Merancang Untuk Tentukan Apa Akan Jadi Pada Diri Anda 5 Tahun Lagi Dari Sekarang




Ini antara soalan yang agak popular ditanya ketika dalam temuduga kerja, “bagaimana anda bayangkan diri anda dalam tempoh 5 tahun dari sekarang?”
Mungkin anda sendiri pernah di tanya sebegitu. Paling baik, jika anda pernah tanya pada diri sendiri soalan itu.
Dalam buku Napoleon Hill, dia kata, apa yang anda bayangkan dalam kepala tentang diri anda, lama kelamaan bakal menjadi kenyataan. Lebih jelas dan terperinci apa yang dibayangkan itu, lebih besar kemungkinan ia akan berlaku.
Masa kanak-kanak dulu, saya sering tertanya-tanya, cuba bayangkan, bagaimana agaknya diri saya nanti bila berumur dalam lingkungan 40-an. Tapi tak pernah ada jawapan. Cuba cari dengan melihat orang-orang tua di sekeliling yang dah berumur untuk dapatkan gambaran, tapi tetap samar sebab tak dapat bayangkan apa ada dalam kepala mereka.
Sayang seribu kali sayang sebab tak ada orang pernah beritahu saya dulu bahawa saya sendiri yang perlu bayangkan macam mana diri saya bila besar nanti. Tak ada orang bimbing untuk beri maklumat apa yang saya boleh jadi, atau apa saya nak jadi.
Secara logik, membayangkan apa yang anda nak jadi lima tahun lagi itu adalah penting. Ia seumpama satu destinasi yang membawa arah perjalanan kehidupan anda. 
Jika anda tak tahu ke mana destinasi, alamat anda akan sampai entah ke mana-mana. Walaupun hakikatnya anda akan sampai juga ke satu destinasi, namun perjalanan akan jadi lebih mudah dan teratur jika anda ada destinasi.
Sampai atau tidak destinasi mungkin tidak sepenting persediaan dan perancangan untuk bergerak ke sana. Ia memberi kesibukan dalam hidup anda untuk bergerak dan berusaha melaksanakan apa yang perlu seterusnya merancang dan susun perjalanan itu sehingga sampai.
Ada satu lagi cara mudah untuk ketahui apa anda akan jadi pada anda 5 tahun lagi. Anda boleh lihat kepada 2 berkara yang anda buat sekarang.
Pertamanya, apa bahan bacaan yang anda suka baca, tajuk atau jurusannya ke arah mana, dalam industri apa.
Dan yang kedua adalah dengan siapa anda sering habiskan masa bersama berkawan. Mereka jenis yang macam mana. Kawan-kawan yang positif, negatif, gila-gila, suka berniaga, suka buang masa atau bagaimana.
Jika anda perhatikan betul-betul, kedua perkara tersebut di atas memang betul. Anda dapat jangkakan apa akan jadi pada seseorang itu 5 tahun akan datang hanya dengan melihat jenis kawan-kawannya serta buku apa yang dia baca.
Kedua perkara itu memberikan kesan yang cukup besar dalam membentuk sikap diri anda serta cara anda berfkir.
Jika anda berkawan dengan mereka yang bercita-cita besar dan berfikiran positif, maka sikap itu juga akan berjangkit pada anda. Ditambah dengan maklumat yang anda cara dan baca dari buku-buku, akan kuatkan lagi sikap serta keperibadian diri anda.
Jika anda dikeliling oleh kawan-kawan kaki berniaga, dan anda juga sering baca buku-buku menyentuh tentang keusahawan, maka tidak hairan dalam tempoh lima tahun lagi atau mungkin lebih awal, anda juga akan jadi usahawan.
Begitulah juga jika anda dikeliling ustaz dan penceramah dan sering membaca dan mengulangkaji kitab-kitab, maka lima tahun lagi anda juga samada menjadi penceramah atau akan dipanggil ustaz.
Apa yang boleh diambil pengajaran di sini adalah, dengan kombinasi dua amalan di atas anda mampu merangka kejayaan hidup.
Yang pentingnya, anda perlu lakukan perkara berikut.

Tentukan apa yang anda ingin jadi lima tahun lagi.Pilih kawan yang sesuai dan boleh membantu keinginan tersebut.Cari dan baca buku-buku yang sesuai untuk dapatkan maklumat dan pengetahuan bagi membantu kejayaan anda.
Jangan biarkan masa berlalu tanpa anda sedari. Ambil tindakan segera bagi mengenal pasti kesemua perkara di atas. Yang paling penting, jangan lupa berdoa, mohon kepada Tuhan untuk berjaya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2023/09/bagaimana-nak-tahu-kedudukan-diri-anda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Foto Unjuk Rasa Aktivis Ham Berdiam Diri Dan Menutup Mata Memperingati 17 Tahun Aksi Kamisan Di Istana Negara

Foto Unjuk Rasa Aktivis Ham Berdiam Diri Dan Menutup Mata Memperingati 17 Tahun Aksi Kamisan Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 283 hits
Aksi Kamisan yang bertema Orang silih berganti aksi Kamisan tetap berdiri itu genap berlangsung selama 17 tahun
Sakit Hati Diusir Anak Semata Wayang Pria 70 Tahun Di Musi Rawas Nekat Gantung Diri

Sakit Hati Diusir Anak Semata Wayang Pria 70 Tahun Di Musi Rawas Nekat Gantung Diri

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 124 hits
Seorang pria renta SM di Musi Rawas Sumsel diduga nekat mengakhiri hidupnya karena sakit hati diusir anak semata wayangnya
Tempahan Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Ke 100 Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tempahan Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Ke 100 Universiti Pendidikan Sultan Idris

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 344 hits
Embargo Untuk siaran segera18 Dis 2023Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke 100 Universiti Pendidikan Sultan Idris Duit syiling peringatan ini akan dikeluarka...
Menteri Hadi Bagikan Sertifikat Redistribusi Di Jambi Tidak Bisa Dijual Selama 10 Tahun

Menteri Hadi Bagikan Sertifikat Redistribusi Di Jambi Tidak Bisa Dijual Selama 10 Tahun

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 312 hits
Menteri ATR Kepala BPN menyerahkan 279 sertifikat redistribusi tanah secara door to door
Selamat Tahun Baru 2024 Untuk Semua

Selamat Tahun Baru 2024 Untuk Semua

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 316 hits
Selamat Tahun Baru 2024 Untuk Semua Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Madani Malaysia Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Segala pujian hanya Allah dan sebelum memulakan bicara artikel yang lebih panj...
Dua Beradik Jadi Jutawan Youtube Di Usia 4 Tahun

Dua Beradik Jadi Jutawan Youtube Di Usia 4 Tahun

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 336 hits
Siapa sangka zaman sekarang makin mudah untuk menjana pendapatan Bukan cakap yang dewasa malah kanak kanak yang baru berusia 4 dan 5 tahun juga mampu menjana pendapatan lumayan Luar biasa bukan Dua kanak kanak ini yang juga merupakan adik b...
Doa Dan Surat Tahun Baru Buat Yang Maha Menciptakan

Doa Dan Surat Tahun Baru Buat Yang Maha Menciptakan

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 261 hits
Allahuma di tahun 2024 Sempurnakanlah Tauhidku kuatkanlah iman dan taqwaku tambahkanlah amal ibadah dan kebajikanku Jadikan diriku golongan yang berjaya di dunia sempurna di akhirat Jayakanlah silatku sempurnakanlah solatku Angkatkanlah seg...
Ironic That Home Minister Saifuddin Is Unable To Protect His Own Phone From Hackers

Comment On Pengalaman Diet Intermittent Fasting 61kg Ke 50kg By Ainul

Truck Vs Car What Makes Big Rig Accidents More Legally Complex

The Kinetic Harley Davidson Breakout That Wowed At Speed And Crafts

Family Staycation Indonesia Menikmati Pemandangan Indah Di Kawah Putih Tempat Cantik Untuk Ootd

Ai Powered Prosthetics Revolutionizing Mobility And Accessibility

Ringgit Edges Down On Improving Us Consumer Confidence

Comment On Yuran Pasti 2023 Untuk Anak 4 5 6 Tahun By Sumayyah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nak Tahu Apa Itu Biopsy Jom Fahami Proses Dan Kenapa Ia Penting

Ciri Ciri Cetakan Berkualiti Tinggi Yang Meningkatkan Keyakinan Pelanggan

Tak Terjangka

Catatan Hari Keempat Di Tokyo

Qawiy Aro Sembang Belajar South Africa Ke Tebuk Quran Kahwin Cabaran Kebangkitan

Kenapa Kalau Kenyang Mesti Mengantuk