Impian Kit Siang Bukan Melayu Jadi Pm Ini Reaksi Ahli Mkt Umno


bharian.com.my
M Hifzuddin Ikhsan
[email protected]
- Disember 10, 2023 @ 12:59pm


Datuk Hasmuni Hassan (kiri) dan Lim Kit Siang.

ALOR SETAR: Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang mencetuskan kontroversi melalui kenyataan dikeluarkan di Manchester, United Kingdom pada 29 November lalu, menyebut 'tiada sekatan dalam Perlembagaan untuk bukan Melayu menjadi Perdana Menteri'.

Kenyataan berkaitan 'Impian Malaysia' oleh Kit Siang itu dibuat ketika beliau berucap di hadapan kumpulan pelajar Malaysia di sana.

Bekas Pengerusi DAP itu antara lain mengatakan Perlembagaan Malaysia pada 1957 mahupun selepas dipinda pada 1963 ketika Malaysia dibentuk, bersama-sama dengan Rukun Negara dan Wawasan 2020 berserta sembilan cabaran strategiknya, menjanjikan 'Impian Malaysia'.

Impian berkenaan, katanya, meraikan kepelbagaian etnik, agama dan budaya, bukannya membawa satu impian untuk mana-mana satu etnik sahaja.

Beliau juga mendakwa Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat mana-mana bukan Melayu daripada menjadi perdana menteri dan berharap Malaysia tidak memerlukan 230 tahun lagi untuk melihat seorang bukan Melayu berpeluang menjadi perdana menteri.

Susulan itu, Kit Siang pada Khamis lalu mengesahkan beliau dipanggil Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk diambil keterangan dan memberi jaminan akan berjumpa pihak berkuasa berkenaan selepas pulang dari Scotland.

Bagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Hasmuni Hassan, kenyataan veteran DAP itu menunjukkan sikap sebenar parti diwakilinya dan dianggap tidak sesuai dengan keadaan semasa di Malaysia.

"Beliau sepatutnya menghormati orang Melayu dan UMNO yang bersama-sama membentuk Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kit Siang nampaknya tidak pernah belajar daripada sejarah, apatah lagi menghormati hubungan sesama rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan. Ucapan 'Impian Malaysia' di Manchester sangat mengguris perasaan orang Melayu di tanah air.

"Beliau mendakwa Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat mana-mana orang bukan Melayu untuk menjadi perdana menteri, dengan sinis juga menyebut Malaysia tidak memerlukan 230 tahun lagi untuk melihat bukan Melayu menjadi perdana menteri," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hasmuni berkata, kenyataan itu nyata mengguris perasaan orang Melayu dan adalah wajar bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dikecam dan orang Melayu berasa marah.

Katanya, Kit Siang sepatutnya meletakkan keutamaan menghormati Kerajaan Perpaduan daripada cuba menjadi 'perdana menteri'.

"Meskipun DAP berada dalam pakatan Kerajaan Perpaduan masa kini, beliau masih menunjukkan kebebalan," katanya turut mendakwa kenyataan itu juga menunjukkan sikap rasis DAP.

"Dalam negara yang majoritinya orang Melayu, Kit Siang amat tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang membangkitkan kemarahan orang Melayu. Sekali lagi Kit Siang menyalakan api untuk membakar 'jambatan perpaduan'.

"Tony Pua juga bermain api dengan kenyataan yang tidak baik beberapa bulan lalu. Kenyataan seperti itu hanya membuatkan banyak hati terluka, ramai orang menjadi marah dan meretakkan perpaduan yang sedia ada," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/12/impian-kit-siang-bukan-melayu-jadi-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
You Should Question New Ally Umno S Leadership Instead Of Pas Takiyuddin Tells Kit Siang

You Should Question New Ally Umno S Leadership Instead Of Pas Takiyuddin Tells Kit Siang

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 359 hits
This trend is very clear in all the by elections held after GE15 both in Terengganu Johor and Pahang PAS secretary general Datuk Seri Takiyuddin Hassan today hit back at DAP veteran Tan Sri Lim Kit Siang after the latter questioned the posi...
Advise Umno To Change Its President Not Pas Kit Siang Told

Advise Umno To Change Its President Not Pas Kit Siang Told

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 243 hits
DAP veteran Lim Kit Siang should advise the party s ally Umno to consider changing its president rather than weighing on PAS related matters PAS secretary general Takiyuddin Hassan said this is because the coalition government especially it...
Cadangan Pm Bukan Melayu Dibuat Kit Siang Serlah Imej Sebenar Dap Pas

Cadangan Pm Bukan Melayu Dibuat Kit Siang Serlah Imej Sebenar Dap Pas

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 322 hits
agendaily com16 12 2023Tan Sri Lim Kit Siang PAS menyifatkan kenyataan dibuat Tan Sri Lim Kit Siang berhubung isu Perdana Menteri bukan Melayu adalah imej sebenar DAP yang sebenarnya mahu mewujudkan sebuah negara sekular sepenuhnya di Malay...
Gila Talak Pendapat Peribadi Zahid Ramai Ahli Umno Suka Kerjasama Pas Dakwa Nuridah

Gila Talak Pendapat Peribadi Zahid Ramai Ahli Umno Suka Kerjasama Pas Dakwa Nuridah

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 177 hits
Ketua Wanita PAS Nuridah Salleh berkata pihaknya tidak terkesan dengan sindiran gila talak oleh Zahid Hamidi PETALING JAYA Ketua Wanita PAS Nuridah Salleh mendakwa ramai pemimpin dan ahli Umno suka jika keduanya bekerjasama serta berbaik se...
Ameno Kena Ludah Macam Tu Jer Dengan Lim Kit Siang

Ameno Kena Ludah Macam Tu Jer Dengan Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 264 hits
Bak kata pepatah Seperti AMENO meludah ke langit Kesayangan Ameno https m facebook com story php story fbid pfbid0R3YqHQ73vLBYFnCteDCdveSAg2qxTECqUibwrav1P9SEBgKZRgDV4CHsrkah7xwWl id 100044336560741 mibextid Nif5oz
Bantu Tumbangkan Bn Di Kemaman Terima Kasih Lim Kit Siang

Bantu Tumbangkan Bn Di Kemaman Terima Kasih Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 3/12/2023 - jumlah : 230 hits
Wahai anak2 papa sekalian apa perasaan anda apabila calon BN kalah besar di kemaman Pertama kita amat berterima kasih kepada TAN SRI LIM KIT SIANG kerana beliau ada buat satu posting facebook tersebut bahawa malaysia memerlukan seorang perd...
Mkt Umno Pecat Isham Jalil

Mkt Umno Pecat Isham Jalil

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 181 hits
Mohd Nasaruddin Parzibhnews bh com myKUALA LUMPUR Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini membuat keputusan untuk memecat Ahli MKT UMNO Isham Jalil Perkara itu dimaklumkan seorang pemimpin UMNO yang turut hadir pada mesyuarat MKT UMNO malam i...
Jerat Buat Umno Tapi Cuba Bunuh Melayu Islam

Jerat Buat Umno Tapi Cuba Bunuh Melayu Islam

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 369 hits
Persempadanan semula terpilih jerat buat Umno Taktik terbaharu Pakatan Harapan AKU terkejut bila DAP cadang dalam Parlimen supaya Kerajaan Madani melantik Datuk S Ambiga sebagai Pengerusi SPR Umum tahu kecenderungan Datuk S Ambiga adalah ke...
Untuk Elak Isu Bukan Melayu Boleh Jadi Pm Terus Ditimbulkan Umno Perlu Dikuatkan Semula

Untuk Elak Isu Bukan Melayu Boleh Jadi Pm Terus Ditimbulkan Umno Perlu Dikuatkan Semula

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 364 hits
Ramai orang Melayu tiba tiba melompat malah ada yang sentap lalu membuat laporan polis terhadap kenyataan yang dibuat veteran DAP Lim Kit Siang berkaitan orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri Membaca tajuk semata mata atau tidak ...
Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Sky Mirror Pantai Sasaran Kuala Selangor Pengalaman Magis Pantulan Cermin Langit Di Malaysia

Kisah Seorang Apeque Yang Menjual Sebuah Basikal Kepada 5 Orang Yang Berbeza

Kashmir Kembali Bergolak Pada Tahun 2025

Koleksi Mikrokontroller

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga