Umrah 2019 Mekah Musim Sejuk Hotel Masjidil Haram



A  pabila sampai di Mekah dari Madinah, hari sudah malam. Sudah masuk waktu isyak.  Ada yang sudah solat jamak dalam perjalanan tadi, tapi ada juga yang menjamakkannya di Mekah

Tarikh kami sampai di Mekah ialah 28 Januari 2019. 
Cuaca di Mekah ketika itu sangat baik. Walaupun masih dalam Musim Sejuk, ia tak panas, tak sejuk. Waktu tengaharinya macam cuaca petang di Malaysia. Jadi kalau anda sukakan cuaca begini, eloklah buat umrah pada hujung bulan Januari hingga awal bulan Februari.


Hotel Al Shohadah
Hotel Al Shohadah adalah pilihan TH Travel kali ini. Pada umrah 2017 mereka beri kami Hotel Ramada yang letaknya di seberang jalan, belakang sedikit dari Al Shohada. 

Semua jemaah dalam rombongan telah diberi kunci bilik. Beg masing-masing dihantar terus ke bilik oleh pekerja hotel. Setiap ahli keluarga kami duduk sebilik berdua.

Bilik saya dan suami mempunyai dua katil, menghadap jalan dan mempunyai tingkap yang boleh dibuka. Kalau menjenguk keluar memang nampak jemaah berjalan ulang alik ke Masjidil Haram. Nampak jelas, setesen bas dan Menara Jam yang berdiri kukuh di seberang jalan. Azan dari Masjidil Haram teramat jelas kedengaran di dalam bilik.

Televisyen, kerusi, meja, cerek elektrik, peti sejuk, pengering rambut dan kemudahan lain disediakan. Lantainya berkarpet dan bersih.


Bilik Al Shohada Hotel untuk dua orang

Tandas dalam bilik Al Shohada Hotel berlantaikan marmar dan mangkuk tandasnya ada dua. Bersih, luas dan selesa.  Di sebelah kirinya adalah bilik mandi hujan.

Sarapan pagi, tengahari dan malam disediakan di dewan makan dengan menu masakan Melayu, Indonesia dan Arab. Menunya sama setiap hari. Rasanya sederhana sedap

Hotel Al Shohada menyediakan teh Arab dan kurma percuma kepada penghuninya di pintu masuk

Teh Arab dan kurma  ini diberi percuma kepada saya. Saya menikmatinya di lobi hotel. Campuran teh yang sedikit kelat dan kurma yang manis menjadikannya enak diminum.


Setelah berehat sebentar di hotel kami sekeluarga pun berjalan menuju ke Masjidil Haram. Kami sudah beritahu mutawwif kami supaya tidak menunggu kami kerana kami hendak melakukan umrah sekeluarga bersendirian. Ini disebabkan kami sudah berulang kali mengerjakan umrah sebelum ini, jadi tak perlu perkhidmatam mutawwif untuk itu.

Hotel Al Shohada letaknya 300 meter dari Masjidil Haram. Berjalan kaki ke Masjidil Haram memakan masa lebih kurang 20 minit, bagi orang yang berjalan perlahan. Tetapi kalau orang muda, berjalan lebih laju, mungkin boleh sampai dalam 10 minit. Sepanjang jalan menuju ke Masjidil Haram terdapat hotel, kedai, stesen bas dan sekolah.

Kedai-kedai dan hotel-hotel yang berdekatan dengan Hotel Al Shohada


Sebagaimana sebelum ini, hati tetap berdebar-debar dan teruja untuk melihat Kaabah lagi. Lebih-lebih lagi anak bongsu saya yang baru pertama kali ke tanah suci


Masjidil Haram dan Kaabah
Kawasan muslimah di dalam Masjidil Haram
Jemaah lelaki sedang beriktikaf di dalam Masjidil Haram

Syukur alhamdulillah kami dipanggil lagi dan dapat melihat Kaabah dan beribadat. Kami mengangkat tangan berdoa melihat Kaabah.
Orang terlalu ramai mengelilingi Kaabah. Saya menunjukkan kepada anak bongsu saya bahagian-bahagian Kaabah seperti tempat permulaan tawaf, Hajarul Aswad, Hijr Ismail dan Rukun Yamani supaya dia dapat melakukan tawaf dengan betul.

Kami berjanji untuk berjumpa di bawah lampu hijau tempat permulaan tawaf sekiranya terpisah dalam jemaah yang ramai. Kami pun berniat tawaf, bergerak menghampiri Kaabah menuju penjuru Hajarul Aswad yang sentiasa dikerumuni manusia, beristilam dan memulakan tawaf. Kami sekeluarga berjalan rapat-rapat dan memegang di antara satu sama lain supaya tak terpisah. 

Zikir, doa dan ayat-ayat Al-Quran dibaca semasa tawaf. Zikir, doa dan ayat-ayat yang dibaca telah dirancang oleh suami saya sejak di tanahair lagi dan kami sama-sama bersetuju membaca zikir yang sama pada setiap pusingan. Antaranya "Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar," "Robbana atina fi dunia hasanah wa fil akhirati hasanah wakina azabannar," dan "3 Qul."

Pelbagai bangsa, warna kulit dan usia berkumpul di sini mengelilingi Kaabah. Di sebelah kiri kami, kami nampak seorang lelaki buta menggunakan tongkat tawaf bersendirian dan seorang lelaki yang tidak berkaki tawaf bersendirian tanpa menggunakan kerusi roda tapi hanya menggunakan tangannya sebagai ganti kakinya yang tiada. Kami kagum dengan kegigihan mereka mengelilingi Kaabah walaupun tidak sempurna anggota badan serta deria.

Kawasan yang sesuai untuk solat sunat selepas tawaf ialah di belakang makam Nabi Ibrahim A.S.
Setelah habis mengelilingi Kaabah 7 kali, kami solat sunat di belakang Makam Nabi Ibrahim dan  menghadap Kaabah.  Kami solat berdekatan. 

Setelah solat, kami minum air zam-zam yang terdapat di dalam tong air di dalam masjid menuju jalan ke Bukit Safa.

Bukit Safa dan Marwa

Jemaah sedang Saie, iaitu berulang-alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwa
Setelah itu kami mengerjakan saie dengan berulang-alik dari Safa ke Marwa. Bacaan kami juga sama.

Cabaran dihadapi setiap kali mengerjakan umrah dan saie. Kali ini ada yang terbatal wudhu. Ada yang tiba-tiba semput dan terpaksa berjalan perlahan-lahan. Maklumlah ahli keluarga kami ada yang muda remaja, ada yang sudah mencecah 6 series. Jadi terpaksalah menunggu dan mengikut rentak setiap ahli supaya dapat melakukannya bersama-sama.

Setelah selesai saie, kamipun menggunting sendiri rambut di Bukit Marwa. Maka, selesailah umrah kami. Kami sangat bersyukur kerana telah dapat menyelesaikan satu umrah. Umrah yang seterusnya akan kami lakukan pada hari lain. 

Pakej TH Travel menyediakan 2 kali umrah tambahan dengan bermiqatkan Hudaibiyah dan Jaaranah.  Manakala untuk menambah umrah lagi, kami perlu pergi sendiri ke miqat dengan menaiki teksi atau bas. Miqat yang terdekat ialah Tanaim.



Kami singgah makan ais krim setelah selesai umrah dan saie

Renovasi Masjidil Haram


Orang terlalu ramai. Masjidil Haram pula masih melakukan renovasi dan banyak laluan disekat dan laluan sehala. Jadi kalau masuk satu haluan belum tentu dapat keluar mengikut laluan yang sama. Kadang-kadang terpaksa mengikut laluan 'maze' yang jauh. Ini sangat memenatkan

Renovasi di dalam Masjidil Haram masih dilakukan
Belalang dan Cengkerik Hitam

Oleh kerana musim sejuk, banyak belalang dan cengkerik hitam migrasi ke Mekah. Cengkerik dan belalang itu datang dalam kumpulan yang banyak. Penuh di luar Masjidil Haram itu dengan serangga ini. Oleh kerana jemaah juga terlalu ramai, maka tak kurang juga serangga ini mati terpijak.  Cengkerik yang berterbangan dan merayap pula tidaklah membahayakan jemaah, lagipun pekerja di masjdil Haram sentiasa menyapu bersih serangga itu.

Baca juga:
Backpack ke Madinah dan Mekah (Bhg 3): Baitullah Oh Baitullah, Ku Sampai Jua
Mekah Setelah Tiga Tahun
Kita jumpa lagi dalam entri akan datang.

...bersambung 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://nota-kembara.blogspot.com/2019/07/umrah-2019-bhg3-mekah-musim-sejuk-hotel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Subhanallah Mbah Moen Disalatkan Di Masjidil Haram Dimakamkan Dekat Istri Nabi

Subhanallah Mbah Moen Disalatkan Di Masjidil Haram Dimakamkan Dekat Istri Nabi

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 229 hits
Jenazah Kiai Maimun Zubair dipastikan akan dimakamkan di Tanah Suci Mekkah Hal itu diputuskan usai pihak keluarga musyawarah menentukan lokasi pemakaman Beliau nanti setelah Shalat Zuhur disalati di Masjidil Haram dan dimakamkan di Maqom Ma...
Epl Perkenal Peraturan Baharu Musim 2019 2020

Epl Perkenal Peraturan Baharu Musim 2019 2020

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 313 hits
EPL perkenal peraturan baharu musim 2019 2020Liga Perdana Inggeris memperkenalkan peraturan baharu yang menyaksikan rekod pertemuan diambil kira untuk kali pertama dalam saingan musim 2019 2020 Perubahan itu membabitkan rekod pertemuan dua ...
Jenazah Kh Maimun Zubair Disholatkan Di Masjidil Haram

Jenazah Kh Maimun Zubair Disholatkan Di Masjidil Haram

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 236 hits
KH Maimun Zubair atau Mbah Moen meninggal di Mekah saat menunaikan ibadah haji Jenazahnya akan disalatkan di Masjidil Haram Jenazah Mbah Moen dimandikan di kompleks Masjid Al Muhajirin Mekah Lalu jenazah akan disemayamkan di Kantor Daerah K...
Palace Carnival Su Re Sihat 2019 27 28th July At Palace Of Golden Horses Hotel

Palace Carnival Su Re Sihat 2019 27 28th July At Palace Of Golden Horses Hotel

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 352 hits
Hello lovely readers Planning quality activities with your family friends or loved one this weekend Why not step into Palace Carnival SU RE SIHAT 2019 which will take place on 27th and 28th July 2019 from 10am till 10pm at Palace of Golden ...
Bridal Showcase 2019 Di The Regency Hotel Kl Wajib Singgah

Bridal Showcase 2019 Di The Regency Hotel Kl Wajib Singgah

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 355 hits
Haa aaa aaa Kompang dipalu Pengantin baru Duduk bersanding Tersipu malu Kompang dipalu Pengantin malu Moga bahagia Ke anak cucu Wahh gituu menyanyi kita Hujung tahun musim nak meraikan pengantin Tapi kita yang nak hadir ke majlis tentunya s...
Baju Musim Sejuk Bundle Preloved Di Kuala Lumpur

Baju Musim Sejuk Bundle Preloved Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 1116 hits
Salam Hujung tahun ni bercuti ke mana Baru baru ni Air Asia baru je lancarkan tiket murah kan Memang tergugat iman tengok tiket tiket percutian ni Idaman hati ni nak merasa tempat bersalji namun sis rasa kena tunggu budak budak ni besar sik...
Aidilfitri 2019 Jamuan Hari Raya Petronas Di Capri By Fraser Hotel Residence

Aidilfitri 2019 Jamuan Hari Raya Petronas Di Capri By Fraser Hotel Residence

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 437 hits
Aidilfitri 2019 Jamuan Hari Raya Petronas di Capri by Fraser Hotel Residence Assalamu alaikum Sambung jangan tak sambung sebelum raya haji hahaha Ummi bersama dua orang assistants telah menghadiri Jamuan Hari Raya Petronas di Capri by Frase...
Imam Masjidil Haram Puji Rombongan Jemaah Haji Indonesia Tawadhu Dan Suka Menolong

Imam Masjidil Haram Puji Rombongan Jemaah Haji Indonesia Tawadhu Dan Suka Menolong

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 196 hits
Imam Masjidil Haram Syeikh DR Hassan Bin Abdul Hamid Al Bukhari mendoakan agar pelaksanaan ibadah haji berjalan dengan baik dan lancar
Selebriti Ikon Umrah De Hearty 2019 Ingin Lebih Dekat Membantu Jemaah

Selebriti Ikon Umrah De Hearty 2019 Ingin Lebih Dekat Membantu Jemaah

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 313 hits
Selebriti Ikon Umrah De Hearty 2019 Ingin Lebih Dekat Membantu Jemaah Assalammualaikum semua Sekarang ni kalau nak ke Umrah dah semakin mudah Anda hanya perlu mencari agensi pelancongan yang bertauliah
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025