Pas Tak Berhak Campur Tangan Ini Pendirian Umno
SHAH ALAM – Pas tidak berhak campur tangan dalam urusan UMNO termasuk soal mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di mana-mana negeri kelak.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, isu UMNO mahu mengadakan PRN atau tidak selepas PRN Johor bergantung kepada keperluan dan situasi semasa politik di negeri berkenaan.
“Sebagai contoh, kita mempunyai asas kukuh tersendiri apabila mahu mengadakan PRN Johor atau negeri lain. Kita tidak tahu atau boleh meramal apa yang akan berlaku di sesebuah negeri pada masa depan.
“Terpulang kepada dialah (Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang) nak kata apa pun tetapi kita perlu ada asas kukuh kalau mahu mengadakan PRN di negeri lain selepas ini. Dia (Abdul Hadi) nak cakap apa, cakap sajalah kerana beliau berhak berbuat demikian,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Mohamed Khaled yang juga bekas Menteri Besar Johor mengulas amaran Pas yang memberikan kata dua kepada segelintir kepimpinan UMNO agar tidak sesekali meluaskan PRN sebagaimana di Melaka dan Johor ke negeri lain.
Abdul Hadi dipetik sebagai berkata, jika UMNO masih berdegil dengan langkah PRN, maka Pas mempunyai strategi tersendiri untuk mengajar rakan Muafakat Nasionalnya (MN) itu.
Terdahulu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kemenangan besar parti itu dalam PRN Johor kelak, bakal memberi isyarat kebangkitan gagasan tersebut untuk kembali mengemudi pentadbiran negara.
Difahamkan, UMNO bercadang mengadakan PRN di Perak tidak lama lagi jika parti itu meraih kemenangan dalam PRN Johor.
Ia sekali gus bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen dan memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Sementara itu, Abdul Hadi berkata, Pas yakin UMNO akan membawa ramuan sama dalam PRN Melaka ke Johor dengan menggunakan undi teras parti.
Bagaimanapun, katanya, UMNO perlu mengambil iktibar keputusan PRN Melaka kerana undi parti berkenaan naik satu peratus sahaja.
Bagaimanapun, Abdul Hadi mengulangi pendirian untuk terus mengukuhkan kerjasama MN dengan UMNO.
Baca Artikel Menarik:
Bekas calon PRK Port Dickson didakwa bunuh suami
Hadi ugut UMNO?
Teong Kim balas TMJ – Apa kaitan gaji saya dengan prestasi Harimau Malaya?
Hutang RM1 trilion: ‘Tahniah Guan Eng, abah kau, atuk’
Mazlan bidas Muhyiddin, cermin diri dulu
JAIS jawab isu lelaki mimpi peristiwa akhir zaman
Jualan Akuarium Mangkuk Dihentikan Sebagai Punca Ikan Jadi Gila, Cepat Mati
Pengguna cemas duit dalam bank ‘lesap’
Biadap! Warga asing tunjuk kemaluan semasa beli barang diburu
Meloyakan! Tikus bermain di atas pemotong ayam restoren [VIDEO]
‘Tangan ghaib’ cerita dongeng – Tunku Ismail
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”
Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]
Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis
The post ‘Pas tak berhak campur tangan, ini pendirian UMNO’ appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/01/29/pas-tak-berhak-campur-tangan-ini-pendirian-umno/