Undi Tak Percaya Jalan Terakhir Tentukan Keabsahaan Sokongan Pm



Sejak beberapa tahun lalu, khasnya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018, negara mengalami beberapa peristiwa memeritkan mengakibatkan kemelut politik tidak berkesudahan. Justeru, pasca PRU15 dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan, ia menjadi harapan baharu untuk menoktahkan kemelut politik negara.
Namun, 'kecairan' sokongan dalam kalangan ahli politik mutakhir ini menimbulkan beberapa cabaran terhadap amalan demokrasi berparlimen di negara ini.

Terdahulu, kontroversi timbul apabila sebilangan Ahli Parlimen pembangkang menyatakan sokongan kepada pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tindakan mereka menimbulkan perdebatan sama ada bertentangan dengan mekanisme kawalan aktiviti lompat parti diwujudkan dalam Perlembagaan atau sebaliknya. Terkini, timbul pula desas-desus mengenai Langkah Dubai dan cabaran Perdana Menteri supaya pembangkang mengemukakan usul tidak percaya di Dewan Rakyat.
Walaupun kedua-duanya reaksi politik berlainan, ia mampu memberikan kesan besar terhadap negara, apatah lagi mandat pemerintahan sudah diberikan rakyat menerusi pilihan raya. Namun, ada pihak berpendapat usul undi tidak percaya adalah langkah demokratik positif untuk menguji keabsahan sokongan terhadap Perdana Menteri.
Kedua-dua pendapat ini sedikit sebanyak menuntut kita untuk memahami lebih mendalam apakah dimaksudkan dengan undi tidak percaya serta kesannya terhadap institusi pemerintahan negara dan Perdana Menteri.
Perdana Menteri adalah jawatan terpenting dalam Perlembagaan; beliau ketua kerajaan pada peringkat Persekutuan dan pelantikannya dibuat atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 40(2) Perlembagaan.
Walaupun pelantikan Perdana Menteri dibuat atas hemat dan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda, sebaliknya memerlukan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Hal ini dinyatakan melalui Perkara 43(4) memperuntukkan 'Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka hendaklah meletakkan jawatan melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan Yang di-Pertuan Agong'.
Oleh demikian, Yang di-Pertuan Agong boleh memecat seseorang Perdana Menteri jika terbukti dirinya hilang sokongan secara sah sekiranya enggan meletakkan jawatannya. Secara mudah kedudukan Perdana Menteri tidak boleh diganggu gugat tanpa usul tidak percaya.
Oleh itu, jika seseorang Perdana Menteri hilang sokongan untuk terus memimpin kerajaan, maka dirinya boleh kehilangan mandat untuk terus memimpin.
MANIFESTASI DALAM DEWAN PERUNDANGAN
Namun pendapat diterima pakai secara meluas adalah sekiranya timbul sesuatu ketidakyakinan terhadap seseorang pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri, maka ketidakyakinan itu harus dimanifestasikan dalam Dewan Perundangan, menerusi usul undi tidak percaya.

Dalam hal ini, usul undi percaya tertakluk kepada Aturan Mesyuarat Parlimen. Peraturan mesyuarat menuntut urusan kerajaan perlu didahulukan berbanding urusan lain. Namun, ia boleh diubah jika dicadangkan seorang menteri.
Selain itu, kegagalan kerajaan meluluskan satu rang undang-undang (RUU) pada bacaan kedua dan/atau ketiga juga boleh ditafsirkan sebagai suatu bentuk undi tidak percaya. Seterusnya, undi tidak percaya juga boleh dimanifestasikan sekiranya kerajaan gagal melaksana sesuatu dasar penting.
Undi tidak percaya juga boleh terjadi jika Perdana Menteri gagal mendapatkan undi percaya selepas mengusulkannya di Dewan Rakyat. Akhir sekali, undi tidak percaya juga boleh wujud akibat situasi luar biasa, termasuk menerusi aktiviti lompat parti atau pertukaran sokongan terhadap kepemimpinan.
Sehingga hari ini walaupun beberapa kali percubaan membawa usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri dilakukan di Dewan Rakyat, namun masih belum pernah dibahaskan apatah lagi diluluskan.
Sekiranya undi tidak percaya berjaya dizahirkan dan diluluskan di Dewan Rakyat, maka ia akan memberikan impak sangat besar terhadap institusi pentadbiran negara. Kesan paling besar adalah Perdana Menteri harus meletakkan jawatan.
Pada masa sama, Jemaah Menteri akan turut terbubar kerana Perdana Menteri kehilangan kepercayaan di Dewan Rakyat disebabkan nukleus kuasa Jemaah Menteri terletak kepada lantikan seseorang Perdana Menteri.
Secara mudah, ketika itu negara tidak mempunyai kerajaan memiliki mandat untuk mentadbir dan berkemungkinan besar akan diuruskan kerajaan interim berkuasa terhad dilantik Yang di-Pertuan Agong.
Oleh demikian, seorang Perdana Menteri baharu harus dilantik bagi meneruskan kelangsungan pentadbiran negara. Dalam hal ini terdapat dua kaedah boleh diambil bagi mengisi kekosongan jawatan Perdana Menteri.
Pertama, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik mana-mana ahli Dewan Rakyat pada hemat baginda memiliki sokongan majoriti Ahli Parlimen. Kaedah ini mampu menjimatkan kos dan masa serta memberikan penyelesaian lebih pantas dalam menangani isu kekosongan jawatan Perdana Menteri.
Kaedah kedua adalah menerusi pembubaran Dewan Rakyat diperkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri sebelum meletakkan jawatannya. Keadaan ini akan mewajibkan PRU diadakan bagi memilih wakil rakyat baharu. Walaupun kaedah ini paling demokratik, namun ia bakal memberikan tekanan kos kepada kerajaan bagi melaksanakan PRU.
Pada masa sama, seseorang Perdana Menteri juga mempunyai beberapa cara bagi mengelak undi tidak percaya dilaksanakan ke atasnya.
Pertama, Perdana Menteri boleh mengusulkan undi percaya dibuat ke atasnya, yang mana kejayaan pengundian itu boleh memberikan keabsahan dan legitimasi jelas terhadap kepimpinannya.
Seterusnya Perdana Menteri boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk memprorog atau menangguhkan sidang Parlimen sehingga selama enam bulan. Keadaan ini mampu mengelakkan usul undi tidak percaya dibentangkan di Parlimen, sekali gus memberikan ruang kepada Perdana Menteri merayu dan menambahkan sokongan politik terhadap beliau.

Dalam hal ini, suatu mekanisme khusus sama ada melalui kaedah formal atau tidak formal harus dirangka bagi menjamin kestabilan politik dapat dinikmati untuk jangka masa panjang.
Perkara yang mampu mencetuskan ketidakstabilan negara seperti aktiviti lompat parti, penzahiran sokongan terhadap Perdana Menteri mahupun undi tidak percaya harus diuruskan dan dikawal selia dengan lebih baik.
Dalam pada itu, penekanan lebih jitu harus diberi terhadap aspek integriti politik termasuk merangkumi elemen fitnah bermotifkan politik, pecah amanah, salah guna kuasa ataupun politik wang.
Dalam merai peranan undi tidak percaya untuk memastikan seseorang ketua kerajaan itu layak menerajui kerajaannya, tindakan ini harus dianggap sebagai jalan terakhir dalam menentukan keabsahan sesebuah kerajaan kerana ia boleh memberikan kesan sangat besar kepada rakyat dan negara - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2024/01/undi-tak-percaya-jalan-terakhir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Hanya Undi Tak Percaya Peluang Pn Jatuhkan Kerajaan

Umno Hanya Undi Tak Percaya Peluang Pn Jatuhkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 9/1/2024 - jumlah : 137 hits
Malaysiakini nbsp Umno berpendapat ada tiga faktor yang menjadikan cubaan pembangkang menjatuhkan kerajaan di luar pilihan raya umum tidak akan berjaya Bahkan menurut setiausaha agung parti itu Asyraf Wajdi Dusuki dakwaan dibuat pihak di lu...
Jom Bagi Sokongan Pada Papagomo Kerana Percaya Pada Yang Bodo

Jom Bagi Sokongan Pada Papagomo Kerana Percaya Pada Yang Bodo

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 124 hits
Iswardy MorniKuala Lumpur Blogger kontroversi Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris akan didakwa di mahkamah esok atas kenyataan khianat terhadap kerajaan Beliau akan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Sesyen Jenayah 4 di sin...
Fail Segera Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Pm Hassan Beritahu Pembangkang

Fail Segera Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Pm Hassan Beritahu Pembangkang

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 141 hits
Hassan Karim berkata usul perlu difailkan 14 hari sebelum persidangan bermula 26 Feb depan PETALING JAYA Seorang wakil rakyat kerajaan menggesa pembangkang segera mengemukakan usul tidak percaya terhadap Anwar Ibrahim sebelum Dewan Rakyat m...
Jatuhkan Kerajaan Hanya Melalui Undi Tidak Percaya Di Dewan Rakyat

Jatuhkan Kerajaan Hanya Melalui Undi Tidak Percaya Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 230 hits
Oleh Helmi Mohd Foad Usaha pembangkang mahu menukar kerajaan melalui pintu belakang sudah gagal melainkan mereka menggunakan sidang Dewan Rakyat pada 28 Februari depan untuk membuat usul Undi Percaya atau tidak percaya terhadap Perdana Ment...
Pas Pahang Kecewa Mb Gunakan Permohonan Peruntukan Sebagai Senjata Raih Sokongan Politik

Pas Pahang Kecewa Mb Gunakan Permohonan Peruntukan Sebagai Senjata Raih Sokongan Politik

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 179 hits
KUANTAN PAS Pahang mengecam kenyataan Menteri Besar Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail yang menggunakan permohonan peruntukan sebagai senjata untuk mendapatkan sokongan politik dalam satu acara di Jerantut semalam Bendahari PAS Pahang Ustaz S...
Prabowo Ungkap Momen Terakhir Bertemu Rizal Ramli

Prabowo Ungkap Momen Terakhir Bertemu Rizal Ramli

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 177 hits
Prabowo bertakziah ke rumah duka Rizal Ramli yang berada di kawasan Jakarta Selatan
Merancang Untuk Tentukan Apa Akan Jadi Pada Diri Anda 5 Tahun Lagi Dari Sekarang

Merancang Untuk Tentukan Apa Akan Jadi Pada Diri Anda 5 Tahun Lagi Dari Sekarang

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 184 hits
Ini antara soalan yang agak popular ditanya ketika dalam temuduga kerja bagaimana anda bayangkan diri anda dalam tempoh 5 tahun dari sekarang Mungkin anda sendiri pernah di tanya sebegitu Paling baik jika anda pernah tanya pada diri sendiri...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran