Umno Boleh Ubah Pendirian Untuk Kerusi Pru15 Demi Situasi Menang Menang Kata Bung




KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Bung Moktar Radin buat masa ini memilih untuk tidak terbabit dalam perbalahan atas isu pembahagian kerusi dengan rakan politik di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Barisan Nasional Sabah itu sebelum ini berkata, Umno akan mempertahankan semua 14 kerusi tradisi Parlimennya jika pilihan raya diadakan secara mengejut, termasuk kerusi yang kini dipegang sekutunya.
Bagaimanapun, ahli Parlimen Kinabatangan itu kini memilih kaedah diplomatik, dengan berkata BN akan berbincang dengan parti lain dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk mencapai “situasi menang-menang” berhubung pembahagian kerusi.
“Kami hanya sebahagian daripada gabungan BN yang lebih besar di seluruh negara dan kami serahkan kepada pucuk pimpinan untuk memutuskan perkara ini (pembahagian kerusi),” katanya kepada FMT.Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung BN, Annuar Musa baru-baru ini yang Umno perlu memikirkan peluangnya untuk menang, sebelum meminta PAS dan PPBM memberikan lebih banyak kerusi kepadanya pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Annuar berkata, Umno berhak bertanding lebih banyak kerusi pada PRU15, jika mengambil kira jumlah kerusi yang dimilikinya ketika ini berbanding rakan sekutunya PAS dan PPBM, tetapi memetik Pilihan Raya Negeri di Sabah sebagai renungan.
Abdul Aziz Julkarnain“Saya fikir semua faham Umno akan bertanding kerusi paling banyak, tetapi Umno kena tanya, jangan fikir soal nak banyak kerusi saja, boleh ke kita menang banyak?
“Di Sabah, kita nak banyak, orang bagi banyak, tapi akhirnya menang tak banyak. Apa yang penting, jumlah kerusi yang kita menang banyak,” katanya pada malam Selasa lalu.

Sementara itu, Ketua Pemuda BN Sabah, Abdul Aziz Julkarnain, bertegas asas rundingan untuk Umno dengan parti lain GRS ialah parti itu mengekalkan 14 kerusi sama – daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah – yang ditandinginya sejak 2004.
Kerusi Parlimen itu ialah Kudat, Kota Belud, Sepanggar, Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang, Tenom, Beluran, Kinabatangan, Silam, Libaran, Semporna dan Kalabakan.
Umno Sabah kehilangan kerusi Parlimen Kota Belud, Sepanggar, Papar, Tenom, Silam, Semporna dan Kalabakan kepada parti lawan pada PRU14. Bagaimanapun, 5 daripada kerusi yang dimenanginya kini di tangan PPBM Sabah, selepas calon yang menang melompat parti pada April 2019.
Lima ahli Parlimen itu ialah Abdul Rahim Bakri (Kudat), Azizah Mohd Dun (Beaufort), Hafez Yamani Musa (Sipitang), Ronald Kiandee (Beluran) dan Zakaria Mohd Edris (Libaran).
Umno Sabah kini hanya mempunyai 2 ahli Parlimen – Bung dan Mohamad Alamin (Kimanis).
“Sudah tentu, kita perlu mempertahankan 14 kerusi itu kerana kita sudah lama berkhidmat kepada rakyat, jadi kita mahukan kerusi ini kembali,” kata Aziz kepada FMT sambil menambah kebanyakannya ialah kubu kuat Umno, termasuk 5 kerusi yang dipegang PPBM itu.
“Ingatlah, mereka (5 ahli Parlimen melompat ke PPBM) bertanding dan menang di bawah bendera BN pada PRU14, jadi sudah tentu kita masih mahukan kerusi itu kembali.
“Jika PPBM Sabah mahu mengambil kerusi tradisi kami, ia mesti diganti kerusi lain supaya kami masih mempunyai 14 kerusi.”
Beliau berkata, BN Sabah juga perlu memperjuangkan kerusi bagi parti komponennya, PBRS dan MCA untuk baki 11 kerusi.
Katanya, PRU tidak seperti PRN di Sabah pada 26 Sept lalu, yang mempunyai tambahan 13 kerusi baru.
“Kami mempunyai sedikit kelonggaran untuk rundingan dalam PRN Sabah kerana boleh mengambil daripada kerusi tambahan itu jika kerusi DUN yang kami tandingi terdahulu diambil parti lain, tetapi untuk kerusi Parlimen, jelas tiada perubahan.”
Bagaimanapun, beliau tidak setuju dengan tindakan Annuar menggunakan PRN Sabah sebagai asas untuk pembahagian kerusi.
“Beliau tidak boleh menggunakan perbandingan itu untuk Sabah kerana kami bukan kerajaan (negeri) ketika itu dan selain itu, tempat berbeza mempunyai kekuatan berlainan.”
Katanya, Umno Sabah menurunkan kira-kira 90% muka baru di 32 kerusi yang ditandinginya pada PRN Sabah dan masih berjaya memenangi 14 kerusi, yang disifatkannya pencapaian besar.
“Jika rakyat mahu kata ‘Umno bertanding banyak kerusi, tetapi kalah banyak juga’, kami meletakkan muka baru pada PRN Sabah, tetapi masih memenangi banyak kerusi berbanding parti lain.
“Dan (kerusi) yang kami kalah juga dengan saingan baik dan sengit, di mana calon kami tewas dengan margin kecil. Mereka juga bukan penyandang.”




