Umno Pun Ada Yang Nak Tanya Pas Jawab Asyraf Wajdi Kepada Takiyuddin

PAS boleh mendapatkan penjelasan daripada Umno berhubung sokongan  majoriti pemimpin parti itu untuk membentuk kerajaan baru bersama  Presiden PKR Anwar Ibrahim, minggu depan.
Ketua Pemuda Umno Asyraf  Wajdi Dusuki, berkata ini kerana perikatan itu akan mengadakan  mesyuarat Induk Muafakat Nasional secara tertutup, minggu depan.
"Fokus  PRN Sabah dahulu, minggu hadapan dalam Mesyuarat Induk Muafakat  Nasional secara tertutup, pimpinan boleh dapatkan penjelasan atas  semangat musyawarah,” katanya.
Asyraf juga berkata Umno juga memerlukan penjelasan PAS antaranya susulan tindakan politik parti itu.
"Sama-sama  perlukan penjelasan termasuk kemasukan PAS sebagai komponen parti dalam  Parti Perikatan Nasional," tulis Asyraf di Twitter, sebentar tadi.
 Asyraf  mengulas tuntutan PAS supaya Umno memberi “penjelasan sejelas-jelasnya”  berhubung sokongan ramai pemimpin parti itu untuk membentuk kerajaan  baru bersama Anwar.
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan  berkata jika benar berlaku, bermakna Umno melanggar piagam Muafakat  Nasional yang dipersetujui kedua-dua parti tahun lalu.

Takiyuddin Hassan Kelmarin Anwar mengumumkan dia memiliki majoriti kukuh bagi membentuk kerajaan baru.
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi pula selepas itu berkata dia difahamkan ramai ahli parlimen parti itu dan BN menyokong Anwar. 
Dia malah berkata menghormati pendirian itu dan tidak dapat menghalangnya.
Bagaimanapun seorang demi seorang ahli parlimen Umno sudah menafikan mereka menyertai kumpulan Anwar setakat ini.
Anwar  belum mendedahkan jumlah sokongan diperolehnya kerana ia perlu  dipersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong terlebih dahulu.
MR :  Patutnya perkara ini bincang secara tertutup. Nak gaduh gaduh dlm bilik tu  
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/09/umno-pun-ada-yang-nak-tanya-pas-jawab.html