Bridal Showcase 2019 Di The Regency Hotel Kl Wajib Singgah
Haa aaa aaa..Kompang dipalu..Pengantin baru…Duduk bersanding..Tersipu malu..Kompang dipalu….Pengantin malu…Moga bahagia..Ke anak cucu. Wahh gituu.. menyanyi kita. Hujung tahun musim nak meraikan pengantin. Tapi kita yang nak hadir ke majlis tentunya seronok menantikan hari yang bersejarah tersebut. Bakal pengantin pula mula sibuk membuat persediaan majlis bersanding. Un pernah pasang impian nak bersanding lagi dengan suami. Tapi belum masanya..kena tunggu saat yang sesuai. Jadi sekarang ini masa untuk survey kos perkahwinan terkini. Sebab tu kami suka kalau ada apa juga bridal showcase mesti nak pergi. Dan terbaru bakal diadakan Bridal Showcase 2019 di The Regency Hotel KL. Boleh cari idea di event bridal showcase 2019 di The Regency Hotel KL Zaman dulu majlis kami simple , buat di kampung dan memang 10tahun lepas kos murah. RM5k dah cukup sempurna. Masa tu memilih pakai baju pengantin hijau..kalau tak silap masa tu sewa baju nikah dengan baju sanding RM50.00-rm100.00. Paling murah.. tapi tak style la sangat. Tu kalau sekarang ini tengok mana-mana pengantin baru, fuh terbeliak biji mata tengok majlis depa. Grand gitu. Syoknya.. pasang impian nak bersanding semula tu, sebagai kenangan..jangan gelak..tak salah berimpiankan. So kalau lepas ini awak tengok UN dengan suami p mana-mana bridal showcase, jangan rasa janggal okay. UN difahamkan yang bridal showcase 2019 di The Regency Hotel KL bakal diadakan pada 16-18 Ogos ini. Cantik sangat tu, masa tu pun cuti sekolah dan raya pun dah setle. Jadi bakal pengantin boleh fokus untuk persediaan majlis perkahwinan yangbakal diadakan secara gilang gemilang. Seramai 70 vendors akan bersama-sama dalam di The Regency Hotel KL.. ada vendors pakaian, catering, kek da nada juga vendors yang akan menawarkan penyediaan door gift serta lain-lain yang perlu termasuklah vendors – jurufoto bagi majlis perkahwinan yang bakal diadakan. Cari gali idea; Bridal Showcase di The Regency Hotel KL Kalau dah memang plan majlis tahun ini atau tahun depan, WAJIB hadir ke Bridal Showcase ini. Mana tahu ada idea yang selama ini di cari gali masih tak jumpa, tetapi di pameran pengantin ini membuka ruang dan idea bagi penyediaan sebarang konsep bagi majlis yang bakal diadakan. Manalah tahu daripada tema Cinderella nak tukar kepada tema classic hang Tuah kan…? Antara aktiviti bakal diadakan : 🎁 Promosi menggila bagi pakej perkahwinan 🎁 Cabutan Bertuah 🎁 Pelbagai pameran daripada 70vendors 🎁 Promosi makanan/catering 🎁 Pertunjukkan fashion 🎁 Make up Tutorials Peluang dan ruang yang diadakan wajib di sambut baik. Semoga event yang dianjurkan ini berjaya dan menarik ramai bakal pengantin dan keluarga untuk hadir kesini. Semoga majlis perkahwinan impian akan dapat di realisasikan dan ianya akan memberikan satu sinar kegembiraan kepada pengantin dan sejarah penuh bermakna buat seluruh keluarga. Selamat pengantin baru.. Jangan lupa eventnya seperti tertera. Maklumat lanjut layari : The Regency Hotel KL Website : www.regencybridalshowcase.com The Regency Hotel Kuala Lumpur3, Jalan Raja Alang, 50300 Kuala Lumpur T : +603-2262.2000 , +603-2020.3000 E :
[email protected]
The post Bridal showcase 2019 di The Regency Hotel KL; wajib singgah appeared first on UmmiNani.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umminani.com/2019/08/bridal-showcase-2019-regency-hotel/