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/11/umno-boleh-ubah-pendirian-untuk-kerusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Boleh Galas Jawatan Tpm Namun Keputusan Di Tangan Muhyiddin Kata Bersatu

Umno Boleh Galas Jawatan Tpm Namun Keputusan Di Tangan Muhyiddin Kata Bersatu

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 328 hits
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mohd Redzuan Md Yusof berpendapat tiada masalah untuk mewujudkan semula jawatan timbalan perdana menteri dan memberikan jawatan kabinet kedua tertinggi itu kepada Umno yang kini sebahagian dari kerajaa...
Fikir Peluang Menang Sebelum Minta Lebih Banyak Kerusi Annuar Beritahu Umno

Fikir Peluang Menang Sebelum Minta Lebih Banyak Kerusi Annuar Beritahu Umno

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 307 hits
PETALING JAYA Setiausaha Agung Barisan Nasional Annuar Musa berkata Umno perlu memikirkan peluangnya untuk menang di sesebuah kerusi sebelum meminta PAS dan PPBM memberikan lebih banyak kerusi kepadanya pada Pilihan Raya Umum ke 15 Beliau b...
Untuk Menang Pru15 Umno Dan Pas Perlu Sertakan Bersatu Timb Mursyidul Am Pas

Untuk Menang Pru15 Umno Dan Pas Perlu Sertakan Bersatu Timb Mursyidul Am Pas

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 268 hits
Gabungan parti Melayu tidak seharusnya hanya UMNO dan Pas sebaliknya ia perlu melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia kata Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Ahmad Yakob Menteri Besar Kelantan itu berkata penggabungan parti Melayu itu lebih ...
Umno Tidak Sertai Pn Dan Akan Guna Logo Bn Dalam Pru15 Kata Ismail Sabri

Umno Tidak Sertai Pn Dan Akan Guna Logo Bn Dalam Pru15 Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 281 hits
KUALA LUMPUR UMNO akan menggunakan lambang Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 15 susulan keputusan tidak menyertai Perikatan Nasional sebagai salah satu komponen kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob UMNO juga memb...
Tiada Parti Boleh Menang Pru15 Bersendirian

Tiada Parti Boleh Menang Pru15 Bersendirian

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 299 hits
Umno PAS dan BERSATU mesti elak Melayu Muslim berpecah sebaliknya paut mereka yang dalam Pakatan Harapan jauh dari DAPNovember 30 2020UNTUK makluman Setakat ini dari sudut pilihan raya tiada siapa yang kuat jika bersendiri sama ada Umno PAS...
Walau Pun Azmin Pengkhianat Kata Katanya Hampir 100 Boleh Dipercayai

Walau Pun Azmin Pengkhianat Kata Katanya Hampir 100 Boleh Dipercayai

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 320 hits
Semua kita mengakui Azmin Ali adalah pengkhianat sebenar yang bukan saja berperanan menjatuhkan kerajaan PH malah paling ke depan menghalang Tun Mahathir Mohamad menunaikan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim Lantaran itu hakikat bah...
Bersedialah Umno Untuk Terima Hukuman Kali Kedua Pada Pru15

Bersedialah Umno Untuk Terima Hukuman Kali Kedua Pada Pru15

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 560 hits
Saya lihat kebelakangan ini kita mula serang sesama kita di sosial media dan di lapangan Bagi saya ini satu perkara yang tidak baik buat parti UMNO jika berterusan berpanjangan Selaku pemimpin muda dalam UMNO saya mengambil pendekatan untuk...
Saya Tolak Kerjasama Semula Dengan Muhyiddin Kerana Ada Penjenayah Umno Kata Dr Mahathir

Saya Tolak Kerjasama Semula Dengan Muhyiddin Kerana Ada Penjenayah Umno Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 329 hits
Saya tolak kerjasama semula dengan Muhyiddin kerana ada penjenayah Umno kata Dr Mahathir Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterb
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Resepi Laksa Lemak Kedah Bahan Bahan 1 Tin Sardin Buang Sos Dan Cuci

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Merentas Desa Tempat Ke 12

Cara Periksa Homestay Scammer

Leadership In Building A Startup

Menu Berbuka Puasa

Makan Berlebihan Itu Zalim Zalim Pada Diri Sendiri Tv Ppim 05 03 2025

Lirik Lagu Raudah Hafiz Hamidun