Umrah 18 Januari 2023 Miqat Di Masjid Saiditina A Ishah Di Tanaim



Alhamdulillah hari ini saya ingin menyambung catatan perjalanan kami menunaikan umrah ketika di bumi Mekah. Boleh klik entri umrah wajib di SINI dan hari aktiviti bebas kami di SINI.
Pada asalnya ingat tak nak buat umrah sunat kerana kepenatan yang belum habis. Saya dah siap update dalam group WhatsApp yang saya tak nak ikut. Sekali Juita tanya kenapa mama tak nak buat umrah. Itu yang terus saya ubah fikiran, dan menghubungi Ustaz Amirul memberitahu akan join. 


Kami menaiki bas untuk ke Tanaim. Tanaim adalah tanah halal terdekat yang merupakan tempat bermiqat untuk orang orang Mekah. Di sini lah tempat Saiditina A'ishah bermiqat. Jadi ianya dikenali sebagai Masjid Saiditina A'ishah di Tanaim. 
Selepas berniat umrah, kami semua berkumpul untuk bergambar kenangan. Sebaik sampai di Mekah, kami terus berjalan masuk melalui pintu King Abdul Aziz untuk memulakan tawaf yang dibimbing oleh Ustaz Amirul. 
Sebaik habis tawaf kami mengambil tempat di hadapan Maqam Ibrahim untuk melakukan solat sunat tawaf. Memandangkan waktu Zohor pun dah tak lama lagi, tambahan pula dah dapat tempat solat yang bagus, kami buat keputusan untuk melakukan sai secara sendiri. 
Selepas solat Zohor, baru kami berjalan mencari tempat untuk pendaftaran sewaan scooter. Rupanya untuk ke tempat scooter, kena ambil lift di luar bangunan di sebelah kiri pintu Babu Salam. Kiranya berhampiran dengan bahagian luar Bukit Safa.



Kami bersai bersama Nizah, Akmar dan Shima, Azleen serta Rosdiana. Kami mengambil scooter elektrik dua tempat duduk dengan bayaran Rial 57.50 untuk seorang dan Rial 230 untuk berdua. Kita boleh membuat bayaran dengan menggunakan kad kredit atau kad debiot juga di kaunter bayaran. 

Selepas selesai sai, kami semua berjalan kaki ke Safwah Tower. Kami naik ke tingkat 2 di mana banyak kedai makan terdapat di situ termasuklah restoran D'saji Malaysia. Masa nak makan, ada seorang lelaki Arab yang duduk di meja yang kami tumpang, memberikan saya nasi arab berlaukkan ayam. Jadi saya pun makan lah nasi Arab tu walaupun sebenarnya hati teringin nak makan nasi Mandy kambing yang dah dibeli.
Di sini, bila nampak kita dah siap makan, akan ada yang datang bawa sabun dan air untuk kita membersihkan tangan. Dan diberikan juga tisu. Haa dah lepas basuh tu, sedekahlah sedikit sebab kalau nak pergi ke sinki untuk basuh tangan pun agak jauh. Kalau tak perasan, tengok tengok kerusi kita pun ditarik orang kerana di situ, tempat makan sangat terhad berbanding dengan pelanggan yang ramai. Memang kena pegang kerusi supaya tidak ditarik orang lain tanpa kita sedar.

Dapat minum pulak teh ais di Restoran D'saji memang sangat sedap. Saya pun merasa sedikit nasi lemak ayam masak merah yang dibeli oleh Ros. Hmm memang sedap lah walaupun dijual di Mekah.
Sebelum keluar dari Safwah Tower, saya singgah beli kurma muda untuk makan makan di bilik. Sebelum balik ke hotel, kami singgah bergambar di dataran masjid dengan berlatar belakangkan Clock Tower dan juga Masjidil Haram. Bila ada Ros, dapatlah bergambar berdua dengan Juita. Kalau tidak, kena bergilir gilir. 

Aktiviti seterusnya macam biasalah, kami ke masjid untuk solat Zohor, balik dan pergi lagi untuk solat Asar. Kemudian pergi lagi untuk solat Maghrib dan menunggu sehingga solat Isyak. Kalau ikutkan hati nak jer beriktikaf di dalam masjid tapi kena juga balik hotel untuk memperbaharui wudhu.  Kami berkenalan dengan jemaah dari Brunei. Dah jadi penpal Juita. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/02/umrah-18-januari-2023-miqat-di-masjid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umrah 14 Januari 2023 Masjid Quba Dan Telaga Iziq

Umrah 14 Januari 2023 Masjid Quba Dan Telaga Iziq

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 285 hits
Alhamdulillah hari ini saya akan menyambung aktiviti kami untuk hari ketiga di Madinah Boleh rujuk entri sebelum ini di Saya akan membuat beberapa entri untuk ziarah luar kerana terlalu panjang dan banyak gambar yang ingin saya kongsikan su...
Umrah 16 Januari 2023 Ziarah Wada Dan Haramain Train Madinah Ke Mekah

Umrah 16 Januari 2023 Ziarah Wada Dan Haramain Train Madinah Ke Mekah

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 213 hits
Sekarang tiba lah perjalanan ke Mekah pula setelah beberapa hari di Madinah Boleh klik entri sebelum ini di Sebelum membuat keputusan untuk naik train atau naik bas bersama group jemaah saya memang membaca banyak pendapat dan komen akan kel...
Umrah 17 Januari 2023 Aktiviti Bebas Hari Pertama Di Mekah

Umrah 17 Januari 2023 Aktiviti Bebas Hari Pertama Di Mekah

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 183 hits
Alhamdulillah kami telah selesai mengerjakan ibadah umrah Boleh klik entri sebelum ini di Hari kedua di Mekah adalah hari aktiviti bebas Kami semua kepenatan dengan perjalanan dari Madinah ke Mekah serta dengan melakukan umrah Saya bangun a...
Umrah Januari 2023 Kuala Lumpur Ke Madinah

Umrah Januari 2023 Kuala Lumpur Ke Madinah

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 394 hits
Alhamdulillah setelah 5 tahun tidak menjejakkan kaki ke Tanah Suci Madinah dan Mekah hati rasa sangat teruja untuk ke sana Boleh klik entri umrah saya sebelum ini di dan di Entri menunaikan fardhu Haji di Memang rasa sangat tidak sabar dan ...
Umrah Januari 2023 Makan Nasi Arab Di Syareq Qurban Yang Serious Sedap

Umrah Januari 2023 Makan Nasi Arab Di Syareq Qurban Yang Serious Sedap

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 223 hits
Alhamdulillah masih diberi ruang dan waktu untuk menyambung catatan perjalanan Umrah 2023 saya Boleh rujuk entri hari pertama dan kedua di dan di Selepas balik dari solat Isyak kami turun ke lobi hotel pukul 8 00 malam untuk keluar makan na...
Umrah 16 Dan 17 Januari 2023 Umrah Wajib

Umrah 16 Dan 17 Januari 2023 Umrah Wajib

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 186 hits
Alhamdulillah saya menyambung kembali catatan perjalanan umrah kami kali ini dengan entri ibadah umrah wajib pada 16 Januari 2023 Boleh klik entri kami bertolak dari Madinah sehingga tiba di Mekah dengan Haramain High Speed Train di Sebaik ...
Top Commentator Bulan Januari Dan Februari 2023 Tahniah

Top Commentator Bulan Januari Dan Februari 2023 Tahniah

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 232 hits
Assalamualaikum wbt Okey pada cerita yang lepas saya ada bagitau pada awak untuk umumkan nama pemenang Top Commentator Bulan Januari bersekali dengan nama pemenang Top Commentator Bulan Februari Minta maaf sangat sangat kerana terlewat sebu...
Pengomen Terpaling Juara Bulan Januari 2023

Pengomen Terpaling Juara Bulan Januari 2023

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 334 hits
Assalamualaikum Apa khabar pembaca2 blog Abam Kie yang dihormati sekalian Abam Kie harap semuanya sihat walafiat Baiklah Pada hari Jumaat yang mulia ini Abam Kie ingin mengumumkan pemenang bertuah yang bergelar sebagai pengomen tegar bulan ...
January 2023 Recap Ringkasan Aktiviti Sepanjang Januari

January 2023 Recap Ringkasan Aktiviti Sepanjang Januari

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 275 hits
JANUARY 2023 RECAP RINGKASAN AKTIVITI SEPANJANG JANUARI Bulan pertama tahun 2023 telah melabuhkan tirai Febuari pula sudah masuk hari ke 7 hari ini That was fast I can t believe January is over So saya kira masih belum terlambat untuk saya ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian