Baju Musim Sejuk Bundle Preloved Di Kuala Lumpur


Salam,Hujung tahun ni bercuti ke mana? Baru-baru ni Air Asia baru je lancarkan tiket murah kan? Memang tergugat iman tengok tiket-tiket percutian ni. Idaman hati ni nak merasa tempat bersalji, namun sis rasa kena tunggu budak-budak ni besar sikit baru syok main luncur salji sama-sama. 😃 Lepas ni, kalau winter, autumn ke atau summer ke... sis dah tak ada masalah. Sis memang akan pilih Bundle Preloved, sama ada di Cawangan Jalan Kebun Klang atau Bukit Jalil. Sis memang malas dah nak pening-pening cari baju sejuk ni, kat sini semua ada. Pilihan banyak, Trend terkini, Harga? Fulamak, mampu milik. Jom... sis tunjukkan gambar-gambar baju kat sini.... 

Memandangkan negara kita ni tak ada musim sejuk, maka untuk mencari baju-baju winter ni bukanlah satu pekerjaan yang mudah melainkan ko banyak duit akaun bank penuh. hii hii 😊 Ada beberapa kedai yang aku dah survey dan bandingkan. Faktor yang menjadi masalah selalunya, baju mahal sangat (baju baru), design baju tak ada yang lawa (baru/bundle), baju berbau (bundle), saiz tak ada untuk husband, untuk anak-anak. Dah ada design berkenan, saiz pulak tak ada. Huh bikin amarah! 🙍
Kat sini, aku jumpa banyak design lawa, saiz pun ada, harga berpatutan

Lokasinya di Bukit Jalil Signature Office (kawasan baru)
Ni alamatnya, tengok mana satu yang dekat dengan korang 😄
Bukit JalilJalan Kebun, Klang
Bundle Preloved  F5-2, Bukit Jalil Signature Office, Persiaran Jalil 1, Bukit Jalil City, 57000, Bukit Jalil, KL


Buka Pada Jam 10.30 pagi - 10.00 malam (Sabtu - Khamis), Jumaat Tutup. 

No.12-3 Dkebun Commercial Centre, Jalan Desa Putera 43/KS 08, 41200, Klang, Selangor (landmark : Johan setia OR Al- Aqsa carpet jalan kebun)

Buka Pada Jam 10.30 pagi - 10.00 malam (Sabtu - Khamis) Jumaat Tutup
Tempat ni memang selesa sangat sebab ada Penghawa Dingin sejuk, bawa anak-anak pun akan selesa. Bawak mak ke ayah ke nenek pun ok juga. 
Bukan sahaja baju sejuk tau, Glove pun ada. Glove dewasa, kanak-kanak.. Yang Baru ada dijual. Bukan sahaja barang Bundle tau. Barang-barang baru juga dijual ok. Sebelah bawah kanan ni, comel ke idok? Sarung tangan kanak-kanak. Cute gila kan


Banyak juga pilihan Glove di sini ya..

Next, anda perlukan baju panas dia dalam? ahhh pun ada juga. Fungsi dia sama macam Heat Tech Uniqlo, kalau pakai baju ni di dulu, badan akan kekal selesa walaupun berada di dalam cuaca yg sejuk. 
Selain Baju Sejuk Bundle, kasut pun ada tau. Kasut ni semua kasut-kasut baru, Nak boot panjang ada, boot setengah ada, kasut snow ada, boot biasa pun ada. Lawa-lawa i loike! 😃 Merah kanan tu lawa, ehhh kenan pulak

Tanak bertumit, yang macam bawah ni pun ada. Nak jalan jauh kan? So kenalah selesa ye tak? Kalau sis, sis prefer yang ni lagi senang nak kendong anak-anak dan jalan laju-laju

Bukan sahaja untuk anda, untuk anak anda pun ada juga. Comel la hai! Boot kanan ni cute

Haa.. yang macam ni sis berkenan. Musim sejuk memang selesa ni. Nampak tak dalam tu ada bulu-bulu untuk bagi kaki kita sentiasa warm


Kalau nak tahu, baju-baju ini semua di import dari Jepun dan Korea. Ada lebih dari 1000 pasang baju di Bundle Preloved Bukit Jalil ni. Psst! Baju kat sini restock setiap minggu tau! Fesyen dia semua trendy. Macam dalam cerita Korea tu. Stylo2 beb! Ok tak yang i pilih ni. Ewah! Ada hoodie lagi tu. Style kan. Oppa! Saranghae! 💚💟💙

Baju kat sini mesti mahal-mahal kan? Ohh Tidak Sama Sekali! 😇 Di Bundle Preloved ni , Anggaran harga Knitted Sweater bermula RM30 dan Jaket bermula RM50 sahaja ok! Majoriti harga di sini adalah diantara RM50 hingga RM 80 sahaja dan harga baju paling mahal pun adalah RM 250 sahaja. Kalau nak cakap pasal penjimatan, memang jimat sangatlah. Nak travel kena pandai bajet. Baru boleh selalu travel, ye tak

Cute tak baju ni? Sopan je kan

Kat sini ada macam-macam jenis baju tau. Ada Trench Coat, Wool Trench Coat, Down Jacket, Long Puffy Jacket, Parka, Faux Fur dan juga Knitted Sweater. Baju pelbagai musim ada di sini, nak Jaket paling sejuk tahan suhu -20 darjah Celcius pun ada tau. Kalau tempat bersalji, bukan boleh beli baju besher-besher. Kena pakai baju yang tahan sejuk, terkejut kang kalau pakai baju besher-besher. Dahtu harganya bukan besher-besher juga. Jadi... apa lagi, carilah di Bundle Preloved! Jimat, Lawa dan Berbaloi! 😁Ok tak? nampak kurus kan
Ha ni Knitted Sweater, design kebaboom! Kalau tak pergi oversea pun, nak pakai di opis korang yang sejuk tu pun boleh beli di sini. 
Oversize Knitted Sweater. In sangat kan

Nak yang bulu-bulu. Faux fur pun ada 😄
Anda ada masalah saiz baju? Jangan risau kat sini Saiz ada dari XS sampai PLUS SIZE dia ada dalam stok. Ha... kalau nak tahu lebih lanjut boleh Whatsap team diorang ni. InsyaAllah mereka akan bantu. Dioarang ni semua baik-baik. Lepastu, kat sini korang boleh jumpa macam-macam brand terkenal especially Uniqlo, GAP, Eddie Bauer, Tommy Hilfiger, Zara, Adidas, NIKE dan macam-macam lagi. Siapa cepat, dia dapat. Itu rezeki masing-masing, so kalau nak puas hati, datanglah ke kedai ya. Uihh excited tau kalau nak shopping baju sejuk nak ke oversea ni! Jomlah

Ha, asyik cerita pasal baju sis je, ni Jaket hitam untuk sis pilih untuk abang. Brand Uniqlo

Lawa juga Tench Coat ni. Warna Earth macam ni senang matching. Nampak klasik namun ada kerlas you all

Dulu masa aku nak ke laur negara, melilau juga aku dan suami mencari baju-baju sejuk. Kami pergi sekeluarga. Ramai kan, bajet pun kenalah bijak sikit. Niat di hati nak baju yang lawa-lawa tapi bila tengok harga pengsan!. Baik aku simpan shopping kat sana dari aku beli baju memahal pakai seminggu je (haha dasar kedek). Takpun, aku simpan duit, buat hantaran calon menantu aku 10 tahun nanti. hahahahha 😆 So, untuk musin Winter ni, baju mesti nak RM700 ke atas, yang cecah thousand-thousand pun ada. Tapi, untuk menjadi bijak, Bundle Preloved kan ada, baju asal memanglah RM700 ke atas tapi kat sini dia punya harga paling mahal pun RM250. Baju pun lawa nampak baru! Brand baju Down Feather pulak tu macam GAP, Tommy Hilfiger. Memang cecah ribu... tapi ada kat sini! Baju macam tu memanglah mahal sebab material dan ketahanan sejuk baju tu. Nampak tak? Kena bijak nak hidup ni! hihi.  
Next, kalau tak minat yang colour2, pilihla yang hitam. Hitam kan menawan

Baju Eiman pun ada, anggaran dalam 6-7 tahun la. Aduh.. terasa nak pergi Disneyland lagi la bang! Eiman dah lupa, dia kan masih kecik masa pergi sana. Lawa baju ni dalam gambar

Ha.. tengok-tengoklah sampai rambang mata korang! Baju kat sini semua nampak baru dan lawa. Tak lusuh, tak berbau. Sebab apa? Sebab owner dia memang dah filter dulu baju yang lawa, trendy, stylish dan IN untuk korang. Setiap minggu stok baru masuk weh, meme lawa-lawa la yang coming in! Baju pun tak perlu diragui kebersihannya, dry clean 2 kali beb! Apa lagi? Masalah saiz? Adoi, kat sini dari sekecik-kecik manusia sampai PLUS Size ada ye. Tapi yang plus size tu kena pilih, nak yang lawa, stok ada rezeki. Kalau tak sila PM dulu kedai ni tanya, dia boleh assist. Punyalah baik kan. 😉 Komisyen sikit bos

Ni semua baju Baju Uniqlo untuk lelaki. Nampak helok-helok kan. Pilihlah mana yang berkenan. Majoriti harga RM 50 - RM 80 jer! Mur mur

Ni style baju Uniqlo gak, tapi warna-warna gini sesuai untuk perempuan la

Ni pun lawa juga. Camouflage. bang bang

Ni jenis paling top sekali ni, Autumn Collection yang macam ni memang susah nak cari kat kedai besher-besher, melainkan kat luar negara. Baju panjang macam ni dalam gambar in. Ala-ala Korea gittew

Oh ya, lagi satu. Bundle Preloved bukan sahaja jual baju preloved ya, diorang ni pun ada jual barang-barang baru tau. Contohnya, Snow Boots, Thermal Suits, Snow Spike, Glove, Muffler dan Winter Socks. Ehh dah macam one stop center, semua ada.. kalau ke nak ke oversea, gi je sini, pilih-pilih, bayar.. dah settle masalah.

Sarung tangan ni unik, warna-warni. Lawa

Ok, berkeyakinan kan nak pergi sini? Terima kasih kat owner kedai sebab berjaya menjadikan Bundle Preloved ni pusat baju sejuk yang mampu milik, dahla lawa, trendy pulak tu. Takda nak susah-susah hati buat bajet ke luar negara. Ni ai petik sepatah dua kata dari owner kedai ni; 
"Dalam memilih baju-baju yang trendy ni sangt labour extensive, memang banyk kerja, kerja renyah lah org kata, tak mudah. sebab tu lah, Bundle Preloved dah siap pilih yang lawa-lawa, high quality semua supaya kita semua ni, tak perlu nak pening-pening kepala, pusing satu malaysia, semata-mata nak dapatkan pilihan baju yg lawa-lawa ni. Bundle preloved dah sediakan semua untuk kita yang nak travel ni. Cukup banyak pilihan."


Ha, kat kedai ni je ada lebih 1000 pilihan untuk anda. Kedai selesa, aircond, bersih, selesa, ada bilik persalinan boleh cuba! Nak bawak anak-anak pun boleh, pilihla baju pelan-pelan jangan gopoh-gopoh. Tak tahu, tanya je nanti diorang bantu. InsyaAllah. 😃 Oh ya, kalau rasa macam tak ada masa nak ke kedai, boleh juga beli online ya. Link Website Online i letak kat bawah ni tau

Beli secara online di http://bundlepreloved.avana.asia/


So, korang apa tunggu lagi, dah puas hatikan dengan gambar-gambar dan penjelasan tadi. Then, kalau nak beli, boleh pergi ke kedai mereka di Outlet Bundle Preloved Kuala Lumpur atau Jalan Kebun, Kelang. 
Facebook: https://www.facebook.com/nizardanbundle/Instagram : https://www.instagram.com/bundle_winter_outdoor/

Ok guys selamat membeli belah. Jumpa lagi! Muah

http://feeds.feedburner.com/NovaLeezaMyDiary

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://novaleeza.blogspot.com/2019/07/baju-musim-sejuk-bundle-preloved-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+NovaLeezaMyDiary+%28NOVA+LEEZA+%7C%7C+My+Diary%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Ancaman Bom Di Kuala Lumpur

Tiga Ancaman Bom Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 255 hits
KUALA LUMPUR DIKEMASKINI Satu objek dipercayai alat Letupan Termampat yang tidak sempurna ditemui di laman sebuah rumah di Bukit Damansara Kuala Lumpur petang semalam Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata IED itu ditemui ...
Sibu To Kuala Lumpur Trip First Day In Kl

Sibu To Kuala Lumpur Trip First Day In Kl

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 657 hits
aku ada cerita pengalaman pertama kali naik kapal terbang kat sini ini adalah kali pertama aku travel excited terlebih sebab first time keluar daripada sarawak dan pergi tempat yang agak jauh lol so for this first one aku cuma ikut orang ke...
3 Tempat Berburu Oleh Oleh Super Murah Di Kuala Lumpur Malaysia

3 Tempat Berburu Oleh Oleh Super Murah Di Kuala Lumpur Malaysia

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 667 hits
Pergi berwisata selalu menjadi hal yang menyenangkan bagi siapapun karena dengan berwisata kalian bisa melepaskan seluruh kepenatan yang selama ini melanda kalian Hal pertama yang harus dipikirkan sebelum pergi berwisata adalah kemana kalia...
Travelog Usa 2019 Part 1 Kuala Lumpur To San Francisco

Travelog Usa 2019 Part 1 Kuala Lumpur To San Francisco

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 443 hits
Assalamualaikum Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Inilah kal...
Umrah 2019 Mekah Musim Sejuk Hotel Masjidil Haram

Umrah 2019 Mekah Musim Sejuk Hotel Masjidil Haram

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 686 hits
A pabila sampai di Mekah dari Madinah hari sudah malam Sudah masuk waktu isyak Ada yang sudah solat jamak dalam perjalanan tadi tapi ada juga yang menjamakkannya di Mekah Tarikh kami sampai di Mekah ialah 28 Januari 2019 Cuaca di Mekah keti...
Rawatan Ivf Di Hospital Kuala Lumpur 2019

Rawatan Ivf Di Hospital Kuala Lumpur 2019

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 435 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua kalian yang sedang melayari blog picisan saya ni Maaf agak lama tidak mengemaskini blog saya ni sehingga agak serabut Bagi yang pernah mengikuti perkembangan diri saya di blog sebelum ini mes...
Rasai Pengalaman Menyeronokkan Di Boostopia Pada 8 8 10 8 Di Trec Kuala Lumpur

Rasai Pengalaman Menyeronokkan Di Boostopia Pada 8 8 10 8 Di Trec Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 284 hits
Untuk korang yang tak tahu ini ada berita gembira untuk semua Berbaki beberapa hari sahaja lagi Boostopia yang dianjurkan oleh Boost akan diadakan selama tiga hari bermula 8 8 hingga 10 8 di Trec Kuala Lumpur Apa itu Boostopia Boostopia men...
Kuala Lumpur International Youth Marching Band Competition 2019

Kuala Lumpur International Youth Marching Band Competition 2019

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 500 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraKLIYMBCKuala Lumpur International Youth Marching Band Competition 2019 is the continuation of the Kuala Lumpur World Marching Band Competition and World Championship Marching Show Bands 2016 event KLIYMBC ...
Kembara Ilmu Tahun 1 Izzat Melawat Kuala Lumpur Dengan Kawan Kawan

Kembara Ilmu Tahun 1 Izzat Melawat Kuala Lumpur Dengan Kawan Kawan

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 421 hits
assalamualaikum ptg ni hah baru la dpt siapkan entri ni hu hu hu hu throwback sungguh kan yes lah si ibu nyer sgt la ralit memilih puluhan gambar yg para Muallimah wasap dlm grup kelas nak belek sesatu gambar yg boleh dikongsi ada masa skit...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025