Kalau Ada Majoriti Undi Percaya Minggu Lalu Bukan September Depan Anwar



Pentadbiran Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin dikecam kerana meminta tempoh sehingga September ini untuk membuktikan majoriti beliau melalui usul Undi Percaya di Parlimen.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, majoriti sepatutnya dibuktikan segera kerana pihak Umno telah menarik sokongan dan Yang di-Pertuan Agong perlu tahu jumlah sebenar yang masih setia bersama Mahiaddin untuk mengabsahkan pentadbirannya.
“Kenyataan jelas, walaupun diminta (oleh Agong) meletakkan jawatan Tan Sri Mahiaddin berdalih, merayu menyatakan kami punya jumlah yang baharu dan akan dibentangkan di Parlimen.
“Terima titah Tuanku Agong, baru nak ada Undi Percaya. Kita sudah asak sekian lama.
“Ada peguam kata jalurnya hanya melalui Parlimen. Benar. Tetapi Parlimen tidak boleh melakukannya selama ini sampai ditangguh, ditutup, dikelirukan dan ini yang berlaku sepanjang minggu lalu.
“Patut bahas soal Covid, kewangan dan darurat. Ahli Parlimen ditipu mengatakan Tuanku sudah perkenan (mansuh Ordinan Darurat). Tuanku Agong mengatakan belum, keluar kenyataan. Dibantah (oleh kerajaan) seolah-olah kuasa kerajaan Perkara 40 (1). Kalau ini bukan biadap melanggar tatasusila Melayu dan dehaka, apa lagi mahu kita katakan?
“Sekarang setelah keadaan itu (tiada majoriti), hampir tenggelam baru minta tangguh satu bulan. Saya tidak faham mengapa tidak dilakukan minggu lalu sahaja,” kata Anwar.
Menurut Pengerusi Pakatan Harapan itu lagi, Mahiaddin seharusnya tidak memperdaya lebih lama Yang di-Pertuan Agong dan rakyat mengenai majoriti yang dimilikinya.
“Persoalan pertama, bagaimana mungkin seorang PM memberi kenyataan palsu dan mengelirukan kepada Agong, katakan dia ada jumlah.
“Umno nyatakan mereka mempunyai lebih daripada 8 Ahli Parlimen (menarik sokongan). Jadi kenyataan penipuan ini berterusan. Tak kira parti Melayu, Islam semua sekongkol.
“Apakah tidak benar kita katakan, bahawa pembangkang jumlah rasminya 105, campur Umno yang katanya 12 Ahli Parlimen itu masih lagi minioriti?” tanyanya.
Tegas Anwar, bukan hanya di Parlimen sahaja majoriti boleh dibuktikan, malah dalam Perlembagaan Persekutuan majoriti boleh dibuktikan di luar Parlimen.
Katanya, kes pada 2009 tersingkirnya Menteri Besar (MB) Pakatan Rakyat di Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang telah pun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan membuktikan pembuktian hilang sokongan boleh diterima oleh Sultan secara perakuan oleh ADUN-ADUN.
“Ada peguam kata ini bukan kuasa Yang di-Pertuan Agong. 2009 krisis di Perak yang melihatkan MB ketika itu Nizar. Tuanku Sultan Perak tak tunggu sidang DUN. Bila sahih Nizar dikatakan hilang keabsahan, Tuanku ambil keputusan berhubung dengan semua ADUN memutuskan untuk melantik MB baharu.
“Perkara ini di bawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan dalam bidang ini, kuasa Raja mutlak dan tidak boleh dipertikai bila Raja atau Agong yakin seseorang (calon MB atau PM) punyai majoriti. Dalam konteks ini (krisis di Persekutuan) PM kehilangan majoriti.
“Ini tidak dipertikai lagi setelah Mahkamah Persekutuan buat keputusan. Ini berlaku di Perak. Ini juga berlaku di Kedah bila Datuk Seri Mukhriz berundur (hilang majoriti di luar dewan), lantik MB baru. Tidak dipertikai. Semuanya berlaku (lantikan jawatan) termasuk Mahiaddin sendiri, tidak berlaku melalui proses Parlimen,” jelasnya.
Bagaimanapun dalam krisis kali ini, Anwar sangsi mengenai tempoh sebulan yang diminta Mahiaddin untuk membuktikan majoriti mungkin akan digunakan untuk membeli Ahli Parlimen atau melakukan ugutan yang tidak selari dengan prinsip demokrasi semata-mata memastikan blok Perikatan Nasional mendapat sokongan cukup.
Justeru Anwar menasihatkan agar penjawat awam kekal dengan sumpah jawatan mereka dan tidak mudah dipergunakan oleh ahli politik demi memenuhi niat mengekalkan kuasa.
“Saya merayu kepada penjawat awam memahami perkara ini dan menyerahkan kepada orang politik menyelesaikan masalah mengikut saluran yang sah dan akhirnya menyerahkan kepada wewenang budi bicara Agong memutuskan.
“Jangan mereka cuba gunakan kesempatan menjadi pekakas orang politik. Menekan, mengugut, memantau, memerangkap. Jangan, kerana perkara ini kita serah pada takdir dan Allah menentukan akhirnya. Kita harus berikhtiar. Kita harus dewasa,” katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli dari Umno, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang berprinsip sanggup melepaskan jawatan. Katanya, hal itu jarang berlaku di Malaysia, meletakkan jawatan atas prinsip perjuangan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32745

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Undi Percaya Kenapa Bulan September

Undi Percaya Kenapa Bulan September

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 123 hits
Kenapa Undi Percaya perlu dibuat pada bulan September Kenapa tidak sekarang Viral di media sosial bunyi suara katak Tak cukup dengan bunyi gambar katak juga bertaburan disemua platform media sosial Kegagalan pemerintahan kerajaan Muhyiddin ...
Kehadiran Ahli Parlimen Dihadkan Sesi September Apakah Tindakan Menyukarkan Undi Percaya

Kehadiran Ahli Parlimen Dihadkan Sesi September Apakah Tindakan Menyukarkan Undi Percaya

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 197 hits
Kenyataan Timbalan Yang di Pertua Dewan Rakyat Datuk Rashid Hasnon mencadangkan bilangan Ahli Parlimen dihadkan pada Mesyuarat penggal baharu Dewan Rakyat bermula 6 September depan atas alasan mengekang penularan wabak Covid 19 dianggap tid...
Kenapa Undi Percaya September Ini Bukan Esok Lusa Tok Pa Jawab

Kenapa Undi Percaya September Ini Bukan Esok Lusa Tok Pa Jawab

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 240 hits
PETALING JAYA Mustapa Mohamed tampil mempertahankan bossnya berkaitan keputusan melengahkan usul undi percaya dibawa ke Parlimen pada September ini bukan kadar segera seperti didesak pembangkang Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkat...
Pejuang Persoalkan Tindakan Pm Mahu Bawa Usul Undi Percaya Terhadapnya Bulan Depan

Pejuang Persoalkan Tindakan Pm Mahu Bawa Usul Undi Percaya Terhadapnya Bulan Depan

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 216 hits
KUALA LUMPUR Parti Pejuang Tanah Air mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin mahu membawa usul undi percaya terhadapnya di Dewan Rakyat pada bulan depan Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata usul berkenaan s...
Muhyiddin Kekal Perdana Menteri Undi Percaya Di Parlimen September

Muhyiddin Kekal Perdana Menteri Undi Percaya Di Parlimen September

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 196 hits
Muhyiddin Kekal Perdana Menteri KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Perdana Menteri setelah mendapat sejumlah surat akuan daripada ahli ahli Parlimen yang masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat pada masa ini ...
Pm Masih Ada Majoriti Usul Percaya Dibentangkan Di Parlimen September Ini

Pm Masih Ada Majoriti Usul Percaya Dibentangkan Di Parlimen September Ini

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 175 hits
Astro AwaniOgos 4 2021 12 45 MYTPM masih ada majoriti usul percaya dibentangkan di Dewan Rakyat September ini Foto tangkapan layar Astro AWANIKUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan bahawa beliau masih mempunyai sokongan m...
Tarikh 7 September Dijadual Undi Percaya Pada Muhyiddin

Tarikh 7 September Dijadual Undi Percaya Pada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 170 hits
Tarikh 7 September dijadual Undi Percaya pada Muhyiddin Undian bagi menguji kepercayaan Dewan Rakyat terhadap Muhyiddin Yassin dijadual berlangsung pada 7 September kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah Perkara ini berda...
Usul Undi Percaya Adalah Perkara Biasa Kata Pm

Usul Undi Percaya Adalah Perkara Biasa Kata Pm

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 256 hits
Muhyiddin Yassin berkata beliau bersedia hadapi usul undi percaya di Parlimen bulan depan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Gambar Bernama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata usul undi percaya kepada perdana menteri adalah perkara biasa...
Zahid Dah Kena Undi Tidak Percaya Kesiannya

Zahid Dah Kena Undi Tidak Percaya Kesiannya

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 206 hits
Penganalisis politik berkata tindakan 31 ahli Parlimen Barisan Nasional yang secara terbuka mengumumkan keputusan untuk terus kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional hari ini merupakan petunjuk wujudnya undi tidak percaya terhadap Presi...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat