9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali


Ada sesiapa dari anda yang tidak kenal dengan Bunga Bakawali? Bunga ini tidak seperti bunga-bunga lain yang berkembang pada waktu pagi. Ia hanya akan berkembang mulai jam 9 malam dan berkembang penuh pada waktu tengah malam.
Bahkan andai ia terkena cahaya matahari, akan terus cepat layu. Keunikan ini menjadikan Bunga Bakawali mempuyai cerita-cerita misteri malah ada di antaranya dianggap sebagai mitos zaman-berzaman.
9 Perkara Mitos Popular Berkaitan Bunga Bakawali
Bunga Bakawali biasa dijumpai dengan kelopak berwarna putih bersih. Ia akan kembang penuh - kesemua kelopak bunga terbuka apabila tiba waktu jam 12 tengah malam. Kecantikan bunga ini lebih indah dipandang apabila ia berkembang ketika bulan mengambang.

Misteri pokok ini bukan setakat kerana waktu ia berkembang penuh, tetapi juga kerana bunga ini akan mengeluarkan bau yang begitu wangi sehingga boleh dihidu ke seluruh kawasan sekitar. Ada yang mengatakan baunya seolah-olah minyak wangi atau bedak talkum yang mengasyikkan.

Ya memang benar. Bunga Bakawali sangat wangi sehingga menusuk hidung. Tetapi bau wangi ini akan sedikit demi sedikit hilang bila matahari menjelma


Anda tahu tak apa cerita misteri di sebalik bunga Bakawali ini yang berkembang mekar pada waktu malam?

Ada beberapa cerita misteri dan mitos yang mengaitkan dengan kewujudan Bunga Bakawali ini. Asal-usul bunga ini juga menjadi misteri, namun ramai yang mengatakan ia datang dari gurun, memandangkan ia adalah tumbuhan spesies kaktus berbunga.
Bawa Rezeki Melimpah-Ruah Bunga Bakawali dikatakan membawa tuah dan rezeki kepada tuan punya bunga. Malah, dikatakan siapa yang dapat melihat bunga ini mula mekar, kehidupannya pada hari tersebut akan melimpah-limpah dengan rezeki yang tidak diduga.
Dikenali Ratu Malam dan Kaktus Bulan Disebabkan uniknya bunga ini yang hanya berkembang pada waktu malam dan berbaur harum, maka ia digelar sebagai bunga Ratu Malam, dan juga Kaktus Bulan. Tiada bunga di dunia yang sepertinya, malahan kerana ia satu-satunya bunga cantik yang hanya mekar penuh di tengah malam, gelaran ratu diberikan kepadanya.
Wijayakusuma Bunga Bakawali dikenali oleh masyarakat Jawa di Indonesia sebagai bunga Wijayakusuma.Wijaya membawa maksud menang, manakala kusuma bererti bunga dalam bahasa Jawa. Namanya ini dikaitkan dengan sebuah kisah seorang putera mahkota.

Pada zaman dahulu, seorang Putera Mahkota yang akan menaiki takhta sebagai seorang raja Mataram perlu memetik bunga itu ketika ia sedang berkembang. Sekiranya tidak berbuat demikian, dia tidak akan diakui oleh oleh makhluk dunia nyata dan dunia halus sebagai pemegang takhta. Dipercayai juga tindakan itu adalah sebagai lambang mendapat restu daripada nenek moyang.
Jarang Diminta Sebagai Tanaman Landskap
Ini agak misteri sebenarnya. Walaupun bunga ini cantik dan mengeluarkan bau yang wangi, tidak ramai yang mahu menanam pokok ini di laman rumah. Malah, ia bukan menjadi pilihan untuk tanaman landskap, walaupun hakikatnya pokok ini tidak sukar untuk dijaga.

Menurut sesetengah pandangan, pokok ini hanya sesuai ditanam oleh orang tertentu sahaja. Hanya orang berhati mulia sahaja yang akan menyebabkan pokok Bunga Bakawali mengeluarkan bunga.
Khasiat Penyembuh Masalah Rabun Ada yang mendakwa embun yang melekat pada bunga ini, seandainya disapu pada mata boleh menyelesaikan masalah rabun. Malah, ada yang memberitahu, Bunga Bakawali dapat mencantikkan kulit.

Orang zaman dahulu turut menggunakan kelopak bunga ini dalam merawat luka manakala batangnya yang sudah dikeringkan dipercayai dapat merawat masalah darah tinggi dan kencing manis dengan memakan serbuknya. Tetapi, tidak ramai pengamal kecantikan yang ada mencampurkannya dalam produk kecantikan mereka. Pelik kan?
Merawat Sihir
Saya pernah didatangi seseorang yang mencari Bunga Bakawali berwarna putih untuk tujuan pengubatan tradisional. Menurutnya, bunga ini mempunyai kelebihan untuk merawat penyakit disebabkan sihir dan ilmu hitam.

Namun, syarat utama untuk memastikan ianya betul-betul mujarab ialah ia perlu berada di dalam keadaan segar dan tidak layu (bertukar warna) sebelum digunakan sebagai penyembuh untuk rawatan berkaitan sihir.

Sesuatu yang agak sukar sebenarnya, memandangkan bunga ini sangat mudah menjadi layu apabila terkena cahaya matahari.

[Dah Baca?] Sekuntum Bunga Bakawali Bernilai RM50
Wanita Diganggu Makhluk Misteri Pernah juga diceritakan bahawa seorang wanita yang sedang asyik menunggu kelopak bunga itu berkembang pada waktu tengah malam telah diganggu oleh makhluk misteri.

Kejadian itu berlaku setelah dia terlelap seketika. Sejurus tersedar, dalam cahaya samar bulan purnama dia ternampak satu lembaga putih berlegar-legar di sekitar pokok yang bunganya sedang mekar itu.
Dijaga Orang Bunian
Ada juga sebuah cerita mitos yang mengatakan bahawa pokok ini dijaga oleh orang bunian. Kononnya, apabila tiba waktu bunga ini berkembang, seorang dewa kayangan akan turun untuk menjaganya sehingga ia menjadi layu menjelang subuh.
Menghidupkan Orang Mati Dalam kepercayaan mitos Hindu kuno, bunga tersebut dikatakan dijaga oleh Dewa Kresna. Bakawali dianggap mempunyai magis kerana mampu menghidupkan orang yang telah mati mengikut kepercayaan tersebut.

Menurut sebuah kisah Hindu lama di Indonesia, diceritakan bahawa Dewa Arjuna telah mati akibat terminum air sungai beracun. Namun, dia hidup kembali setelah Dewa Kresna memberikan Dewa Arjuna tujuh kuntum wijayakusuma ini yang sedang mekar.

Ok.

Tiada bukti kukuh apapun yang boleh mengesahkan segala kisah, manfaat yang ada pada bunga ini. Tiada kajian spesifik mahupun rencana ilmiah yang mengaitkan kelebihan pokok Bunga Bakawali dengan sifat penyembuhannya selain kepercayaan ianya dijaga oleh makhluk halus.

Ia kekal sebagai mitos dan kepercayaan bawaan mulut ke mulut.

Anda ada cerita nak dikongsi mengenai Bunga Bakawali? Tinggalkan komen di bawah ya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hasrulhassan.com/2018/06/mitos-misteri-kembangnya-bunga-bakawali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahniah Buat Pengurus Besar Paya Bunga Hotel Yang Baru Encik Zulkifly Yusof

Tahniah Buat Pengurus Besar Paya Bunga Hotel Yang Baru Encik Zulkifly Yusof

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 104 hits
sekalung tahniah buat sahabat ambe ini juga Zulkifli Yusof yang dilantik sebagai Pebgurus Besar Paya Bunga Hotel Kumpulan Pmint Juga anak smaaszalian Batu Buruk moga terus sukses memacu PB kek kemuncak Sekalung tahniah
Hiburan Erra Fazira Sah Bergelar Isteri Mas Kahwin Sepokok Bunga Emas Jadi Perhatian Ramai

Hiburan Erra Fazira Sah Bergelar Isteri Mas Kahwin Sepokok Bunga Emas Jadi Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 116 hits
Pelakon dan penyanyi tersohor akhirnya menamatkan zaman solo selepas 12 tahun apabila selamat melangsungkan perkahwinan dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung penuh sederhana namun sarat dengan makna Antara momen paling mencuri tumpu...
Erra Fazira Kini Isteri Kepada Ezwan Zain Terima Mas Kahwin Sepokok Bunga Emas

Erra Fazira Kini Isteri Kepada Ezwan Zain Terima Mas Kahwin Sepokok Bunga Emas

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 125 hits
Pelakon dan penyanyi terkenal Erra Fazira kini sah bergelar isteri kepada usahawan Ezwan Zain dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung di Rinjani Majestic Kampung Melayu Subang Shah Alam Menurut laporan Media Hib...
Muncul Dakwaan Bunga Citra Lestari Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Hantaran Ini Menjawab Segala Teka Teki

Muncul Dakwaan Bunga Citra Lestari Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Hantaran Ini Menjawab Segala Teka Teki

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 147 hits
Rumah tangga penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari dan suaminya Tiko Aryawardhana kembali menjadi bualan hangat netizen selepas tular dakwaan kononnya Bunga berdepan keganasan rumah tangga sehingga memfailkan perceraian Malah turut terseba...
Doakan Saya Dan Anak Syurga Saya Cik Bunga Maklum Anak Hidap Autisme Tahap Dua Mohon Doa Netizen

Doakan Saya Dan Anak Syurga Saya Cik Bunga Maklum Anak Hidap Autisme Tahap Dua Mohon Doa Netizen

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 147 hits
Pempengaruh media sosial Cik Bunga meraih perhatian ramai selepas berkongsi perkembangan terkini mengenai anaknya yang disahkan menghidap autisme tahap dua Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Threads di mana Cik Bunga memuat naik f...
Bunga Dawai Kawat Bulu Pertama Sa

Bunga Dawai Kawat Bulu Pertama Sa

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 92 hits
Assalamualaikum wrt Cantik tak First time beli ni Makcik SA yang jual satu pasu ni RM40 SA mintak dia buatkan warna pink dan nak pasu putih SA nak bunga Lily saje la support bisnes kecik dia kan dia pun x bekerja tawakal aje la order walau ...
Bunga Telang Putih

Bunga Telang Putih

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 151 hits
Assalamualaikum semua Varian bunga telang putih ni walau warna berbeza dengan yang warna biru ke unguan tu tapi dia tetap tinggi anti oksidan tau Dah lama saya teringin nak memiliki bunga telang putih ni Sebelum ni ada semai yang ungu tapi ...
Mengungkap Misteri Tersembunyi Di Bawah Gunung Padang

Mengungkap Misteri Tersembunyi Di Bawah Gunung Padang

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 166 hits
Rahsia Purba di Bawah Gunung Padang Di pergunungan Indonesia terletaknya Gunung Padang sebuah tapak misteri yang berpotensi mengubah sejarah manusia Tersembunyi di bawah tumbuh tumbuhan lebat struktur purba ini menyerupai bentuk piramid dan...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kasut Sekolah Pallas Pilihan Nombor 1 Pelajar Malaysia

Asal Usul Masjid Al Jin Atau Al Haras Kisah Pengislaman Jin

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui

9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali

Yummy Beef Chuck Roast Recipe Uk

Buah Atau Sayur Kakrol Nampak Pelik