Umno Sudah Lapuk Nak Bangkit Mesti Kembali Pada Pas


ismaweb.net
Ainul Illia
BN jatuh kerana perpecahan dalaman yang tak diubati
BANGI, 9 Jamadilakhir 1444H, Isnin – Kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berpunca daripada jenamanya yang sudah lapuk dan kusam, kata Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS itu berkata, BN tiada sentuhan pembaharuan berbanding Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) yang lebih muda, baru dan menarik.

“Ia lebih kuat untuk menarik pengundi baru. Tua adalah kejatuhan,” kata Nik Abduh.

Selain itu, katanya, BN juga jatuh ekoran perpecahan dalaman yang tidak diubati.

“Apabila anda masuk gelanggang dengan hati yang terpecah-pecah, anda tidak akan menang. Perpecahan adalah kekalahan.

“Dengan bebanan berat itu, ketika kempen PRU15 lepas, BN tiada kekuatan untuk menangkis segala serangan. Dari hari ke hari sehinggalah hari mengundi, BN amat kelihatan malap,” katanya.

Nik Mohamad Abduh berkata, untuk kembali bangkit, UMNO perlu kembali kepada Islam.

“Musibah adalah hukuman ringan, pengajaran, jalan taubat dan lebih hebat, meninggikan darjat. Hukuman berat hanyalah dengan musibah kematian.

“UMNO terkena musibah pada PRU14, tetapi tidak mati. Justeru ia adalah pengajaran dan jalan taubat yang perlu dilalui.

“Sebenarnya UMNO telah menunjukkan tekad ke arah itu dan telah pun melakukan pindaan dalam perlembagaan parti mereka yang meletakkan Islam di tempat utama,” katanya.

Malangnya, kata Nik Mohamad Abduh, perpecahan dalaman, kekalutan perebutan kuasa di dalam kerajaan selepas PRU14 serta persaingan dengan parti Bersatu telah memalapkan usaha untuk meneguhkan semangat Islam di dalam UMNO.

“Adakah itu hipokrit? Allah-lah yang maha tahu. Saya tidak akan menghukum. Bagi saya, pilihan UMNO untuk bersama PH adalah tindakan terdesak akibat hilangnya keyakinan terhadap PN, bukan terhadap Islam,” katanya.

Pada masa sama, Nik Mohamad Abduh berpandangan, untuk UMNO bangkit, parti itu mesti bersama PAS sebagai rakan.

“Apabila anda bertaubat dan ingin membaiki diri, anda perlu mendampingi rakan yang baik. Pesakit mesti bersama doktor.

“Jika hanya bersama pesakit sepertinya, mereka akan saling mengeluh dan putus asa. Jika bersama bomoh serba tahu, dia akan diberi penawar beracun. Mati.

“Justeru UMNO mesti bersama PAS. Ia kerana PAS adalah lebih mendahului parti yang lain di dalam komitmennya untuk Islam,” katanya.

Tegasnya, UMNO ketika ini masih berpecah kepada dua kumpulan, namun persoalannya adalah kumpulan mana yang akan memimpin nanti.

“Saya konsisten mengajak mereka untuk bersama PAS membina negara. Antara pantang saya, masuk campur urusan dalaman orang.

“Segala salah faham boleh diselesaikan. Kemenangan besar bukan dengan membunuh, tetapi dicapai dengan perdamaian. Bukankah begitu ‘fathu Makkah’?

“Politik negara telah menzahirkan pelbagai kepelikan. Ia bermaksud tiada yang mustahil dalam politik. Biarlah kalau mulut kuat sembang. Jangan pula muka yang tersembam,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/umno-sudah-lapuk-nak-bangkit-mesti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Tak Terfikir Nak Ganggu Tapi Dah Terlanjur Cinta Ira Pernah Suruh Syamsul Kembali Kepada Isteri

Dia Tak Terfikir Nak Ganggu Tapi Dah Terlanjur Cinta Ira Pernah Suruh Syamsul Kembali Kepada Isteri

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 273 hits
Sedia maklum beberapa hari yang lalu pengarah serta pelakon Syamsul Yusof membuat satu pengakuan mengemparkan bahawa dirinya sudah pun berkahwin dengan 8216 orang ketiga 8217 dalam rumah tangganya iaitu Ira Kazar Pengakuan tersebut sememang...
Umno Perlu Bangkit Bukannya Rasa Selamat Walau Lemah Sedangkan Yes Man Pada Pkr Dan Dap

Umno Perlu Bangkit Bukannya Rasa Selamat Walau Lemah Sedangkan Yes Man Pada Pkr Dan Dap

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 168 hits
Umno Perlu Bangkit Bukannya Rasa Selamat Walau Lemah Sedangkan Yes Man Pada Pkr Dan Dap
Resipi Puding Milo Chocolate Sedap Berlemak Dah Makan Mesti Nak Lagi

Resipi Puding Milo Chocolate Sedap Berlemak Dah Makan Mesti Nak Lagi

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 156 hits
Sementara anak anak masih bercuti inilah masalah untuk kita meraikan anak anak di rumah Minum petang dengan puding yang disiapkan awal awal pasti buat anak suka Asal sahaja peti ais dibuka tersedia puding cantik kegemaran anak anak Jom cuba...
Zahid Umno Mesti Keluar Daripada Doktrin Yang Dicipta Dr Mahathir

Zahid Umno Mesti Keluar Daripada Doktrin Yang Dicipta Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 153 hits
Keputusan BN untuk bekerjasama dengan PH bagi menubuhkan kerajaan persekutuan selepas PRU15 dan bukannya dengan PN seperti penggal lalu adalah kerana kerjasama dengan PN akan membawa lebih banyak mudarat kata pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi...
Hadi Pas Only Trying To Save Umno From Being Led Astray

Hadi Pas Only Trying To Save Umno From Being Led Astray

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 184 hits
File picture shows PAS president Tan Sri Abdul Hadi Awang speaking to the media after giving a statement at IPD Sentul Kuala Lumpur December 5 2022 Picture by Hari AnggaraKUALA LUMPUR Dec 31 PAS president Tan Sri Abdul Hadi Awang claimed Um...
Siapa Nak Undi Umno Lagi Jika Dah Bergabung Dengan Anwar Dap

Siapa Nak Undi Umno Lagi Jika Dah Bergabung Dengan Anwar Dap

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 183 hits
agendaily com29 12 2022Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz kerap mengeluarkan pendapat kritikal terhadap UMNO dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Tun Faizal Ismail A...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat