Zahid Umno Mesti Keluar Daripada Doktrin Yang Dicipta Dr Mahathir




Keputusan BN untuk bekerjasama dengan PH bagi menubuhkan kerajaan persekutuan selepas PRU15 dan bukannya dengan PN seperti penggal lalu adalah kerana kerjasama dengan PN akan membawa lebih banyak mudarat, kata pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid berkata BN membuat analisis berkenaan gabungan politik mana yang akan membawa paling kurang mudarat kepada BN dalam jangka panjang

"Kami buat analisis, bukan sahaja sekarang tapi untuk jangka sederhana dan panjang. Mudarat mana yang kurang, yang boleh terus relevankan Umno, katanya dalam wawancara yang disiarkan secara langsung di saluran Youtube NRChannel semalam

"Majlis Tertinggi (MT) Umno putuskan lebih banyak mudarat dengan PN

"Mereka bertanding di kawasan sama yang kami bertanding, di kawasan Malay Belt, yang ada kelompok Melayu. Kita berperang di gelanggang yang sama," katanya

Justeru, katanya lagi, Umno memilih untuk berpihak kepada PH kerana ia akan menjamin survival politik parti itu dan BN

"Bersama PH, (Umno ada) potensi besar untuk menang semula kawasan yang dulu (dapat) kurang undi. Kita boleh gali semula potensinya," katanya

Tanpa menyebut sebarang nama secara khusus, Zahid mendedahkan ada dua ahli MT yang tidak setuju dengan kerjasama dengan PH

"Tak lebih dua orang (anggota MT) yang tak setuju," katanya, sambil menambah walaupun ada perbezaan pandangan, semua perlu akur apabila MT sudah mencapai keputusan muktamad

"Adakah ini tidak demokratik? Adakah saya guna kuasa autokratik, ataupun saya seorang diktator yang buat keputusan sendiri? Saya jaga kepentingan parti," katanya

Zahid sebelum ini berdepan bantahan dalam BN kerana didakwa mengambil keputusan menyokong Pengerusi PH Anwar Ibrahim, bertentangan dengan keputusan gabungan itu

Pemimpin MCA dan MIC juga menggesa Zahid meletakkan jawatan sebagai pengerusi BN

Semalam, Zahid berkata dia telah memaafkan pemimpin tersebut dan berkata dia faham mereka berdepan tekanan dalaman yang hebat

Timbalan perdana menteri itu juga berkata dia telah memaafkan 10 ahli parlimen Umno yang dikatakan menyokong Pengerusi PN Muhyiddin Yassin untuk menjadi perdana menteri kesepuluh

"Jangan dikenang peristiwa yang sudah berlalu. Mari kita move on.
"Bentuk gagasan baru, perkukuhkan parti, siap siagakan parti untuk hadapi landskap politik baru. Ketepikan perbezaan antara kita," katanya.
"Salahkan Dr M DAP dalam kerajaan'
Mengulas rasa tidak senang beberapa pihak terhadap kerjasama Umno dengan DAP dalam kerajaan, Zahid berkata kemarahan itu patut dihalakan kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad

Menurut Zahid, Mahathir patut dipersalahkan kerana "mendoktrin" selama 22 tahun dan memberi "gambaran yang sangat negatif" terhadap DAP

"Akhirnya (Mahathir) mendakap parti itu. Dia yang bawa DAP masuk dalam kerajaan PH (selepas PRU 2018)

"Kita lihat Bersatu juga mendakap parti itu (DAP). Begitu juga dengan PAS (sebelum ini). Parti yang belum lagi adalah Umno dan BN," katanya, sambil memberi jaminan dia tidak akan menggadaikan falsafah Umno walaupun bekerjasama dengan DAP

Pernah lantang mengkritik DAP, Zahid bertukar nada selepas penubuhan kerajaan baru apabila berkata DAP telah memberi jaminan untuk 'akur dan patuh' dengan empat Perkara yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk berkaitan agama Islam dan keistimewaan orang Melayu


 'Umno untung dapat jawatan enam menteri' 
Zahid kemudian berkata BN yang hanya meraih 30 kerusi parlimen sepatutnya bersyukur kerana mendapat jawatan menteri yang lebih banyak berbanding DAP, yang menang 40 kerusi parlimen

"Kita bernasib baik. Kita hanya menang 30 kerusi, diberikan enam jawatan menteri penuh. Ada parti yang menang 40 kerusi, tapi dapat empat menteri sahaja.
"Tak bersyukur kepada Allah jika tak berterima kasih kepada yang memberi. Terima kasih kepada Anwar kerana beri peluang untuk kita jadi menteri dan timbalan menteri," katanya apabila ditanya jika BN berpuas hati diberikan enam jawatan menteri dan enam jawatan timbalan menteri.
Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2022/12/zahid-umno-mesti-keluar-daripada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr M Tanam Doktrin Benci Dap Dalam Umno Kata Zahid

Dr M Tanam Doktrin Benci Dap Dalam Umno Kata Zahid

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 161 hits
freemalaysiatoday com December 28 2022 7 47 AMMenurut Ahmad Zahid Hamidi Dr Mahathir Mohamad mendoktrin ahli parti supaya membenci DAP ketika berkuasa dalam Umno selama 22 tahun PETALING JAYA Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Dr Mahathir Mohamad ...
Ketua Pemuda Umno Seremban Keluar Parti Sertai Pas

Ketua Pemuda Umno Seremban Keluar Parti Sertai Pas

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 133 hits
agendaily com14 12 2022Ketua Pemuda UMNO bahagian Seremban Zool Amali Hussin mengumumkan akan menyertai PAS Ketua Pemuda UMNO bahagian Seremban Zool Amali Hussin beberapa ahli jawatankuasanya mengesahkan akan menyertai PAS setelah kecewa de...
Buang Pengkhianat Dalam Umno Sertai Kempen Asal Bukan Zahid

Buang Pengkhianat Dalam Umno Sertai Kempen Asal Bukan Zahid

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 203 hits
agendaily com04 01 2023Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menyokong kempen Asal bukan Zahid digerakkan ketua ketua bahagian UMNO di seluruh negara Semua ketua bahagian UMNO ketua Pemuda Puteri dan perw...
Pemilihan Umno Siapa Pencabar Zahid Hamidi

Pemilihan Umno Siapa Pencabar Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 146 hits
Andainya jawatan presiden dipertandingkan pada pemilihan Umno tahun depan adakah Zahid Hamidi akan mempertahankannya Hampir pasti ya Maka persoalan seterusnya adakah beliau akan dicabar Jika iya siapakah pencabarnya Sebelum itu persoalan ya...
Mahathir Muhyiddin Pasti Cari Peluang Tawan Umno Guna Proksi

Mahathir Muhyiddin Pasti Cari Peluang Tawan Umno Guna Proksi

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 145 hits
Oleh Adam MalikTidak dapat disangkal lagi UMNO ada lah parti terunggul dan terutama milik orang Melayu Suka atau tidak UMNO terus menjadi tumpuan semua ahli politik dan rakyat Malaysia Tiada siapa peduli mahu ambil tahu berkenaan PEJUANG BE...
Umno Sudah Lapuk Nak Bangkit Mesti Kembali Pada Pas

Umno Sudah Lapuk Nak Bangkit Mesti Kembali Pada Pas

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 163 hits
ismaweb netBN jatuh kerana perpecahan dalaman yang tak diubatiBANGI 9 Jamadilakhir 1444H Isnin Kekalahan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 15 berpunca daripada jenamanya yang sudah lapuk dan kusam kata Nik Mohamad Abduh Nik Abdul A...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas