Undi Percaya Dibentang Di Parlimen 7 September Ini



(BN BBC) – Undi percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dibentangkan di Parlimen pada 7 September 2021 bukannya 18 Ogos seperti didakwa sesetengah pihak.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun sudah pun menyerahkan notis pemberitahuan kepada semua Ahli Parlimen mengenai perkara berkenaan.
“Notis sudah dikeluarkan oleh Speaker iaitu 7 September untuk diadakan undi percaya. Buat masa ini itu adalah tarikh yang ada di pihak kami.
“Bagaimanapun, Jemaah Menteri masih berbincang mengenai kaedah yang akan digunakan sama ada ia akan dibawa oleh Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob atau menteri lain yang akan diarahkan oleh Kabinet.
“Di peringkat sekarang, kami masih berbincang bagaimana untuk melaksanakannya. Walaupun kita ada ‘precedent in the past’ tetapi ia bukanlah pada suhu yang sama sekarang,” katanya pada sidang media secara maya selepas sesi turun padang bersama pegawai CyberSecurity Malaysia hari ini.
Saifuddin berkata demikian menjawab mengenai laporan media tempatan yang mengatakan terdapat usaha untuk mempercepatkan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dibentangkan pada 18 Ogos ini.
Sidang penuh Dewan Rakyat bagi penggal keempat, Parlimen ke-14 akan diadakan selama 15 hari bermula 6 hingga 30 September 2021 dan Mesyuarat Kedua pula mulai 25 Oktober hingga 16 Disember iaitu selama 32 hari.
Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen Ke-14 akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 6 September 2021 di Bangunan Parlimen.
Mengulas lanjut, Saifudin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota menegaskan dalam situasi politik, pelbagai kemungkinan boleh berlaku.
Bagaimanapun, Saifuddin berkata Perdana Menteri berulang kali menyatakan kesediaannya untuk mengadakan pilihan raya umum namun akibat COVID-19 yang masih belum reda, ia terpaksa ditangguhkan.
“Begitu juga dengan undi percaya, beliau sudah menyatakan persetujuan untuk diadakan pada September. Jika anda kenal Perdana Menteri, saya pasti dia tidak teragak-agak untuk berdepan undi percaya lebih awal dan seperti saya cakap, tarikh yang ada sekarang adalah 7 September,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/08/12/undi-percaya-dibentang-di-parlimen-7-september-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kehadiran Ahli Parlimen Dihadkan Sesi September Apakah Tindakan Menyukarkan Undi Percaya

Kehadiran Ahli Parlimen Dihadkan Sesi September Apakah Tindakan Menyukarkan Undi Percaya

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 258 hits
Kenyataan Timbalan Yang di Pertua Dewan Rakyat Datuk Rashid Hasnon mencadangkan bilangan Ahli Parlimen dihadkan pada Mesyuarat penggal baharu Dewan Rakyat bermula 6 September depan atas alasan mengekang penularan wabak Covid 19 dianggap tid...
Muhyiddin Kekal Perdana Menteri Undi Percaya Di Parlimen September

Muhyiddin Kekal Perdana Menteri Undi Percaya Di Parlimen September

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 249 hits
Muhyiddin Kekal Perdana Menteri KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Perdana Menteri setelah mendapat sejumlah surat akuan daripada ahli ahli Parlimen yang masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat pada masa ini ...
Muhyiddin Dilapor Akan Bubar Parlimen Jika Kalah Undi Percaya

Muhyiddin Dilapor Akan Bubar Parlimen Jika Kalah Undi Percaya

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 331 hits
UNDI percaya terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri akan diadakan lebih awal seawal minggu depan kata sumber dalam kerajaan Perikatan NasionalMereka memberitahu undi percaya terhadap perdana menteri mungkin diadakan pada Rabu ini...
Tarikh 7 September Dijadual Undi Percaya Pada Muhyiddin

Tarikh 7 September Dijadual Undi Percaya Pada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 230 hits
Tarikh 7 September dijadual Undi Percaya pada Muhyiddin Undian bagi menguji kepercayaan Dewan Rakyat terhadap Muhyiddin Yassin dijadual berlangsung pada 7 September kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah Perkara ini berda...
Kenapa Undi Percaya September Ini Bukan Esok Lusa Tok Pa Jawab

Kenapa Undi Percaya September Ini Bukan Esok Lusa Tok Pa Jawab

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 300 hits
PETALING JAYA Mustapa Mohamed tampil mempertahankan bossnya berkaitan keputusan melengahkan usul undi percaya dibawa ke Parlimen pada September ini bukan kadar segera seperti didesak pembangkang Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkat...
Undi Percaya Tiada Dalam Jadual Tak Tahu Bila Akan Dibentang

Undi Percaya Tiada Dalam Jadual Tak Tahu Bila Akan Dibentang

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 267 hits
Usul Undi Percaya yang dinyatakan Perdana Menteri Mahiaddin Yassin akan dibentangkan untuk menentukan majoriti kerajaan beliau masih belum dimasukkan ke dalam jadual sidang Parlimen Ahli Parlimen Subang Wong Chen berkata usul tersebut berke...
Undi Percaya Parlimen Boleh Bersidang Bila Bila Masa Kenapa Tunggu Sept

Undi Percaya Parlimen Boleh Bersidang Bila Bila Masa Kenapa Tunggu Sept

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 428 hits
Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin tidak perlu menunggu sehingga September untuk memanggil sidang Parlimen dan membentangkan usul Undi Percaya ke atas pentadbirannya Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen menegaskan tidak munas...
Sd Boleh Berubah Undi Percaya Di Parlimen Lebih Jelas

Sd Boleh Berubah Undi Percaya Di Parlimen Lebih Jelas

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 232 hits
SD boleh berubah Undi percaya di Parlimen lebih jelas Kaedah penentuan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat adalah proses pengesahan keabsahan sokongan majoriti ahli Parlimen yang paling telus dan tepat berbanding kaed...
Pembangkang Mahu Parlimen Bersidang Segera Bentang Usul Undi Percaya Pm

Pembangkang Mahu Parlimen Bersidang Segera Bentang Usul Undi Percaya Pm

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 372 hits
IMBAS Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama ahli ahli parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka sebelum bergerak menuju ke Jalan Parlimen berikutan tidak dibenarkan masuk ke dalam Parlimen Kuala Lumpur Foto HAFIZ SOHAIM...
Selangor Mb In Firing Line For Seeing Bandar Utama School Murder Tragedy From Racial Lenses

Court Returns Guan Eng S Passport As Pm Appoints Him Trade Official

Setback For Indians Without Special Allocations In Budget 2026

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing

Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi

Pemandu Bas Dipenjara 22 Sebatan Kerana Amang Seksual 5 Pelajar

8lots 31 December 8lots Top 85 By Dell

Hal Hal Semasa 15 10 25


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Webmail Server Notification

Bila Kawan Suka Meminjam Duit

Best Healthy Banana Recipes No Sugar No Oats

The Usual Suspects Our Favorite Motorcycles For Customizing

Wings Di Persimpangan Chord

Mh370 Antara Fakta Dan Jiwa Yang Masih Mencari Jawapan