Umno Sepatutnya Utamakan Masalah Rakyat Bukan Desak Pru15 Dipercepatkan


bebasnews.my
By Editor

Syed Ali berkata, desakan supaya membubarkan Parlimen dilihat sebagai usaha terdesak pihak tertentu yang terlalu rakus kepada kuasa dan tersembunyi agenda politik peribadi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR — UMNO sepatutnya mengutamakan pemulihan ekonomi pasca pandemik dan cara membantu menangani masalah dan kesengsaraan rakyat daripada mendesak supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, desakan supaya membubarkan Parlimen dilihat sebagai usaha terdesak pihak tertentu yang terlalu rakus kepada kuasa dan tersembunyi agenda politik peribadi.

Tegasnya, kerajaan kini dilihat tidak berdepan dengan ‘masalah besar’ dalam usaha meneruskan perkhidmatan kepada rakyat dan negara kecuali UMNO yang dilihat terlalu cenderung untuk meraih kuasa politik secara mutlak.

“Saya bersetuju dengan pandangan pemerhati politik yang berpendapat bahawa kemenangan besar UMNO pada PRN Melaka dan Johor bukan kayu ukur untuk parti itu mendabik dada bahawa mereka akan kembali berkuasa pada PRU15 akan datang.

“Ini kerana rakyat akan mempersoalkan kenapa pucuk pimpinan UMNO begitu beria-ia sangat mahu PRU15 disegerakan sedangkan Perdana Menteri yang ada sekarang dilihat telah menjalankan tugas dengan baik, diterima rakyat dan tidak tercemar dengan isu rasuah dan salah guna kuasa.

“Kononnya 191 bahagian UMNO mahukan PRU15 disegerakan atas kehendak rakyat, juga satu alasan yang boleh dipersoalkan kerana rakyat Malaysia sedang bergelut dengan masalah kehidupan bukan terlalu taksub dengan politik dan perebutan kuasa,” katanya menerusi Facebook rasminya, pada Sabtu.

Tambah beliau, berbaki hanya setahun lebih lagi untuk diadakan PRU15, beliau berpendapat lebih baik UMNO mengadakan pemilihan dalam parti terlebih dahulu dan memperkasakan persiapan jentera untuk berdepan pilihan raya.

Tegasnya lagi, sepatutnya UMNO membersihkan dalaman parti terlebih dahulu dengan memastikan tiada pemimpin yang bermasalah dan menangani isu yang membelenggu kehidupan harian rakyat.

“Budaya “ampu pemimpin” sepatutnya sudah tidak ada pada generasi UMNO kerana parti itu usianya melebih 70 tahun. Cukup matang dan berpengalaman. Generasi muda sebaliknya perlu berani bersuara kerana mereka adalah pewaris perjuangan UMNO.

“Sehubungan itu, saya berpendapat UMNO akan dilihat bersih dan pemimpinnya dipandang mulia jika menunjukkan mutu kepimpinan terbaik, ikhlas dan berjiwa besar dengan menyerahkan kepada budi bicara Perdana Menteri atas persetujuan kabinet dan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk bubarkan Dewan Rakyat apabila tamat penggal.

“Jangan bersifat ‘talam dua muka’ kononnya menghormati institusi istana tetapi dalam masa yang sama melakukan pelbagai desakan dan tekanan secara terancang supaya Parlimen segera dibubarkan,” tambahnya.

Sumber asal — https://www.astroawani.com/berita-politik/umno-sepatutnya-utamakan-masalah-rakyat-bukan-desak-pru15-dipercepatkan-352650

— BebasNews

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/umno-sepatutnya-utamakan-masalah-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Ph Sepatutnya Sasar Hanya 80 Kerusi Pada Pru15

Rafizi Ph Sepatutnya Sasar Hanya 80 Kerusi Pada Pru15

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 144 hits
Diterbitkan Mar 24 2022 WAWANCARA l Penanda aras realistik buat Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang ialah memenangi kira kira 80 kerusi parlimen kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli Rafizi yang kembali aktif dalam arena politi...
Gagal Letakkan Hasni Sebagai Mb Tanda Kegagalan Umno Lupakan Dulu Nak Desak Pru Segera

Gagal Letakkan Hasni Sebagai Mb Tanda Kegagalan Umno Lupakan Dulu Nak Desak Pru Segera

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 146 hits
Apa pun situasinya perkembangan mutakhir yang memperlihatkan Hasni Mohamad besar kemungkinan tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar Johor adalah suatu kegagalan buat UMNO Di sebalik Hasni diletakkan sebagai poster boy BN yang mana ia m...
Jangan Lampaui Batas Desak Pru15 Elak Dilihat Ambil Alih Kuasa Agong Kata Pm

Jangan Lampaui Batas Desak Pru15 Elak Dilihat Ambil Alih Kuasa Agong Kata Pm

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 150 hits
freemalaysiatoday com March 17 2022 6 45 PMIsmail Sabri Yaakob berkata isu menyegerakan PRU15 belum dibincang di peringkat parti dan tiada pihak menemuinya untuk membincangkan perkara itu setakat ini PETALING JAYA Perdana Menteri Ismail Sab...
Bekas Wakil Rakyat Bersatu Rosleli Jahari Umum Keluar Parti Kembali Menyertai Umno

Bekas Wakil Rakyat Bersatu Rosleli Jahari Umum Keluar Parti Kembali Menyertai Umno

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 631 hits
JOHOR BAHRU Bekas wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Dewan Undangan Negeri Johor Lama Rosleli Jahari mengumumkan keluar parti itu dan mahu menyertai semula UMNO Pengumuman Rosleli dimuat naik di akaun Facebook rasmi bekas Perdan...
Apa Tujuan Presiden Umno Berterusan Desak Pru Awal Lagi

Apa Tujuan Presiden Umno Berterusan Desak Pru Awal Lagi

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 155 hits
agendaily com23 3 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih membangkitkan isu PRU 15 perlu disegerakan Selepas berakhir Perhimpunan Agung UMNO 2021 baru baru ini nampaknya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih tidak berhenti mener...
Panas Demi Kuasa Mutlak Rakyat Terus Dimangsakan Umno

Panas Demi Kuasa Mutlak Rakyat Terus Dimangsakan Umno

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 191 hits
TAJUK BICARA YB KHALID ABDUL SAMAD PRN JOHOR RAKYAT KALAH BN MENANG APA IMPLIKASINYA DAPATKAN VIDEO PENUH PADA LINK DI BAWAH https youtu be svzcPRMjWAM Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia Berita Poli
Mana Duit Umno Yang Kata Tolong Rakyat Keh Keh

Mana Duit Umno Yang Kata Tolong Rakyat Keh Keh

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 145 hits
Hebat Umno Di era Najib wang KWSP pernah digunakan Di era Ismail Sabri Umno juga keluarkan duit simpanan pencarum untuk pencarum terus hidup Soalannya mana duit dari Umno untuk pencarum Kita keluarkan duit yg kita simpan kemudian kita kena ...
Rakyat Perlu Diyakinkan Kita Mahu Menang Untuk Selesaikan Masalah Mereka Nurul

Rakyat Perlu Diyakinkan Kita Mahu Menang Untuk Selesaikan Masalah Mereka Nurul

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 134 hits
Naratif perjuangan KEADILAN ketika di pucak populariti amat difahami rakyat dan mereka memberikan undi kepada Pakatan Harapan yang bertekad mahu menyelesaikan masalah negara Cuma keadaan berubah dalam 3 tahun terakhir apabila naratif terseb...
Pengeluaran Kwsp Umno Berjaya Ikrar Akan Terus Juarai Isu Rakyat

Pengeluaran Kwsp Umno Berjaya Ikrar Akan Terus Juarai Isu Rakyat

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 153 hits
SHAH ALAM Kebenaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berjumlah RM10 000 bagi mereka yang memerlukan membuktikan desakan UMNO secara berterusan selama ini membuahkan hasil Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco