Umno Tidak Sertai Pn Dan Akan Guna Logo Bn Dalam Pru15 Kata Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: UMNO akan  menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15  (PRU15) susulan keputusan tidak menyertai Perikatan Nasional (PN)  sebagai salah satu komponen, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail  Sabri Yaakob.
"UMNO juga membuat  keputusan tidak akan menyertai PN sebagai salah satu komponen parti  berkenaan. Atas dasar itu UMNO akan menggunakan lambang BN yang  ditunjanginya dengan MCA dan MIC pada PRU15," jelasnya, memetik laporan Mingguan Malaysia
Namun,  Ismail Sabri menjelaskan, persetujuan telah dicapai agar tiada  pertembungan antara BN dan PN memandangkan Pas juga menyertai PN bersama  Bersatu
Berhubung soal pembahagian  kerusi pula, Ismail Sabri berkata, Jawatankuasa Pembahagian Kerusi sudah  berunding dengan Pas ketika beliau mempengerusikannya
Bagaimanapun,  selepas Pas membuat keputusan menyertai PN, isu berkenaan katanya tidak  diketahui sama ada rundingan diteruskan dengan PN, Pas atau Bersatu
Ini kerana jawatankuasa tersebut kini dipengerusikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan
Bagaimanapun,  tegas Ismail Sabri, kedudukan Muafakat Nasional (MN) masih kukuh iaitu  kesepakatan penyatuan ummah dari segi pemikiran dan tindakan dan  bukannya membentuk sebuah gabungan parti
Tambahnya  lagi, meskipun ada cadangan MN didaftarkan sebagai gabungan parti,  namun perkara itu dilihat sukar dilaksanakan memandangkan Pas sudah  bersama PN
“Maka adalah mustahil bagi sebuah parti untuk berada dalam dua gabungan parti,” kata beliau lagi
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/11/umno-tidak-sertai-pn-dan-akan-guna-logo.html