Kalau Rakyat Kelantan Mahu Royalti Pastikan Pas Tewas Pru15


 
Pilihan raya ke 15 akan berlangsung tidak lama lagi. Keunikan pilihan raya kali ini ialah kerana adanya penglibatan berjuta-juta pengundi muda dan yang belum berdaftar, hampir 5 juta jumlahnya di seluruh negara.
Di Kota Bharu saja, dijangkakan ada pertambahan seramai 25,000 pengundi baru dalam pilihan raya akan datang. Ini bererti keputusan pilihanraya kali ini boleh memberi kejutan yang besar jika ramai pengundi baru ini keluar menunaikan tanggugjawab mereka.
Isu utama yang rakyat Kelantan perlu memberi perhatian berat kali ini ialah soal tuntutan royalti minyak terhadap Petronas dan Kerajaan Pusat. Tuntutan sebanyak 5% dari hasil minyak dan gas sejak tahun 1975 melibatkan anggaran lebih RM20,000 juta atau RM20 bilion kepada dana Rakyat Kelantan.
Ini adalah jumlah wang yang besar yang Kerajaan Pusat terhutang kepada rakyat Kelantan. Royalti ini adalah berasas kepada perjanjian antara Pusat dan Negeri Kelantan pada tahun 1975 yang sahih.
Oleh sebab itu kita tidak faham mengapa PAS menarik balik tuntutan ini daripada dibicarakan di Mahkamah hanya kerana Kerajaan Pusat memberi RM400 juta sedangkan hak kita lebih daripada itu.
Hanya dengan memperolehi wang daripada Petronas itu barulah kita dapat membangunkan negeri Kelantan. Kita boleh bekal kepada rakyat air bersih yang cukup. Kita boleh menyediakan kilang kilang untuk memberi pekerjaan kepada anak muda.
Kita boleh menyediakan industri minyak yang besar seperti di negeri Sarawak, di mana hasil yang mereka perolehi lebih RM5,000 juta setahun itu dapat memperbaiki sekolah, menyediakan perumahan yang cukup dan juga membina hospital di daerah-daerah yang sesuai untuk menolong rakyat di pedalaman.
Sarawak boleh membuat tuntutan royalti dengan berjaya kerana mereka bersatu dan bermuafakat dengan kukuh sehinggakan kerajaan Pusat bersetuju dengan tuntutan mereka.
Pemimpin Kelantan sebaliknya hanya berpuas hati bila mereka dapat jadi Menteri dan ada Vellfire atau Alphard. Mereka tidak peduli terhadap kemiskinan rakyat.
Saya telah menghantar cadangan saya bagaimana industri minyak dan gas boleh dibangunkan di Kelantan kepada pimpinan UMNO.
Saya berpuas hati bahawa jika UMNO kembali berkuasa di Pusat, royalti minyak atau cash payments akan dibayar kepada Kelantan.
Kalau Sarawak ada PETROS atau Sarawak Petroleum, maka kita juga akan tubuhkan Kelantan Petroleum. Beribu pekerjaan dapat kita sediakan kepada anak muda Kelantan.
Perumahan yang cukup dapat kita bina. Sampah dapat kita kutip. Bayaran cukai tanah dan pembayaran pejabat tanah dapat kita kurangkan.
Bas perkhidmatan awam dapat kita sediakan dan tempat parking yang mencukupi dapat dibina untuk kemudahan semua supaya tidak perlu lagi MPPKB hantar saman setiap masa
32 tahun adalah satu masa yang lama. Dengan pemerintahan UMNO yang baru rakyat Kelantan bolehlah dapat bekalan air yang cukup. Tak payah lagi cari pam untuk bawa masuk air ke dalam rumah. Tak payah lagi gali telaga. Tak payah juga guna drilling nak cari mata air untuk kegunaan persendirian.
Kedai makan dan restoren boleh berniaga dengan aman kerana ada air yang cukup untuk membasuh periuk dan mencuci pinggan mangkuk.
Sudah sampai masanya pengundi Kelantan mencari jalan untuk keluar daripada keadaan yang terseksa sekarang. Memanglah Pas merupakan musuh politik yang kuat kerana pemimpin mereka ada banyak projek; jadi mereka dapat memberi upah yang baik kepada pekerja serta jentera pilihan raya mereka.
Tetapi saya menyeru kapada pengundi, khususnya orang muda, fikirkanlah nasib rakyat yang lain yang memerlukan kerajaan yang baik untuk menolong mereka.
Di Kelantan kita tahu pilihan rakyat lazimnya ialah sama ada kepada PAS atau UMNO. Tidak ada pihak lain yang akan berjaya. Kali ini PAS dan rakan rakan baru mereka cuba menggambarkan pemimpin UMNO itu rakus dan penuh dengan rasuah. Ada yang dibawa ka Mahkamah.
Saya ingin ingatkan pengundi, yang dibawa ke mahkamah belum lagi selesai proses pengadilannya, jadi tunggulah dulu sebelum menjatuhkan hukuman terhadap mereka.
Lagipun yang tidak didakwa belum tentu lagi benar-benar bersih, cuma mereka tidak didakwa kerana mereka menyokong pemimpin tertentu.
Bagi rakyat apa yang penting, kerajaan yang ada tidak duduk berdiam diri. Kerajaan mesti selalu berusaha untuk menolong meringankan beban rakyat.
ZAID IBRAHIM
Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/kalau-rakyat-kelantan-mahu-royalti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Royalti Rm400 Juta Hidup Rakyat Kelantan Tidak Berubah Pemimpin Pas Mewah

Royalti Rm400 Juta Hidup Rakyat Kelantan Tidak Berubah Pemimpin Pas Mewah

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 213 hits
Rakyat Kelantan tidak mendapat kelebihan biar pun Kerajaan Negeri menerima wang royalti petroleum RM400 juta daripada Kerajaan Persekutuan Bagi Ketua Cabang KEADILAN Kota Bharu Zinda Khalil Sastro Hassan sikap pemimpin Pas yang tidak mahu m...
Pas Respects Kelantan Umno S Decision To Sever Ties

Pas Respects Kelantan Umno S Decision To Sever Ties

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 198 hits
Kelantan PAS has accepted and respects the state Umno s decision to sever ties between the two parties The state s PAS commissioner Ahmad Yakob said even though his side had asked for the decision to be postponed till the 15th General Elect...
Umno Kelantan Mengambil Keputusan Memutuskan Kerjasama Dengan Pas Kelantan Berkuat Kuasa Serta Merta

Umno Kelantan Mengambil Keputusan Memutuskan Kerjasama Dengan Pas Kelantan Berkuat Kuasa Serta Merta

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 164 hits
UMNO Kelantan mengambil keputusan memutuskan kerjasama dengan Pas Kelantan berkuat kuasa serta merta SINARHARIAN COM MYTiada lagi hubungan UMNO dan Pas di KelantanKOTA BHARU UMNO Kelantan mengambil keputusan memutuskan k
Prn Johor Pas Berpendirian Belum Sesuai Ketika Rakyat Susah Tuan Ibrahim

Prn Johor Pas Berpendirian Belum Sesuai Ketika Rakyat Susah Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 209 hits
AGENDA DAILY Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man PAS menyatakan pendirian langkah untuk mengadakan pilihan raya negeri di Johor belum sesuai ketika ini memandangkan rakyat masih bergelut dengan kesusahan hidup Menurut Tim...
Pas Will Remain With Umno Until Ge15 Says Mb Kelantan Ahmad Yakob

Pas Will Remain With Umno Until Ge15 Says Mb Kelantan Ahmad Yakob

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 225 hits
Pas relationship with Kelantan Umno will remain until the 15th General Election said Datuk Ahmad Yakob Pic courtesy from Ahmad Yakob s FBKOTA BARU Pas relationship with Kelantan Umno will remain until the 15th General Election said Datuk Ah...
Royalti Minyak Mesti Jadi Sasaran Baru Politik Kelantan Zaid Ibrahim

Royalti Minyak Mesti Jadi Sasaran Baru Politik Kelantan Zaid Ibrahim

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 194 hits
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz baru baru ini mengumumkan pemberian RM400 juta kapada Kelantan sebagai sebahagian dari wang royalti minyak Katanya Kelantan berhak kepada 5 daripada penjualan hasil minyak di perairan negeri ...
Rakyat Diingatkan Jangan Lupa Pengkhianatan Umno Bn Pas

Rakyat Diingatkan Jangan Lupa Pengkhianatan Umno Bn Pas

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 189 hits
MOHD ALI HASHIMRakyat dinasihatkan supaya tidak lupa pengkhianatan yang dilakukan bersama oleh kerajaan Umno BN dan Pas sehinggakan rakyat berada dalam keadaan penuh kesukaran semasa pemerintahan sekutu tersebut sejak kebelakangan ini Malah...
Enggan Bebankan Rakyatnya Indonesia Pastikan Rakyat Dapat Pemasangan Rfid Secara Percuma

Enggan Bebankan Rakyatnya Indonesia Pastikan Rakyat Dapat Pemasangan Rfid Secara Percuma

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 175 hits
Kepolisian Negara Republik Indonesia memaklumkan bahawa pihaknya akan memastikan rakyat di negara itu mendapat pemasangan tag Radio Frequency Identification secara percuma Memetik laporan Wartakota langkah tersebut dilakukan bagi memastikan...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash