Umno Boleh Galas Jawatan Tpm Namun Keputusan Di Tangan Muhyiddin Kata Bersatu




Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Mohd Redzuan Md Yusof berpendapat, tiada masalah untuk mewujudkan semula jawatan timbalan perdana menteri dan memberikan jawatan kabinet kedua tertinggi itu kepada Umno, yang kini sebahagian dari kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Bagaimanapun, Redzuan menegaskan keputusan itu terletak di tangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Jelasnya lagi, jika usaha itu dapat memperkukuhkan kerajaan PN, ia patut dibincangkan dalam peringkat tertinggi bersama Muhyiddin.
“Secara peribadi saya tak nampak masalah (beri jawatan timbalan perdana menteri kepada Umno) kerana kita adalah rakan untuk mentadbir urus (negara) tetapi terpulang kepada perdana menteri sebab beliau yang mewujudkan kabinet dan melantik menteri.
“Saya tidak menidakkan apa yang disebut tetapi kalau itu dilihat dapat memperkasa PN maka kita harus berbincang secara lebih mendalam,” katanya seperti dipetik portal Utusan Online hari ini.
Muhyiddin yang menggalas jawatan perdana menteri pada Mac lalu memutuskan untuk tidak melantik timbalan perdana menteri.
Namun dia telah melantik empat menteri kanan. Antaranya Mohamed Azmin Ali dan Mohd Radzi Jidin (dari Bersatu), Ismail Sabri Yaakob (Umno) dan Fadilah Yusoff dari Gabungan Parti Sarawak.
Isu terbabit telah diperdebatkan selepas Ismail menerusi wawancara bersama Mingguan Malaysia berkata, isu gesaan Umno untuk meminta jawatan timbalan perdana menteri akan dibangkitkan setelah perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat selesai.
Tambah Ismail, selain dirinya, Umno tidak diberikan jawatan kabinet tertinggi meskipun memegang majoriti terbesar dalam kerajaan PN.
Semalam, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi malah meminta ahli partinya supaya tidak mendesak Muhyiddin untuk mewujudkan jawatan timbalan menteri dan memberikannya kepada Umno.
Bagaimanapun, Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan mempertahankan pemimpin partinya berhak mendapat jawatan timbalan perdana menteri.
Zahid tidak mungkin dilantik sebagai timbalan perdana menteri sekiranya jawatan itu diadakan semula kerana berdepan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.
Meskipun Umno dilihat mempunyai bilangan kerusi yang banyak dalam PN, namun Redzuan berkata, peranan dan fungsi Bersatu tidak boleh diketepikan.
“Hari ini banyak kritikan (terhadap parti) yang kita dengar tapi kita tak mengendahkannya dan kita jalan terus sebab objektif kita sudah jelas iaitu untuk membantu rakyat terutama yang terkesan dengan pandemik Covid-19,” katanya.
Ditanya berhubung keputusan perhimpunan agung tahunan parti itu semalam untuk meminda Perlembagaan bagi memberikan ruang keahlian kepada bukan bumiputera, Redzuan berkata, usaha partinya mencerminkan sifat keterbukaan.
“Malah, keputusan memansuhkan jawatan pengerusi juga tepat kerana sudah lama kita berpendapat tidak wajar satu kapal ada dua nakhoda,” katanya.
Susulan kejadian Langkah Sheraton Februari lalu, parti tersebut berpecah kepada dua kem iaitu penyokong kepada presidennya Muhyddin dan bekas Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/11/umno-boleh-galas-jawatan-tpm-namun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Umno Boleh Jatuhkan Peja Kerana Rasa Tidak Puas Hati Kenapa Perasaan Sama Terhadap Muhyiddin Masih Mahu Dipendam

Jika Umno Boleh Jatuhkan Peja Kerana Rasa Tidak Puas Hati Kenapa Perasaan Sama Terhadap Muhyiddin Masih Mahu Dipendam

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 336 hits
Asas utama mengapa UMNO bertindak menjatuhkan Ahmad Faizal Azumu atau Peja ialah kerana tidak puas hari dengan beberapa tindakan bekas Menteri Besar Perak itu Rasa tidak puas hati itu pada asasnya didorong oleh dua sebab yang utama perlanti...
Isu Jawatan Tpm Semua Pihak Dalam Umno Tidak Perlu Desak Pm Zahid Hamidi

Isu Jawatan Tpm Semua Pihak Dalam Umno Tidak Perlu Desak Pm Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 436 hits
BAGAN DATUK 29 Nov Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mewujudkan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan memberikan kuota berkenaa...
Umno Boleh Ubah Pendirian Untuk Kerusi Pru15 Demi Situasi Menang Menang Kata Bung

Umno Boleh Ubah Pendirian Untuk Kerusi Pru15 Demi Situasi Menang Menang Kata Bung

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 357 hits
KOTA KINABALU Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Moktar Radin buat masa ini memilih untuk tidak terbabit dalam perbalahan atas isu pembahagian kerusi dengan rakan politik di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang Ketua Barisan Nasiona...
Asyraf Mengharapkan Muhyiddin Bersatu Pulang Ke Gagang Umno

Asyraf Mengharapkan Muhyiddin Bersatu Pulang Ke Gagang Umno

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 326 hits
Sudah sampai waktunya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan parti pimpinannya Bersatu pulang ke gagang Umno kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki Demi mengelakkan penyatuan ummah menjadi retorik sebagaimana saranan Muhyiddin penulis ber...
Lebih Molek Jika Muhyiddin Dan Bersatu Kembali Ke Pangkuan Umno Asyraf Wajdi

Lebih Molek Jika Muhyiddin Dan Bersatu Kembali Ke Pangkuan Umno Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 345 hits
CYBERJAYA Demi mengelakkan penyatuan ummah menjadi retorik Ketua Pemuda UMNO Datuk Asraf Wajdi Dusuki menyarankan agar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti pimpinannya Parti Pribumi Bersatu Malaysia kembali ke pangkuan UMNO As...
Shahril Pertahan Umno Berhak Dapat Jawatan Tpm

Shahril Pertahan Umno Berhak Dapat Jawatan Tpm

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 522 hits
Penegasan ketua penerangan Umno itu dibuat meskipun Presidennya Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan pemimpin parti supaya jangan mendesak PM Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan mempertahankan pemimpin partinya berhak mendapat jawatan ti...
Muhyiddin Berterus Terang Hubungan Bersatu Umno Bagi Padamkan Persepsi Orang Ramai

Muhyiddin Berterus Terang Hubungan Bersatu Umno Bagi Padamkan Persepsi Orang Ramai

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 316 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan platform politik hari ini untuk mendedahkan hubungan partinya Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan UMNO Kata Presiden Bersatu itu beliau akan berterus terang mengenai hubungan itu bagi mema...
Ideologi Bersatu Umno Tiada Beza Muhyiddin Disaran Kembali Kepada Umno

Ideologi Bersatu Umno Tiada Beza Muhyiddin Disaran Kembali Kepada Umno

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 424 hits
Umno mengajak Tan Sri Muhyiddin dan seluruh saf kepimpinan Bersatu untuk kembali kepada pangkuan Umno bagi mengelakkan perpaduan Melayu dan penyatuan ummah menjadi retorik Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata hakikat dasar...
Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Rahsia Bentuk Dan Warna Kulit Telur Panduan Bijak Pilih Telur Segar

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up

Tips Beli Powerbank Kapasiti Jenama Ciri Keselamatan Yang Perlu Tahu

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades

Pau Sambal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lapar Awal Pagi Ini

Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan

Penghargaan Kepada Pejuang Kental Tetap Berdaya Walau Dalam Keadaan Sukar

Pengantar Kepada Ketahanan Mental Dan Emosi

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb

Dream Beyond Borders Maldivian Music Takes Centre Stage In Malaysia This November