Tiada Umno Baru Atau Umno Lama Kata Zahid



(Malaysiakini) – Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengulas laporan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li yang bermesyuarat bersama sekumpulan veteran Umno bagi membincangkan usaha mewujudkan ‘Umno lama’ semalam.
“Kami, tiada Umno baru tiada Umno lama. Kami ambil perkiraan, semua peringkat umur termasuk veteran. Jika ada perbezaan pendapat, ini sering diraikan setiap kepimpinan.
“Saya tidak fikir perlunya semangat untuk hidupkan sesuatu parti yang telah diharamkan pada 1988.
“Semangat itu perlu disuntik dalam Umno yang sekarang. Mari kita berpadu supaya kita dapat bergerak dalam landasan yang sama.
“Bukan Umno, Barisan Nasional sahaja harus diperkukuhkan tapi tiba masanya kita hentikan perbezaan ideologi politik demi negara tercinta,” katanya, lapor Bernama selepas menyertai program vaksin ke rumah pesakit-pesakit terlantar bersama Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad di Bagan Datuk hari ini.
Tengku Razaleigh Hamzah semalam dilaporkan mahu menghidupkan semula ‘Umno lama’ yang diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1988.
“Hasrat kami untuk menghidupkan semula adalah agar Melayu kembali bersatu.
“Umno sekarang pecah. Akhir-akhir ini banyak orang merasakan bahawa Umno baru ini sudah hilang taring. Dan mungkin susah menghadapi pilihan raya.
“Keadaan sudah berlainan. Jadi, kita harap dapat kita ajak semua pihak bersama mewujudkan perpaduan di kalangan orang Melayu,” kata Razaleigh.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kewujudan terlalu banyak parti politik akan menyebabkan rakyat muak dengan kepelbagaian ideologi, perbezaan pendapat yang akan membawa ekonomi negara terus dalam fasa ketidaktentuan.
Katanya, landskap politik negara seharusnya terus maju ke hadapan dengan mengelakkan penambahan parti politik.
“Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, seseorang itu bebas untuk menubuhkan sebarang persatuan, pertubuhan mahupun parti politik.
“Tapi kita harus lihat jika negara kita mempunyai terlalu banyak parti politik, akan menimbulkan kepelbagaian dan tidak ada satu parti dominan yang menulang belakangi sistem demokrasi bagi membentuk kerajaan,” katanya lagi.
Untuk rekod, pada Jun 1987, satu tindakan guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 ahli Umno di mana mereka telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung Umno April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal, serta tidak mempunyai kesan.
Selepas perbicaraan hampir tujuh bulan, pada 4 Feb 1988 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan bahawa Umno sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Susulan itu, presiden Umno ketika itu Dr Mahathir Mohamad mendaftar parti baru yang dikenali sebagai ‘Umno baru’.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/10/09/tiada-umno-baru-atau-umno-lama-kata-zahid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muktamad Umno Tak Kerjasama Bersatu Pn Pada Pru15 Kata Zahid

Muktamad Umno Tak Kerjasama Bersatu Pn Pada Pru15 Kata Zahid

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 403 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengulangi keputusan Perhimpunan Agung Umno 2020 dan Majlis Kerja Tertinggi tidak bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum ke 15 Katanya keputusan itu adalah muktamad Umno juga mengambil pendirian m...
Ku Li Nak Hidupkan Semula Umno Lama Dakwa Umno Baru Kini Dah Hilang Taring

Ku Li Nak Hidupkan Semula Umno Lama Dakwa Umno Baru Kini Dah Hilang Taring

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 562 hits
agendaily com9 10 2021Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengadakan mesyuarat dengan beberapa veteran UMNO dengan hasrat menghidupkan semula UMNO lama yang diisytiharkan tidak s...
Tiada Istilah Umno Lama Atau Baharu Bezanya Perjuangan

Tiada Istilah Umno Lama Atau Baharu Bezanya Perjuangan

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 177 hits
UMNO adalah UMNO UMNO tidak pernah salah kerana UMNO hanya wadah politik tetapi yang salah adalah manusia yang memimpin UMNO rakus tamak sanggup hancurkan parti demi kepentingan diri Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada Jum...
Ahmad Zahid Tolak Hasrat Hidupkan Umno Lama

Ahmad Zahid Tolak Hasrat Hidupkan Umno Lama

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 244 hits
bharian comOleh Oktober 9 2021 12 46pmDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hadir pada program outreach vaksinasi Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia di Parlimen Bagan Datuk Foto NST...
Zahid Hamidi Buatkan Minum Petang Umno Dan Pas Sia Sia Saja Baru Sedar Sikap Pas Tanya Pengemudi Pakatan Rakyat Dahulu

Zahid Hamidi Buatkan Minum Petang Umno Dan Pas Sia Sia Saja Baru Sedar Sikap Pas Tanya Pengemudi Pakatan Rakyat Dahulu

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 364 hits
Petang semalam Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan memuat naik di media sosial gambar pertemuan minum petangnya bersama dua pemimpin kanan Pas Mereka ialah Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas Idris Ahmad Turut...
Umno Tahu Mana Intan Mana Kaca Hanya Terima Ahli Dan Pimpinan Bersatu Yang Jujur Kata Zahid

Umno Tahu Mana Intan Mana Kaca Hanya Terima Ahli Dan Pimpinan Bersatu Yang Jujur Kata Zahid

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 540 hits
October 6 2021 10 30 PMAhmad Zahid Hamidi berkata Umno tidak pernah lupa bagaimana sebahagian mereka meninggalkan perjuangan parti untuk bersama Bersatu PETALING JAYA Umno hanya akan menerima ahli dan pemimpin Bersatu yang benar benar ikhla...
Dengan Bersatu Zahid Kata No Way Di Melaka Umno Minta Ehsan Dap

Dengan Bersatu Zahid Kata No Way Di Melaka Umno Minta Ehsan Dap

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 260 hits
satuberita myBy October 7 2021 KETIKA ditanya oleh portal Malaysiakini adakah UMNO akan bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Negeri Melaka jika diadakan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui pesanan teks menjawab Sa...
Bukan Rintangan Besar Umno Sabah Juga Sedia Lawan Bersatu Pada Pru15 Kata Bung

Bukan Rintangan Besar Umno Sabah Juga Sedia Lawan Bersatu Pada Pru15 Kata Bung

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 347 hits
Umno akan mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU lalu seterusnya akan memperkasakan parti kata Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin KOTA KINABALU Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin berkata parti itu sedia berdepan dengan Bersa...
Kerjasama Dengan Pn Umno Di Melaka Hanya Zahid Sahaja Tolak

Kerjasama Dengan Pn Umno Di Melaka Hanya Zahid Sahaja Tolak

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 284 hits
agendaily com10 10 2021No way Bersatu kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mengulas kerjasama kedua dua parti untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka sekiranya diadakan Tidak ada masalah untuk Perikatan Nasional beker...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator