Umpan Royalti Minyak Sudah Tak Relevan Pas Beritahu Zaid


 
Pemimpin PAS Kelantan berkata rakyat negeri itu sudah bijak menilai parti mana yang mampu mentadbir dan bukan hanya melihat kepada isu royalti minyak semata-mata dalam memilih pemimpin. (Gambar AFP)PETALING JAYA: PAS Kelantan menyifatkan politik mengumpan dengan menjadikan modal isu royalti minyak bagi menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan parti itu, sudah tidak relevan lagi.
Mengulas kenyataan Zaid Ibrahim baru-baru ini, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Kamal Mohamad berkata pemberian royalti itu kepada Kelantan adalah hak seluruh rakyat negeri itu tanpa mengira fahaman politik dan bukan berdasarkan parti yang memerintah.
Katanya, rakyat Kelantan sebelum ini telah lama dikhianati kerajaan Umno, Barisan Nasional (BN) dengan menyekat pemberian royalti.
“Modal politik umpan mengumpan (kenyataan Zaid) ini sudah kurang sesuai.
“Kerajaan Umno, BN telah lama mengkhianati rakyat dan negeri Kelantan dalam soal royalti. Siapa pun yang memerintah pusat, ia wajib beri royalti, soal ikhlas atau tidak, itu bukan alasan kerana ia hak rakyat dan negeri Kelantan,” katanya.
Sebelum ini, Zaid yang juga bekas Menteri dilaporkan sebagai berkata, rakyat Kelantan berpeluang menikmati royalti minyak daripada kerajaan pusat sekiranya pentadbiran PAS di Kelantan ditewaskan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Beliau yakin sekiranya Umno kembali berkuasa di Putrajaya, royalti minyak akan dibayar kepada Kelantan dan beliau sendiri telah menyerahkan cadangan bagaimana industri minyak dan gas boleh dibangunkan di negeri itu kepada kepimpinan Umno.
Mohd Kamal berkata, rakyat negeri itu sudah bijak menilai parti mana yang mampu mentadbir dan bukan hanya melihat kepada isu royalti semata-mata dalam memilih pemimpin.
“Kalau rakyat mahukan royalti semata-mata, sudah lama mereka menukar undi. Mesti ada sesuatu yang membuatkan mereka tertarik dengan kerajaan negeri sekarang iaitu pentadbiran Islam,” katanya.
Tegasnya, PAS dan kerajaan negeri tidak pernah berhenti menuntut hak royalti sepertimana yang termaktub dalam perjuangan.
Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Wan Roslan Wan Hamat pula menyifatkan kenyataan Zaid lebih kepada perjuangan politik peribadi berbanding soal rakyat.
“Ini menunjukkan politik kepentingan peribadi dan bukannya politik Islam yang membela ummah seperti diamalkan oleh pentadbiran PAS sekarang,” katanya yang juga Exco kerajaan negeri. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/02/umpan-royalti-minyak-sudah-tak-relevan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Rakyat Kelantan Mahu Royalti Pastikan Pas Tewas Pru15

Kalau Rakyat Kelantan Mahu Royalti Pastikan Pas Tewas Pru15

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 177 hits
Pilihan raya ke 15 akan berlangsung tidak lama lagi Keunikan pilihan raya kali ini ialah kerana adanya penglibatan berjuta juta pengundi muda dan yang belum berdaftar hampir 5 juta jumlahnya di seluruh negara Di Kota Bharu saja dijangkakan ...
Oil Royalties Bait Won T Bite Pas Tells Zaid

Oil Royalties Bait Won T Bite Pas Tells Zaid

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 174 hits
Kelantan PAS Youth chief Kamal Mohamad says the granting of oil royalties to Kelantan is the right of the people and not tied to the party ruling the state PETALING JAYA The Kelantan PAS Youth wing says payment of oil royalties to the state...
Yoursay Pas Suffers From Memory Loss Too

Yoursay Pas Suffers From Memory Loss Too

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 250 hits
YOURSAY PAS used Umno as a vehicle to power and Umno used PAS similarly Newday PAS ulama leader Mokhtar Senik there s too much power lusting by all of you You have really reaped what you have sown by jumping into bed with Umno in the first ...
Umno Veep Politely Taunts Pas After Hadi Vents About Johor Polls

Umno Veep Politely Taunts Pas After Hadi Vents About Johor Polls

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 245 hits
After PAS lashed out at Umno for refusing to cooperate in the Johor polls Umno vice president Mohamed Khaled Nordin responded by seemingly complimenting while also taking a dig at the Islamist party Noting PAS president Abdul Hadi Awang s b...
Our Revival Not Due To Your Miracle Medicine Umno Tells Pas

Our Revival Not Due To Your Miracle Medicine Umno Tells Pas

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 243 hits
Umno deputy president Mohamad Hasan is disputing the credit PAS is giving itself for Umno s revival This was after PAS president Abdul Hadi Awang yesterday lamented that his party had helped to nurse Umno which he described as a lame duck b...
Bersatu And Pas Backing For Umno Led Federal Govt Is Conditional

Bersatu And Pas Backing For Umno Led Federal Govt Is Conditional

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 251 hits
Bersatu and PAS today sought to impress on the fact that their support for the Umno led federal government is conditional This was amid Umno agitating Bersatu and PAS by triggering an election in Johor with the goal of ousting them from the...
Resolusi Pas Bersatu Adalah Talkin Buat Muafakat Nasional

Resolusi Pas Bersatu Adalah Talkin Buat Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 211 hits
Shakira BuangTimbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed hari ini mengucapkan syukur selepas membaca resolusi yang dikeluarkan Bersatu serta PAS hasil muzakarah kedua dua parti pada semalam dan hari ini Malah kata Nur Jazlan berdasarka...
Tanpa Umno Pas Tak Akan Jadi Sebahagian Dari Kerajaan Tok Mat Bidas Hadi

Tanpa Umno Pas Tak Akan Jadi Sebahagian Dari Kerajaan Tok Mat Bidas Hadi

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 210 hits
SURI LAILATimbalan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengingatkan Pas bahawa tanpa Umno Pas tidak mungkin akan berada di dalam kerajaan seperti hari ini Beliau berkata Umno juga bangkit semula bukan kerana ubat mu...
Pas Tak Berhak Campur Tangan Ini Pendirian Umno

Pas Tak Berhak Campur Tangan Ini Pendirian Umno

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 179 hits
SHAH ALAM Pas tidak berhak campur tangan dalam urusan UMNO termasuk soal mengadakan Pilihan Raya Negeri di mana mana negeri kelak Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata isu UMNO mahu mengadakan PRN atau tidak selepas PR...
Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

Understand Your Target Audience

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aprilian Feat Puspa Indah Cinta Tak Terbagi Chord

Ahli Umno Akan Pilih Siapa Sebagai Presiden

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

What Does Langsat Fruit Taste Like

Apa Itu Auto Brewery Syndrome