Undi Percaya Pada Pm Dijadual Pada 7 September


MALAYSIAKINI
 
Undian bagi menguji kepercayaan Dewan Rakyat terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijadual berlangsung pada 7 Sept ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah.
Katanya perkara itu berdasarkan aturan mesyuarat parlimen.
“Buat masa sekarang, ini tarikhnya, dan notis telah dikeluarkan oleh speaker Dewan Rakyat supaya ia diadakan pada 7 Sept,” kata Saifuddin dalam sidang media maya hari ini.
Muhyiddin Yassin Dewan Rakyat dijangka akan bersidang semula pada 6 Sept ini dan seperti biasa hari pertama akan diisi dengan titah diraja oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Bagaimanapun tarikh itu menarik perhatian ramai apabila ada sumber memberitahu, Muhyiddin sedang berdepan gesaan agar sidang parlimen diawalkan, termasuk daripada pihak istana.
Apabila didesak berkenaan isu pandangan Istana Negara yang mahu sidang itu diawalkan, Saifuddin enggan menjawab sama ada ia ada disebut Muhyiddin atau tidak.
Kata ahli parlimen Indera Mahkota itu, dia terikat dengan undang-undang yang melindungi rahsia-rahsia rasmi.
"Saya akan melakukan kesalahan mengikut Akta Rahsia Rasmi jika saya menjawab soalan anda. Malangnya, saya tak boleh menjawab soalan itu," katanya.
Ketika Saifuddin juga enggan mengesahkan bahawa kabinet turut membincangkan isu tarikh sidang yang akan dipercekatkan, dia berkata, dalam politik ada banyak kemungkinan boleh berlaku.
"Ada banyak kemungkinan dalam politik, namun secara rasminya tarikh yang ada ialah pada 7 Sept," katanya.
Tambah Saifuddin lagi usul percaya itu akan dibawa sama ada oleh Muhyiddin sendiri, timbalannya Ismail Sabri Yaakob atau menteri lain yang diarahkan kabinet.
Katanya kabinet juga masih membincangkan bagaimana usul itu akan dikendalikan, termasuk kemungkinan Muhyiddin akan diberi peluang berucap sebelum pengundian dijalankan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/undi-percaya-pada-pm-dijadual-pada-7.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tarikh 7 September Dijadual Undi Percaya Pada Muhyiddin

Tarikh 7 September Dijadual Undi Percaya Pada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 246 hits
Tarikh 7 September dijadual Undi Percaya pada Muhyiddin Undian bagi menguji kepercayaan Dewan Rakyat terhadap Muhyiddin Yassin dijadual berlangsung pada 7 September kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah Perkara ini berda...
Kehadiran Ahli Parlimen Dihadkan Sesi September Apakah Tindakan Menyukarkan Undi Percaya

Kehadiran Ahli Parlimen Dihadkan Sesi September Apakah Tindakan Menyukarkan Undi Percaya

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 276 hits
Kenyataan Timbalan Yang di Pertua Dewan Rakyat Datuk Rashid Hasnon mencadangkan bilangan Ahli Parlimen dihadkan pada Mesyuarat penggal baharu Dewan Rakyat bermula 6 September depan atas alasan mengekang penularan wabak Covid 19 dianggap tid...
Undi Percaya Kenapa Bulan September

Undi Percaya Kenapa Bulan September

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 206 hits
Kenapa Undi Percaya perlu dibuat pada bulan September Kenapa tidak sekarang Viral di media sosial bunyi suara katak Tak cukup dengan bunyi gambar katak juga bertaburan disemua platform media sosial Kegagalan pemerintahan kerajaan Muhyiddin ...
Kenapa Undi Percaya September Ini Bukan Esok Lusa Tok Pa Jawab

Kenapa Undi Percaya September Ini Bukan Esok Lusa Tok Pa Jawab

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 314 hits
PETALING JAYA Mustapa Mohamed tampil mempertahankan bossnya berkaitan keputusan melengahkan usul undi percaya dibawa ke Parlimen pada September ini bukan kadar segera seperti didesak pembangkang Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkat...
Muhyiddin Kekal Perdana Menteri Undi Percaya Di Parlimen September

Muhyiddin Kekal Perdana Menteri Undi Percaya Di Parlimen September

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 274 hits
Muhyiddin Kekal Perdana Menteri KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Perdana Menteri setelah mendapat sejumlah surat akuan daripada ahli ahli Parlimen yang masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat pada masa ini ...
Undi Percaya Dibentang Di Parlimen 7 September Ini

Undi Percaya Dibentang Di Parlimen 7 September Ini

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 285 hits
Undi percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dibentangkan di Parlimen pada 7 September 2021 bukannya 18 Ogos seperti didakwa sesetengah pihak Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata Speaker ...
Kalau Ada Majoriti Undi Percaya Minggu Lalu Bukan September Depan Anwar

Kalau Ada Majoriti Undi Percaya Minggu Lalu Bukan September Depan Anwar

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 342 hits
Pentadbiran Perdana Menteri Mahiaddin Yassin dikecam kerana meminta tempoh sehingga September ini untuk membuktikan majoriti beliau melalui usul Undi Percaya di Parlimen Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata m...
Saya Tak Takut Berdepan Usul Undi Percaya Kata Pm

Saya Tak Takut Berdepan Usul Undi Percaya Kata Pm

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 320 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan penduduk di Pagoh semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak takut atau bimbang berdepan usul undi percaya kepadanya pada sidang Dewan Rak...
Pm Baharu Masih Perlu Jalani Proses Undi Percaya Agong

Pm Baharu Masih Perlu Jalani Proses Undi Percaya Agong

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 431 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan supaya perdana menteri kesembilan yang dilantik perlu segera m...
Barisan Nasional Yakin Dapat Rampas Kembali Sabah Berdasarkan 45 Kerusi Yang Ditandingi Dalam Pilihan Raya Negeri Ke 17

Persiapan Skuad Malayan Tigress Langkah Pertama Menuju Kejohanan Antara Bangsa

Blok B2 Geng Hantu Multi Kaum

Kecik Kecik Tapi Bau Power

Evening Sky Residence Scott I Edwards Architecture United States

Musim Banjir Ni Bukan Air Je Naik Dia Pun Datang Sekali

Besi Coupling Shaft Melayang Dari Lori Tembusi Kereta Warga Emas Maut

Intraocular Lens Iol Surgery Mata Kiri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Guna Medical Card

Jbl Grip Baru Sahaja Tiba Direka Untuk Bergerak Dibina Untuk Bunyi Hebat

Bawang Goreng

How Licenselounge24 De Helps Small Businesses Choose The Right Windows Setup

Sampah Di Birmingham Krisis Pengurusan Dan Solusi Yang Diperlukan

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan