Jerat Buat Umno Tapi Cuba Bunuh Melayu Islam


 

Persempadanan semula terpilih, jerat buat Umno Taktik terbaharu Pakatan Harapan?
AKU terkejut bila DAP cadang dalam Parlimen supaya Kerajaan Madani melantik Datuk S. Ambiga sebagai Pengerusi SPR. Umum tahu kecenderungan Datuk S. Ambiga adalah kepada Pakatan Harapan (PH). 

Untuk pengetahuan kau orang ini adalah solusi PH kepada masalah sokongan pengundi Melayu yang sekarang sudah mencecah 75 peratus menyokong PN. 

Kalau tiada tindakan dibuat segera dan sekiranya kerajaan ni sampai ke PRU16, Umno dijangka akan kehilangan 20 daripada 26 kerusi yang mereka ada sekarang. Senang cerita Umno akan terkubur tanpa batu nisan. 

Jadi solusi kepada masalah ini adalah PH akan buat persempadanan semula terpilih (selected re-delineation). Dengan 5 orang Ahli Parlimen PN yang menyokong Kerajaan Madani, maka Kerajaan Madani dah ada 2/3 sokongan dan boleh mulakan proses ini untuk mencairkan sokongan pengundi Melayu kepada PN. 

Apa itu persempadanan semula terpilih? Parti pemerintah akan memilih kerusi yang akan memberikan kekuatan tambahan kepada mereka sahaja untuk dipecahkan. Kerusi majoriti Melayu milik PN akan dikekalkan sahaja. 

Untuk pengetahuan kau orang, pecahan kekuatan di Parlimen mengikut gabungan sekarang adalah seperti berikut:

PH: 81 (36.49 peratus).
BN: 30 (13.51 peratus).
GPS + GRS: 29 (13.06 peratus).
PN: 70 (31.53 peratus).

Kerusi Parlimen yang mempunyai lebih 120,000 pengundi untuk parti dalam Kerajaan Madani pula adalah seperti berikut:

PH – 29.
BN – 1.

Bayangkan dengan melaksanakan agenda persempadanan semula terpilih hanya di kerusi yang dimenangi oleh PH dan BN sahaja, maka mereka boleh menambah kerusi seperti berikut.

PH – 29 + 30 (Parlimen Bangi dipecahkan kepada 3 kerusi).
BN – 1 +1.

Maka jumlah kerusi baru adalah 31 buah kerusi menjadikan jumlah kerusi Parlimen adalah 253. 

Mengambil kiraan mudah, dan faktor gerrymandering  yang boleh dilaksanakan oleh PH iaitu pengundi Melayu dipecahkan ke dalam kerusi bukan-Melayu, maka kerusi tambahan tadi akan turut dimenangi oleh PH dan BN. 

Jadi kerusi tambahan dan peratus kekuatan parti dalam Kerajaan Madani selepas persempadanan semula terpilih ini adalah seperti berikut:

PH: 110 (43.48 peratus).
BN: 31 (12.25 peratus).
GPS + GRS: 29 (11.46 peratus).
PN: 70 (27.67 peratus).

Apa kesannya?

PH sudah memiliki kekuatan sebanyak 110 kerusi atau 43.48 peratus dalam Parlimen. PH hanya memerlukan 17 sahaja kerusi tambahan daripada GPS dan GRS dan boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. 

Ketika itu, PH sudah tidak memerlukan BN dalam kerajaan. Itulah agenda DAP yang tidak disedari oleh pemimpin BN, untuk PH memerintah bersendirian. 

Kerusi tambahan yang akan dibentuk melalui proses persempadanan semula terpilih ini nanti dianggarkan adalah sebanyak 25 buah kerusi majoriti bukan Melayu dan hanya 6 kerusi majoriti Melayu. 

Maka Kerajaan yang dibentuk di peringkat persekutuan akan menjadi kerajaan yang didominasi bukan Melayu Islam. 

Aku bukan nak menimbulkan keresahan mana-mana pihak, tapi semua rakyat Melayu Islam perlu ada rasa bimbang dengan agenda halus ini. 

Lebih-lebih lagi apabila Lim Kit Siang ada membuat hantaran Facebook bercakap mengenai Malaysia mempunyai Perdana Menteri bukan Islam. Ini juga adalah sebahagian dari Agenda Malaysian Malaysia DAP. 

Keberadaan Umno dalam Kerajaan Madani dan bersama DAP juga sudah mendapat isyarat penolakan yang sangat jelas dari akar umbi Umno dan pengundi Melayu Islam. 

Malah ia sangat merugikan Umno itu sendiri. Bak kata pepatah, ‘untung secupak rugi segantang’, ‘penny wise, pound foolish’. 

Aku harap pemimpin melayu Umno akan membuka mata dan melihat realiti. Jangan mabuk kuasa yang sementara tetapi menggadaikan kekuatan politik Melayu Islam. 

Bangkitlah dari lena wahai Umno! 

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Penganalisis Politik Malaysia – HARAKAHDAILY 6/12/2023

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100064826199773/posts/pfbid02RfNXz4ba2f9heioFka7dzGd6cYsX2JPzdZJnbe7VeH2r1hGoNpqEEBZBHe2wRmPul/?mibextid=CDWPTG
  
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jerat buat UMNO, tapi cuba bunuh Melayu/Islam.. 
Lihat komen ini.. 


(i) Al-hamdulillah, ini komen USTAZ SALIM MAHMOOD AL HAFIZ Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah. -HARAKAHDAILY 6/12/2023 

Beliau menjawab mengenai PRK Kemaman. Walaupun dulu Kemaman kubu kuat Umno sebagaimana dakwaan Zahid, kini PAS menang dengan majoriti yang semakin bertambah. 
Sama juga di Kedah yang merupakan kubu kuat Umno sejak dulu. Dalam tempoh setahun ini juga menyaksikan undi PH-BN beralih kepada PAS dan PN. Walaupun PH-BN bergabung sekalipun, undi kepada mereka tidak bertambah. Tiada nilai tambah.


(ii) Menurut ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 6/12/2023, antara lain menyebutkan:

a. Masih ada pimpinan Umno yang rasional dan teguh mahu perjuangkan nasib agama, bangsa dan negara.  Kita yakin dan percaya bukan sahaja Isham malah ramai di kalangan pimpinan dan ahli serta penyokong Umno lebih selesa duduk di bawah payung perjuangan ummah bersama parti-parti Melayu Islam lain sebagaimana dahulu.
Iaitu semasa Muafakat Nasional, dari bersekongkol dan bekerjasama dengan DAP dan rakan-rakan lain dalam Kerajaan Campuran PH-BN hari ini.
b. Kit Siang dalam mengucap tahniah kepada Dr Samsuri (Dr Sam) cuba menyucuk jarum halus mengadu domba, cuba melagakan antara Dr Sam dengan Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH).
(Ternyata kecewa beliau dengan keputusan Kemaman)Kononnya beliau mendakwa Dr Sam lebih moderat dan berfikiran terbuka sesuai memimpin PAS. Saya yakin Kit Siang sebenarnya bimbang dengan kemenangan di Kemaman, satu isyarat umat Melayu Islam iaitu penduduk majoriti dalam negara lebih selesa bersama PAS berbanding BN-PH. 
Beliau juga bimbang apabila pimpinan profesional PAS mula masuk ke arus perdana politik negara sekali gus menggerhanai rakan-rakan Melayunya yang tempang dan pincang dalam BN-PH

Beliau tahu sesungguhnya tidak ada pemimpin PAS yang liberal atau moderat. Semuanya fundamentalis belaka iaitu berpegang teguh pada prinsip dan dasar perjuangan PAS

Tetapi menjadi fundamentalis itu telah melahirkan pimpinan yang bersih, berwibawa, adil dan berjiwa rakyat. Jadi Kit Siang bimbang apa sebenarnya? Bimbang lahir pimpinan Melayu Islam yang baik.. Atau apa

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.





Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Ikutilah siri keganasan Israel di Palestin, tanda hayatnya sudah dekat..1.Tel Aiv diserang HAMAS, Iran, Yaman & +++2. Israel kalah perang di Gaza. & kesan di M'sia..3. AS Tiba-Tiba 'Bela' Hamas, mengapa?4. Gencatan senjata, Israel/HAMAS awal kemenangan Is...5. Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya..6. Ini, Mossad Israel, buru HAMAS hingga ke M'sia, ki...7. Ini, Abu Ubaidah jadi hujung tombak Al-Qassam HAMAS.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/12/jerat-buat-umno-tapi-cuba-bunuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Malaysia Tak Boleh Bertutur Bahasa Malaysia Cakap Bahasa Inggeris Hebat Tapi Bahasa Melayu Ke Laut

Warga Malaysia Tak Boleh Bertutur Bahasa Malaysia Cakap Bahasa Inggeris Hebat Tapi Bahasa Melayu Ke Laut

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 215 hits
MERAK JALANANMERAK Jalanan bangga apabila Malaysia berada di tangga ke 25 dalam senarai negara fasih berbahasa Inggeris yang dikeluarkan EF English Proficiency Index baru baru ini Di peringkat Asia pula Malaysia muncul sebagai negara ketiga...
Sebab Muka Saya Melayu Dikecam Dek Cuba Tiru Jungkook Bts Ini Respon Amir Ahnaf

Sebab Muka Saya Melayu Dikecam Dek Cuba Tiru Jungkook Bts Ini Respon Amir Ahnaf

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 257 hits
Disebabkan video temubual majalah fesyen yang tular baru baru ini ada netizen yang menuduh Amir Ahnaf cuba meniru gaya Jungkook BTS ARTIKEL BERKAITAN Dalam sebuah temubual istimewa bersama media tempatan pelakon muda yang sedang meningkat n...
Umno Hanya Berani Kecam Mca Tapi Menikus Dengan Dap

Umno Hanya Berani Kecam Mca Tapi Menikus Dengan Dap

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 149 hits
ismaewb net 12 12 23Harap ihsan DAP untuk terus relevan dalam politik negaraBANGI 28 Jamadilawal 1445H Selasa UMNO hanya berani mengecam bekas Naib Presiden MCA Senator Datuk Seri Ti Lian Ker dalam isu Kongress Bumiputera kerana parti itu m...
Impian Kit Siang Bukan Melayu Jadi Pm Ini Reaksi Ahli Mkt Umno

Impian Kit Siang Bukan Melayu Jadi Pm Ini Reaksi Ahli Mkt Umno

papar berkaitan - pada 10/12/2023 - jumlah : 358 hits
bharian com my Disember 10 2023 12 59pmDatuk Hasmuni Hassan dan Lim Kit Siang ALOR SETAR Veteran DAP Tan Sri mencetuskan kontroversi melalui kenyataan dikeluarkan di Manchester United Kingdom pada 29 November lalu menyebut tiada sekatan dal...
Tak Berhati Perut Lelaki 40 An Ini Bunuh Emak Hanya Kerana Tak Goreng Telur

Tak Berhati Perut Lelaki 40 An Ini Bunuh Emak Hanya Kerana Tak Goreng Telur

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 128 hits
Apa agaknya difikir masa bertindak nak bunuh emak sendiri ni ARTIKEL BERKAITAN Kejadian ini berlaku di Donghong dong Seogwipo si pada 17 Mei 2023 Kronologi Pihak polis tidak mendedahkan nama si pembunuh serta ibu dan hanya memberitahu umur ...
Polisi Cek Kejiwaan Ayah Yang Bunuh 4 Anaknya Di Jagakarsa

Polisi Cek Kejiwaan Ayah Yang Bunuh 4 Anaknya Di Jagakarsa

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 199 hits
Selain proses tes kejiwaan Ade Ary juga mengatakan saat ini Panca tengah mendapat perawatan oleh pihak RS Polri Kramat Jati
Video Misteri Kasus Ayah Bunuh 4 Anak Wasiat Pesan Darah Puas Bunda

Video Misteri Kasus Ayah Bunuh 4 Anak Wasiat Pesan Darah Puas Bunda

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 131 hits
Seorang ayah di Jagakarsa Jakarta Selatan tega membunuh 4 anaknya sendiri
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas