Jika Umno Berkuasa Semula Orang Lain Pun Tak Boleh Makan Juga


 


UMNO YANG DIRINDUI…


Minggu lalu, saya secara kebetulan terjumpa dengan dua kawan lama yang sudah bertahun-tahun tidak ditemui.


Mereka – seorang Melayu dan seorang Cina – adalah ahli perniagaan yang selama ini banyak terlibat dengan tender-tender kerajaan.


Dapat berbual seketika dengan kedua-dua mereka, macam-macam topik menjadi tajuk perbualan, termasuk mengimbas cerita-cerita lama.


Tidak terkecuali apabila lama tidak berjumpa, persoalan tentang kehidupan semasa dan apa perniagaan yang mereka dilakukan sekarang tentu saja turut disentuh sama.


Secara kebetulan, kedua-dua kawan itu mengeluh tentang perniagaan mereka yang jauh lebih perlahan berbanding sebelum ini.


Secara khusus, oleh kerana mereka mengetahui saya pernah aktif dalam UMNO sebelum ini, tanpa berselindung mereka mengatakan, perniagaan mereka mula mengalami kejatuhan sejak parti lain mengambil alih kuasa.


Kata mereka, ketika zaman UMNO berkuasa, banyak peluang perniagaan boleh diterokai dan diperolehi kerana pemimpin UMNO yang ada kuasa secara umumnya adalah kalangan yang mesra kepada ahli-ahli perniagaan.


“Pemimpin UMNO secara umumnya senang ditemui, kami boleh bercakap macam-macam perkara dan semua cadangan perniagaan “boleh dicerita”, tambah mereka lagi.


Ditanya tentang perniagaan semasa di bawa kerajaan sedia ada sekarang ini, kedua-duanya mengatakan, mereka masih memasuki tender-tender kerajaan seperti dahulu tetapi belum ada kontrak yang berjaya diperolehi lagi setakat ini.


“Ketika zaman UMNO dahulu, kami boleh berjumpa dengan orang-orang parti tertentu dan mereka dengan senang hati sedia memberi pertolongan untuk membawa berjumpa dengan menteri atau timbalan mereka bagi meminta perfolongan.


“Tetapi sekarang, walaupun ada orang parti yang kami temui, tetapi mereka sendiri tidak pasti boleh menolong kerana mereka sendiri sukar berjumpa pemimpin yang sudah ada kuasa itu.


“Itulah masalahnya, kami tiada masalah dengan sistem tender, tetapi mesti ada ruang untuk mengajukan masalah dan meminta pertolongan,” kata mereka seterusnya.


Kawan saya yang Melayu itu pula menambah, sebelum dapat kuasa, pemimpin selalu berkempen untuk diberi kuasa, tetapi setelah ada kuasa dalam tangan, apabila kita cuba untuk minta tolong, kami diberitahu itu bukan kuasa mereka tapi kuasa pegawai kerajaan.


“Siapa yang sebenarnya berkuasa dan untuk apa kuasa sebagai kerajaan diberikan,” soal beliau.


Sejujurnya dalam pergaulan sehari-hari dan bertemu ramai orang, saya sendiri amat kerap dihidangkan dengan cerita-cerita sebegini.


Kadang-kadang terkedu juga mendengar rungutan rakyat marhaen ini, terutama daripada orang-orang parti yang berjuang berpuluh tahun, bermandi peluh serta darah untuk memastikan berlakunya pertukaran kerajaan.


Tetapi, setelah dapat kuasa…ehhh…tiba-tiba semua kuasa semacam hendak dilonggokkan begitu saja kepada pegawai-pegawai kerajaan sehingga nak minta tolong berkaitan pindah sekolah dan masuk asrama pun macam nak minta projek berjuta.


Ada seorang menteri dilaporkan pernah berkata, jangan bercakap soal-soal kontrak atau tender jika datang ke pejabatnya.


Walhalnya, sama ada dalam PRU atau PRN yang lalu, kakitangan kerajaan bukanlah menyokong parti yang menjadi kerajaan sekarang ini.


Majoriti undi pegawai kerajaan adalah kepada parti lain yang kini berada di blok pembangkang.


Entahlah Labu….suara-suara rindu kepada zaman UMNO nampaknya bukan lagi suatu ilusi di kalangan sebahagian rakyat sejak kebelakangan ini.


Memang pertikaian tentang kepimpinan dalam UMNO tetap ada, tetapi era parti itu berkuasa seringkali diimbas, dikenang dan dirindui semula. – ShahbudinHusin 18/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/18/umno-yang-dirindui.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/12/jika-umno-berkuasa-semula-orang-lain.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Untuk Elak Isu Bukan Melayu Boleh Jadi Pm Terus Ditimbulkan Umno Perlu Dikuatkan Semula

Untuk Elak Isu Bukan Melayu Boleh Jadi Pm Terus Ditimbulkan Umno Perlu Dikuatkan Semula

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 335 hits
Ramai orang Melayu tiba tiba melompat malah ada yang sentap lalu membuat laporan polis terhadap kenyataan yang dibuat veteran DAP Lim Kit Siang berkaitan orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri Membaca tajuk semata mata atau tidak ...
Ertinya Selagi Zahid Hamidi Ada Usah Mimpilah Pas Nak Bekerjasama Semula Dengan Umno

Ertinya Selagi Zahid Hamidi Ada Usah Mimpilah Pas Nak Bekerjasama Semula Dengan Umno

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 167 hits
Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemimpin PAS sebagai gila talak apabila masih menyuarakan hasrat untuk kembali bekerjasama dengan UMNO menerusi platform Perikatan Nasional Justeru beliau menggesa PAS berhenti bermimpi di siang ...
Nak Susukan Anak Tapi Tak Boleh Ibu Jangan Down Ada Sebab Lain Perlu Tahu

Nak Susukan Anak Tapi Tak Boleh Ibu Jangan Down Ada Sebab Lain Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 260 hits
Rezeki kita berbeza beza Ada ibu yang punya rezeki menyusukan anak hingga dua tahun namun ada pula separuh jalan Tak mengapa ibu jangan down Banyak faktor kegagalan penyusuan ini Kurang pengetahuan menjadi penyebab terbesar kegagalan penyus...
Bau Lauk Masakan Pun Tak Boleh Masuk Trimester Kedua Zahirah Macwilson Baru Selera Makan Nasi

Bau Lauk Masakan Pun Tak Boleh Masuk Trimester Kedua Zahirah Macwilson Baru Selera Makan Nasi

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 193 hits
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza yang berkongsi bakal menimang cahaya mata kedua pada tahun hadapan Kongsi Zahirah yang kini sudah pun hamil di trimester kedua kandungannya mengakui semakin r...
Tak Rasa Sedih Kah Umat Palearine Dibantai Israel Kau Boleh Berdwbar Debar Dwpna Tv Ka

Tak Rasa Sedih Kah Umat Palearine Dibantai Israel Kau Boleh Berdwbar Debar Dwpna Tv Ka

papar berkaitan - pada 10/12/2023 - jumlah : 189 hits
Nak tanya Puan Asma ni Dia tak rasa apa apa ke nak berseronok tonton bola sepak di saat saudara kita ada yang terkorban dan disembelih di Palestin Manakah sensitiviti kita sebagai muslim Tanya je Guane boh Raja Gelap II
Resipi Buat Biskut Bayi Yang Mudah Berkhasiat Mama Boleh Buat Sepantas 15 Minit

Resipi Buat Biskut Bayi Yang Mudah Berkhasiat Mama Boleh Buat Sepantas 15 Minit

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 188 hits
Ibu ibu boleh membuat biskut bayi sepantas 15 minit sahaja Mudah dan berkhasiat Paling penting sudah tentu bersih dan halal Bahan bahan yang digunakan pun terjamin berkhasiat untuk si manja Orang kata nak seribu daya tak nak seribu dalih Bi...
Cara Membuat Rayuan Permohonan E Wallet Madani Boleh Rayu Sekarang

Cara Membuat Rayuan Permohonan E Wallet Madani Boleh Rayu Sekarang

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 320 hits
Permohonan E Madani adalah satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID 19 Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi E Madani Sekiranya permohonan ditolak anda boleh membu...
Mengutuk Ja Kerja Pembangkang Ni Masa Jadi Kerajaan Sakaw Jaa Keejanya Apa Pun Tak Boleh Buat

Mengutuk Ja Kerja Pembangkang Ni Masa Jadi Kerajaan Sakaw Jaa Keejanya Apa Pun Tak Boleh Buat

papar berkaitan - pada 10/12/2023 - jumlah : 125 hits
Titah Tuanku Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar ni mungkin akan buat beberapa pemimpin lebai tak dapat tidur malam Tuanku dah beri petunjuk jelas Bermakna Tuanku tak mahu kerja tebuk atap rampas kerajaan melalui pintu belakang...
Bagaimana Jika Tulisan Doktor Dijadikan Logo Jenama Terkemuka Boleh Teka Tak

Ismail Sabri Sprm Dan Sejarah Berulang

T13k19 Ops Cantas Pokok Lada

Jadual Waktu Berbuka Imsak Ramadan 2025 Negeri Perak

Jadual Waktu Berbuka Puasa Johor Ramadan 1446h 2025m

Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

Drama Haluan

Xiaomi 15 Ultra Dilancar Reka Bentuk Ikonik Fokus Fotografi Harga Dari Rm5 199


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Miniatur Bus Sudiro Tungga Jaya Dome Legacy Sr2 S Series

Miniatur Bus Budiman 3e 88 Jetbus3

Gara Gara Tayar Pancit Kelisa Dapat Rim Baru Dan Tayar Secondhand

How Do I Rehome These Fish Practical Fishkeeping

Merumput Di Raised Bed Keladi

How To Recover Lost Data From Your Smartphone