Umno Tak Percaya Pas Pas Tak Percaya Umno



MSO
KENYATAAN akhbar lima perenggan dikeluarkan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan hari ini yang meminta Umno membuat penjelasan berhubung desas desus ada peralihan beberapa orang ahli parlimen Umno menyokong Anwar Ibrahim secara tidak langsung mendedahkan ada sesuatu yang tidak kena berlaku di antara Pas dengan Umno. Kenyataan akhbar itu membuka daun pintu rumah Pas dan Umno bagi membolehkan orang luar melihat apa yang ada di dalamnya.
Kenyataan itu sebenarnya kurang bijak dan tidak pantas, dan inilah kegagalan Takiyuddin Hassan sebagai seorang Setiausaha Agung yang profesional. Jawatan itu merupakan organ penting dalam sesebuah parti yang bertanggungjawab menjaga kestabilan parti dalam mata publik.
Sebagai seorang SUA beliau seharusnya bijak membaca angin dan alur politik bagi mengelakan sesuatu yang cacat terdedah kepada umum. Takiyuddin seharusnya bersikap diam dan tidak mudah latah membuka daun jendela rumah dengan gesaan kepada Umno itu.
Untuk apa beliau membuat kenyataan akhbar kemudian disebarkan kepada umum? Dari satu sisi ia seperti mahu menghantar mesej rasa tidak puas hati dan keraguan Pas kepada Umno terhadap setiakawan dalam Muafakat Nasional (MN). Sisi kedua ia semacam sengaja dilakukan untuk memanaskan hati Umno kemudian marah kepada Pas. Mungkin Takiyuddin ada motif tersendiri dengan ulahnya itu.
Apapun kedua-dua tujuan itu semacam saling kait mengait untuk menggapai tujuan tersirat yang dikehendaki Takiyuddin.
Riak risik.
Sebelum ini sudah terdengar riak risik mengenai hubungan Pas dengan Umno tidak begitu “lendik” dan seintim sebelum wujudnya kerajaan PN. Sebelum ini Pas dilihat bergotel bulat dan berpalut “le’et” bergedik dengan Umno. Keintiman Pas dengan Umno dalam MN juga disenangi dan diperhatian penuh minat banyak pihak khususnya Melayu dan Islam. Mereka berharap muafakat itu membawa hasil sampai kepada kewujudan kerajaan MN secara total.
Tetapi setelah ada kerajaan PN, dengan Bersatu pemain peranan utama, menjadikan hubungan dan keintiman itu retak. Bersatu boleh disifatkan sebagai “mancukari” atau orang ketiga berada di antara Pas dengan Umno. Sejak kehadiran Bersatu tanpa dirancang itu Pas sudah pandang lain macam kepada Umno.
Jawatan menteri kabinet dan pengagihan pengerusi GLC, pemberian wang atas nama bantuan prihatian kepada setiap wakil rakyat dikhabarnya mencecah jutaan ringgit menyebabkan Pas berubah perangai dan sikap. Pas mula melihat Bersatu atau PN lebih baik buat mereka berbanding dengan MN yang tidak dapat memberi apa-apa sumbangan. Soal material mula menjadi perhitungan Pas.
Kesedaran Pas kepada kepentingan berada dalam kerajaan ini terlewat. Kalau Pas awal-awal lagi menyedari hakikat ini Pas mendapat laba lebih daripada apa diperolehi sekarang kalau ia bersama kerajaan PH sebelum ini. Inilah Pas.
Walhal kalau Pas mengenal dirinya, mereka akan mendapat laba dan kedudukan lebih bermaruah daripada itu. Kalau Pas kenal diri dan ketahui aset yang ada kepadanya parti itu akan menjadi parti nombor wahid di negara ini. Sekiranya ia berada dalam PH sudah tentu ia menjadi harapan Melayu dan Islam sekaligus menunjangi kerajaan berkenaan.
Perubahan sikap Pas ini mula disedari Umno apabila Pas bersetuju dengan cadangan Muhyiddin untuk membentuk Perikatan Nasional (PN) secara sah. Pas diam-diam telah menyetujui idea itu walaupun rakan mereka (Umno) menentang. Umno mahu Pas kekal hanya bersamanya dalam MN bukan berpaut kepada PN dan Bersatu. Tetapi Pas tidak mempedulikan itu, diam-diam bermuafakat pula dengan Besatu dalam PN, kerana itu Pas dituduh bermain dalam dua kolam.
Padahal Presiden Umno Zahid Hamidi sudah menegaskan kerjasama antara MN dengan PN hanya diperingkat Parlimen bukan dalam kerajaan. Ertinya Umno menyokong Muhyiddin untuk menjatuhkan Mahathir semata-mata bukan kekal hingga ke pilihan raya, apa lagi berpakat pula dalam PN.
Zahid atau Umno membaca apa yang akan berlaku seterusnya, yang Umno akan jadi mangsa kepada Bersatu. Apabila bekas presiden Umno Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 72 tahun dan denda RM210 juta menyebabkan Umno dan Zahid makin tawar dan meragui Muhyiddin. Baginya kerajaan PN disokongnya tidak membawa keuntungan. Muhyiddin yang disokong tidak dapat mengubah keadaan Najib di mahkamah.
Tanpa mengaris kasarkan sokongan Umno kepada Muhyiddin menubuhkan PN hendaklah bersifat beri dan membalas. Budi yang diharapkan Zahid kepada Muhyiddin ialah menyelesaikan kes-kes tuduhan terhadap Najib dan dirinya di mahkamah. Tetapi nampak itu tidak berlaku menyebabkan keyakinan Zahid kepada Muhyuddin tergalar, dan menganggap pertolongan berguna itu disia-siakan.
Bagaimana pun prinsip dan pendirian Umno itu tidak dipedulikan Pas, sebaliknya Pas membuat pendirian sendiri yang sehingga melupa janji-janji asal bersama Umno. Sikap Pas inilah bagi Umno yang parti itu tidak boleh dipercayai, dan boleh dianggap sebagai kawan makan kawan.
Paling ironis saat Umno tolak perwujudan PN, Pas diam-diam menghantar wakilnya untuk menjadi ahli jawatan kuasa PN untuk didaftarkan. Ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali dan ahli Parlimen Kubang Kerian Tuan Ibrahim Tuan Man difahamkan dinamakan sebagai mewakili Pas menjadi AJK penaja PN. Tentulah Takiyuddin sebagai Setiausaha Agung sebagai Ketua Sekretariat bersama.
Bagi Umno ada alasan kemas kenapa mereka tidak mahukan kepada Bersatu. Istilah Bersatu sebagai Ular Lidi yang hendak menelan Umno sebagai Ular Sawa menggambarkan kebimbangan dan ketakutan Umno kepada Bersatu. Justeru Umno perlu lebih berhati-hati dan cekap bermain game politik. Menurut Tengku Razaleigh tidak ada standrad untuk Umno berkerjasama dengan Bersatu.
Dalam Umno wujud tiga kumpulan yang berpandangan berbeza dan mempunyai matlamat politik juga berbeza. Satu yang mahu bersama Bersatu menerusi PN, satu kumpulan yang mahu bersama Pas menerusi MN. Dan satu lagi berada di jalan tengah, asalkan mereka untung, mereka terima baik PN atau pun MN. Keadaan dan perbezaan pandangan ini menyebabkan Umno kini berpecah kepada tiga kabilah.
Dengan senario yang sudah berlaku itu maka tidak hairan kalau Takiyuddin mengeluarkan kenyataan mendesak Umno itu yang dianggap tidak sporting. Dapat dirasakan dipihak Takiyuddin beliau mahu Pas bersama Bersatu dan Muhyiddin berbanding dengan bersama MN dan Zahid Hamidi. Dari sisi lain pula menjelaskan yang Pas sebagai hipokrit.
Ekoran kenyataan Takiyuddin itu kini timbul perdebatan sesama sendiri. Pemimpin Umno mula mempersoalkan niat dan tujuan Taikyuddin. Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki turut menempelak Takiyuddin yang meminta Umno membuat penjelasan dengan mengatakan Umno juga ada soalan untuk ditanya kepada Pas. Ertinya pesefahaman Pas dengan Umno makin menirus.
Soalan yang hendak dikemukan Asyraf itu tentullah berhubung kerjasama intim Pas dengan Bersatu. Konotasi daripada pernyataan Asyraf itu seperti memberi gambaran yang Umno juga tidak mempercayai Pas.
Sebenar pertelingkahan antara Pas dengan Umno ini sudah diramal awal-awal. Parti itu tidak akan dapat bersama kerana keduanya dilandasi amarah manusia politik yang membuak-buak, bukan berlandaskan perjuangan dan idealisme. Idealisme dan perjuangan hanya tipuan semata.
Betapa mereka bermuafakat akhirnya akan berpecah juga. Sejarah 1974 sewaktu pembentukan Barisan Nasional (BN) menjadi cermin ingatan yang jelas. Pas seketika sahaja bersama Umno dan selepas menang ia ditendang keluar.
Apa yang berlaku itu menjadi phobia kepada Pas dan munasabah kalau Pas masih terbayang dengan apa yang berlaku itu dan dengan membuat persiapan awal untuk meninggalkan Umno. Dalam perkiraan Pas mereka lebih percaya kepada Bersatu daripada Umno. Kesimpulan desakan Takiyuddin itu adalah sebagai satu tektik untuk Umno marahkan Pas kemudian akan berpisah dan bernikah dengan Bersatu.
Bolehlah dirumuskan sini kemusnahan rumah tangga Pas dengan Umno (MN) kerana hadirnya orang ketiga yang menjadi mancukari, yakni Bersatu. Pas merasakan Bersatu lebih ganteng dan bertenaga sehingga meremehkan Umno sebagai inpoten. Akhirnya kerana persepsi dan gejolak nafsu itu menyebabkan keduanya kini bergomol atas ranjang untuk mencari kepuasan. Huhu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29876

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Also Needs To Explain Why It Joined Perikatan Nasional Says Umno

Pas Also Needs To Explain Why It Joined Perikatan Nasional Says Umno

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 343 hits
PAS leaders can get the explanations they want from Umno during a Muafakat Nasional meeting next week said Umno Youth chief Asyraf Wajdi Dusuki today At the same time he said PAS can also explain why it joined Perikatan Nasional as a compon...
Umno Pas Makin Gila

Umno Pas Makin Gila

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 335 hits
Via WhatsApp Sebelum kerajaan pimpinan Pakatan Harapan digulingkan pelbagai isu kerap dimainkan oleh UMNO PAS dan dilindungi oleh Pengkhianat dlm kerajaan PN termasuk isu kematian Adib isu Dong Zhong isu Tommy Thomas isu pengaiban Melayu Is...
Sokongan Perdana Menteri Pas Mohon Penjelasan Umno

Sokongan Perdana Menteri Pas Mohon Penjelasan Umno

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 286 hits
PAS terpanggil untuk mendapatkan penjelasan daripada Umno berhubung dakwaan berlakunya perubahan sokongan Ahli Ahli Parlimen Umno terhadap YAB Perdana Menteri PAS merasakan jika benar keadaan ini ianya bermakna Umno telah tidak mematuhi per...
Bn Sec Gen Annuar Expects Sabah To Give One Nominated Rep Spot To Pas Two To Umno

Bn Sec Gen Annuar Expects Sabah To Give One Nominated Rep Spot To Pas Two To Umno

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 288 hits
Barisan Nasional secretary general Tan Sri Annuar Musa has said he expected political ally PAS to receive one of six openings for nominated assemblymen in Sabah further suggesting that his own party Umno could get two Annuar who is also an ...
Explain Your Wavering Support For Muhyiddin As Pm Pas Tells Umno

Explain Your Wavering Support For Muhyiddin As Pm Pas Tells Umno

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 313 hits
The Islamist party s secretary general Datuk Takiyuddin Hassan today said if the claims are true Umno has not complied with the Muafakat Nasional Charter signed on September 14 2019 whose goal is to unite the Muslims and defeat Pakatan Hara...
Takiyuddin Pas Mahukan Penjelasan Umno Langgar Piagam Mn Jika Sokong Anwar Pm

Takiyuddin Pas Mahukan Penjelasan Umno Langgar Piagam Mn Jika Sokong Anwar Pm

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 318 hits
KUALA LUMPUR PAS mahu UMNO menjelaskan berhubung dakwaan berlakunya perubahan sokongan ahli Parlimen parti itu daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam satu kenyataan Setiausaha Ag...
Umno Terengganu Buat Nasi Kunyit Jika Lawan Pas Semua Kawasan

Umno Terengganu Buat Nasi Kunyit Jika Lawan Pas Semua Kawasan

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 365 hits
UMNO Terengganu akan buat nasi kunyit jika dapat bertembung dengan PAS di semua kerusi parlimen dan DUN di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang Menurut sumber portal Terengganu Report kata seorang Ketua UMNO Bahagian di neger...
Umno Atau Bersatu Pas Sokong Dua Dua

Umno Atau Bersatu Pas Sokong Dua Dua

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 426 hits
mhdaily netKetika hubungan antara Umno dan Bersatu dilihat semakin tegang PAS pula mengambil sikap berkecuali Dalam sidang media di Terengganu hari ini Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyatakan sokongan kepada Muafakat Nasional dan Perikatan...
Umno Pun Ada Yang Nak Tanya Pas Jawab Asyraf Wajdi Kepada Takiyuddin

Umno Pun Ada Yang Nak Tanya Pas Jawab Asyraf Wajdi Kepada Takiyuddin

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 316 hits
PAS boleh mendapatkan penjelasan daripada Umno berhubung sokongan majoriti pemimpin parti itu untuk membentuk kerajaan baru bersama Presiden PKR Anwar Ibrahim minggu depan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana perikatan i...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi