Umno Tahu Mana Intan Mana Kaca Hanya Terima Ahli Dan Pimpinan Bersatu Yang Jujur Kata Zahid


FMT Reporters
-October 6, 2021 10:30 PM
Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno tidak pernah lupa bagaimana sebahagian mereka meninggalkan perjuangan parti untuk bersama Bersatu.
PETALING JAYA: Umno hanya akan menerima ahli dan pemimpin Bersatu yang benar-benar ikhlas dan jujur kembali ke pangkuan parti, kata Presidennya Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata setiap permohonan akan diteliti dahulu dan setiap sudut diperhalusi termasuk kemungkinan ia suatu `liabiliti atau aset’ kepada Umno.

“Ahli Umno usah bimbang. Presiden Umno sama seperti anda tidak pernah melupakan bagaimana sebahagian mereka meninggalkan perjuangan Umno untuk bersama Bersatu,” katanya di Facebooknya.

Dalam pada itu, Zahid berkata terdapat beberapa faktor pemimpin dan ahli Bersatu meninggalkan Umno sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata ini kerana kenaifan apabila turut terpedaya dengan dakyah dan tohmahan Bersatu ke atas Umno serta pimpinannya.

“Kedua membabitkan jiwa kecil ekoran takut berdepan serangan maha zalim kerajaan baharu sejurus Umno tewas dalam PRU14.

“Ketiga mementingkan diri demi mengekalkan keselesaan dan kesenangan hidup seperti yang kita sedang saksikan ketika ini,” katanya.

Zahid berkata, Umno pastinya sangat berhati-hati dalam menerima sebarang permohonan pimpinan Bersatu walau parti berlapang dada dalam perkara ini.

“Insya-Allah Umno tahu yang mana intan dan yang mana kaca, yang mana jujur dan yang mana beragenda songsang mahu kembali ke pangkuan parti.

“Justeru Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin yang kelihatan sangat kurang senang dengan perkembangan itu jangan terlalu khuatir dan risau.

“Sebilangan ahli dan pimpinan Bersatu merisik peluang kembali kepada Umno bukan propaganda politik, tetapi Umno akan terima yang jujur sahaja,” katanya.

Terdahulu, Zahid berkata Umno tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Dengan ketetapan dibuat Zahid itu, PRN Melaka akan menjadi pilihan raya pertama menyaksikan Umno bertanding menentang Bersatu sejak “Langkah Sheraton” yang menyaksikan kedua-dua parti itu bergabung untuk menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) tahun lalu.

Umno dan Bersatu adalah sebahagian daripada kerajaan persekutuan yang kini dipimpin Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob daripada Umno.

Namun, kedua-dua parti tegang dalam banyak hal, dengan peristiwa besar termasuklah peranan Umno dalam memaksa Muhyiddin Yassin, yang merupakan Presiden Bersatu, berundur sebagai Perdana Menteri pada Ogos.

Perhimpunan Agung Umno awal tahun ini juga memutuskan bahawa parti itu akan memutuskan hubungan politik dengan Bersatu pada pilihan raya akan datang.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/umno-tahu-mana-intan-mana-kaca-hanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muktamad Umno Tak Kerjasama Bersatu Pn Pada Pru15 Kata Zahid

Muktamad Umno Tak Kerjasama Bersatu Pn Pada Pru15 Kata Zahid

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 497 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengulangi keputusan Perhimpunan Agung Umno 2020 dan Majlis Kerja Tertinggi tidak bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum ke 15 Katanya keputusan itu adalah muktamad Umno juga mengambil pendirian m...
Dengan Bersatu Zahid Kata No Way Di Melaka Umno Minta Ehsan Dap

Dengan Bersatu Zahid Kata No Way Di Melaka Umno Minta Ehsan Dap

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 303 hits
satuberita myBy October 7 2021 KETIKA ditanya oleh portal Malaysiakini adakah UMNO akan bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Negeri Melaka jika diadakan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui pesanan teks menjawab Sa...
Tiada Umno Baru Atau Umno Lama Kata Zahid

Tiada Umno Baru Atau Umno Lama Kata Zahid

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 724 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengulas laporan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li yang bermesyuarat bersama sekumpulan veteran Umno bagi membincangkan usaha mewujudkan Umno lama semalam Kam...
Zahid Dakwa Ramai Pemimpin Bersatu Mahu Kembali Ke Pangkuan Umno

Zahid Dakwa Ramai Pemimpin Bersatu Mahu Kembali Ke Pangkuan Umno

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 248 hits
Ramai pemimpin dan ahli BERSATU menyatakan hasrat untuk kembali menyertai semula UMNO dakwa Datuk Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO itu bagaimanapun mengakui partinya bersedia memperhalusi setiap permohonan tersebut termasuk bekas ahli yang ...
Bukan Rintangan Besar Umno Sabah Juga Sedia Lawan Bersatu Pada Pru15 Kata Bung

Bukan Rintangan Besar Umno Sabah Juga Sedia Lawan Bersatu Pada Pru15 Kata Bung

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 392 hits
Umno akan mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU lalu seterusnya akan memperkasakan parti kata Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin KOTA KINABALU Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin berkata parti itu sedia berdepan dengan Bersa...
We Re Prepared To Welcome Back Umno Turncoats From Bersatu Says Zahid

We Re Prepared To Welcome Back Umno Turncoats From Bersatu Says Zahid

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 530 hits
Ahmad Zahid Hamidi says some ex Umno leaders quit the party for Bersatu after the last general election as they wanted a comfortable life PETALING JAYA Umno is prepared to welcome members who defected to Bersatu back into its fold party pre...
Zahid Sahkan Tiada Mn Umno Bakal Bertanding Solo Pas Gayut Pada Bersatu

Zahid Sahkan Tiada Mn Umno Bakal Bertanding Solo Pas Gayut Pada Bersatu

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 319 hits
Ketika host my online TV menanyakan soalan sekiranya BN bertanding bersama Muafakat Nasional berapa kerusi parlimen dijangka boleh dimenangi dan berapa negeri dapat diperintah oleh gabungan itu Dengan selambanya Presiden UMNO menjawab Saya ...
Zahid Welcomes Umno Defectors To Bersatu To Return To The Fold

Zahid Welcomes Umno Defectors To Bersatu To Return To The Fold

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 558 hits
Umno is willing to welcome back those who left the party as long as they realise that it is a true sincere and honest party in the struggle for religion race and country said party president Ahmad Zahid Hamidi In a Facebook post late last n...
Umno Dikianati Oleh Pas Dan Bersatu Padan Muka Bersatu Sedia Lawan Umno Kata Muhyiddin

Umno Dikianati Oleh Pas Dan Bersatu Padan Muka Bersatu Sedia Lawan Umno Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 257 hits
Bersatu sedia lawan Umno kata Muhyiddin October 2 2021 Muhyiddin Yassin ketika sidang media selepas menemui pemimpin Bersatu Sabah di Kota Kinabalu hari ini KOTA KINABALU Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata Bersatu bersedia melaw...
Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa

Top 10 Hotel Berdekatan Klia Bermula Rm70

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Kes Bunuh Pelajar Universiti 3 Suspek Direman 7 Hari

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Awal Muharram 2025

Maksud Gambar Sekadar Hiasan

Ets Diselenggara Secara Berkala

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around