerajaan Madani melantik Datuk S Ambiga sebagai Pengerusi SPR Umum tahu kecenderungan Datuk S Ambiga adalah ke...
Isu Pm Bukan Melayu Senjata Dah Makan Tuan

Isu Pm Bukan Melayu Senjata Dah Makan Tuan

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 442 hits
Oleh Prof Madya Dr Mohd Azhar Abd Hamid dan Datuk Dr Kassim Thukiman Perdana Menteri Malaysia bukan orang Melayu Ia antara isu menimbulkan pelbagai persepsi apabila dibangkitkan secara terbuka orang politik apatah lagi bukan Melayu Isu ini ...
Umno Usah Terus Dalam Penafian

Umno Usah Terus Dalam Penafian

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 172 hits
Hari hari yang Umno Barisan Nasional boleh dakwa tahu semua perkara sudah lama berlalu Sama juga dengan anggapan bahawa kerajaan tahu semua sudah lama berakhir Keputusan PRK Kemaman Sabtu lalu bukanlah satu petunjuk kepada benarnya anggapan...
Ahli Parlimen Adun Umno Terus Sokong Pm

Ahli Parlimen Adun Umno Terus Sokong Pm

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 205 hits
hmetro com myGAMBAR hiasan Kuala Lumpur Semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Umno akan terus mendokong pendirian parti untuk menyokong kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan Setiaus...
Terus Jilat Dap Pas Beritahu Umno

Terus Jilat Dap Pas Beritahu Umno

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 172 hits
Anne MuhammadPETALING JAYA PAS sudah membuka jalan untuk penyatuan ummah bersama Umno namun terpulang jika parti itu enggan menyertainya dan terus menjilat DAP kata Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan presiden PAS yang sebelum ini tidak menolak ...
Warga Malaysia Tak Boleh Bertutur Bahasa Malaysia Cakap Bahasa Inggeris Hebat Tapi Bahasa Melayu Ke Laut

Warga Malaysia Tak Boleh Bertutur Bahasa Malaysia Cakap Bahasa Inggeris Hebat Tapi Bahasa Melayu Ke Laut

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 241 hits
MERAK JALANANMERAK Jalanan bangga apabila Malaysia berada di tangga ke 25 dalam senarai negara fasih berbahasa Inggeris yang dikeluarkan EF English Proficiency Index baru baru ini Di peringkat Asia pula Malaysia muncul sebagai negara ketiga...
Impian Kit Siang Bukan Melayu Jadi Pm Ini Reaksi Ahli Mkt Umno

Impian Kit Siang Bukan Melayu Jadi Pm Ini Reaksi Ahli Mkt Umno

papar berkaitan - pada 10/12/2023 - jumlah : 452 hits
bharian com my Disember 10 2023 12 59pmDatuk Hasmuni Hassan dan Lim Kit Siang ALOR SETAR Veteran DAP Tan Sri mencetuskan kontroversi melalui kenyataan dikeluarkan di Manchester United Kingdom pada 29 November lalu menyebut tiada sekatan dal...
Semua Mp Adun Umno Akan Terus Pertahan Anwar

Semua Mp Adun Umno Akan Terus Pertahan Anwar

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 155 hits
MalaysiakiniUmno akan terus memperkukuh dan mempertahankan kerajaan perpaduan tegas Setiausaha Agungnya Asyraf Wajdi Dusuki Mesyuarat juga memperakukan bahawa semua ahli ahli parlimen dan Adun Adun Umno akan terus mendokong pendirian parti ...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik

Kptm Cara Permohonan Senarai Kursus Lokasi Kolej