Umrah 17 Januari 2023 Aktiviti Bebas Hari Pertama Di Mekah




Alhamdulillah kami telah selesai mengerjakan ibadah umrah. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Hari kedua di Mekah adalah hari aktiviti bebas. Kami semua kepenatan dengan perjalanan dari Madinah ke Mekah serta dengan melakukan umrah. 
Saya bangun agak lewat untuk solat Subuh di masjid. Sebaik sampai di pintu di 88 dan 87, baru tahu rupanya pintu ditutup dan dibuka hanya 15 minit sebelum azan kedua berkumandang. Terpaksa lah berdiri di situ dalam keadaan bersesak sesak dengan cuaca yang agak sejuk. Tapi ada juga kebaikannya pintu ditutup, kita dapat masuk serentak dalam masa yang sama. Tiada jemaah yang tidur baring atau booking tempat dengan segala bag. 
Balik solat Subuh, kami sambung tidur dek keletihan. Bangun jer baru terasa perut dah kelaparan. Selepas sarapan, kami terus ke masjidil haram, masuk melalui pintu King Abdul Aziz. Saya melakukan tawaf sunat. Hari ini adalah hari untuk saya explore Masjidil Haram yang tidak dapat dibuat masa biasa. 
Sebelum lupa, saya nak kongsikan gambar kami bersolat di Bukit Marwah untuk solat Zohor. Manasik Sai, Bukit Safa dan Bukit Marwah dikira sebahagian dari masjid pada ketika solat. Kalau Bukit Marwah, kita masih boleh memijak batu bukit tapi di Bukit Safa telah dipasang dengan kaca. 
Saya sempat juga merasa, memanjat dan memijak batu di Bukit Safa suatu ketika dulu. Memang tindakan kerajaan Saudi memagar Bukit Safa adalah tepat kerana sekarang jemaah sangat ramai. Nantikan ada yang memanjat dan terjatuh pulak. Bukit Safa lebih tinggi dan curam berbanding dengan Bukit Marwah.

Balik hotel untuk makan tengahari. Balik ke hotel dan kemudian turun untuk makan tengahari. Masa tu, baru tahu ramai yang keletihan sehingga tidak bangun bersarapan. Bergambar dengan seorang jemaah yang juga follower Azie Kitchen. Saya lupa menanyakan nama beliau. Dalam gambar pula, beliau memakai mask. Jadi kalau terbaca catatan ini, jangan lupa komen tau.

Kami bersolat di Masjidil Haram untuk Zohor dan pergi semula untuk solat Asar. Selepas Maghrib, kami tak balik. Terus tunggu sehingga solat Isyak. Berkenalan dengan seorang jemaah dari Indonesia yang membuat business slimming dan coaching. 

Selepas solat Isyak, saya berjanji untuk berjumpa dengan Usama. Beliau telah menunggu saya berdekatan pintu masuk ke lobi Tower 3. Saya dah 5 tahun mengenali Usama dan beliau telah membantu saya untuk mengagihkan kurma di dalam Masjidil Haram di 10 malam terakhir Ramadhan. Sebelum ini, dia bekerja di kedai menjual kurma di Safwa Tower.

Nantikan sambungan entri seterusnya di SINI.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/02/umrah-17-januari-2023-aktiviti-bebas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umrah 16 Januari 2023 Ziarah Wada Dan Haramain Train Madinah Ke Mekah

Umrah 16 Januari 2023 Ziarah Wada Dan Haramain Train Madinah Ke Mekah

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 351 hits
Sekarang tiba lah perjalanan ke Mekah pula setelah beberapa hari di Madinah Boleh klik entri sebelum ini di Sebelum membuat keputusan untuk naik train atau naik bas bersama group jemaah saya memang membaca banyak pendapat dan komen akan kel...
Umrah 14 Januari 2023 Masjid Quba Dan Telaga Iziq

Umrah 14 Januari 2023 Masjid Quba Dan Telaga Iziq

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 391 hits
Alhamdulillah hari ini saya akan menyambung aktiviti kami untuk hari ketiga di Madinah Boleh rujuk entri sebelum ini di Saya akan membuat beberapa entri untuk ziarah luar kerana terlalu panjang dan banyak gambar yang ingin saya kongsikan su...
Umrah Januari 2023 Kuala Lumpur Ke Madinah

Umrah Januari 2023 Kuala Lumpur Ke Madinah

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 554 hits
Alhamdulillah setelah 5 tahun tidak menjejakkan kaki ke Tanah Suci Madinah dan Mekah hati rasa sangat teruja untuk ke sana Boleh klik entri umrah saya sebelum ini di dan di Entri menunaikan fardhu Haji di Memang rasa sangat tidak sabar dan ...
Umrah Januari 2023 Makan Nasi Arab Di Syareq Qurban Yang Serious Sedap

Umrah Januari 2023 Makan Nasi Arab Di Syareq Qurban Yang Serious Sedap

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 336 hits
Alhamdulillah masih diberi ruang dan waktu untuk menyambung catatan perjalanan Umrah 2023 saya Boleh rujuk entri hari pertama dan kedua di dan di Selepas balik dari solat Isyak kami turun ke lobi hotel pukul 8 00 malam untuk keluar makan na...
Umrah 16 Dan 17 Januari 2023 Umrah Wajib

Umrah 16 Dan 17 Januari 2023 Umrah Wajib

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 298 hits
Alhamdulillah saya menyambung kembali catatan perjalanan umrah kami kali ini dengan entri ibadah umrah wajib pada 16 Januari 2023 Boleh klik entri kami bertolak dari Madinah sehingga tiba di Mekah dengan Haramain High Speed Train di Sebaik ...
Umrah 18 Januari 2023 Miqat Di Masjid Saiditina A Ishah Di Tanaim

Umrah 18 Januari 2023 Miqat Di Masjid Saiditina A Ishah Di Tanaim

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 300 hits
Alhamdulillah hari ini saya ingin menyambung catatan perjalanan kami menunaikan umrah ketika di bumi Mekah Boleh klik entri umrah wajib di dan hari aktiviti bebas kami di Pada asalnya ingat tak nak buat umrah sunat kerana kepenatan yang bel...
Program Nak Ubah Hidup 2023 Hampir 6000 Peserta Termasuk Artis Dan Influencer Hadir Hari Pertama

Program Nak Ubah Hidup 2023 Hampir 6000 Peserta Termasuk Artis Dan Influencer Hadir Hari Pertama

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 283 hits
Program Nak Ubah Hidup 2023 Hampir 6000 Peserta Termasuk Artis Dan Influencer Hadir Hari Pertama Assalamualaikum semua Melangkah masuk tahun baru ni pasti semangat semua orang berkobar kobar kan Masing masing mesti akan pasang azam dan ingi...
January 2023 Recap Ringkasan Aktiviti Sepanjang Januari

January 2023 Recap Ringkasan Aktiviti Sepanjang Januari

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 383 hits
JANUARY 2023 RECAP RINGKASAN AKTIVITI SEPANJANG JANUARI Bulan pertama tahun 2023 telah melabuhkan tirai Febuari pula sudah masuk hari ke 7 hari ini That was fast I can t believe January is over So saya kira masih belum terlambat untuk saya ...
Aktiviti Sesi Temubual Toqqi Bersama 8tv Ppim 08 02 2023

Aktiviti Sesi Temubual Toqqi Bersama 8tv Ppim 08 02 2023

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 309 hits
Sesi temubual Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi bersama 8TV bagi program Behind The Scam Behind The Scam adalah satu program TV yang memaparkan kes kes penipuan yang terjadi di kalangan masyarakat bermatlamat memberi kesedaran kepada ma...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Punca Guru Bersara Awal Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Firdaus Cerita Gunting Rambut

Ultimate Best Beef Burger Recipe Uk Bbc Good Food

Teruskan Bersabar Nona

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek