Pengeluaran Kwsp Umno Berjaya Ikrar Akan Terus Juarai Isu Rakyat
SHAH ALAM – Kebenaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM10,000 bagi mereka yang memerlukan membuktikan desakan UMNO secara berterusan selama ini membuahkan hasil.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, biarpun terdapat pelbagai alasan, kelengahan dan tentangan daripada banyak pihak, UMNO tidak berganjak daripada perkara bermanfaat yang akhirnya diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Rabu.
“Perkara ini membuktikan dengan jelas UMNO adalah parti yang mendengar rintihan dan suara akar umbi.
“UMNO akan mengusahakan segala yang baik. Lambat atau cepat, semua itu proses yang mesti dilalui dengan kesungguhan dan ketegasan,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.
Kenyataan Ahmad Zahid itu susulan Perdana Menteri dalam Sidang Media Khas pada Rabu, mengumumkan kebenaran pengeluaran caruman KWSP sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19.
Dalam pada itu Ahmad Zahid berkata, UMNO nekad untuk terus mengusahakan lebih banyak dasar dan inisiatif yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan hidup masyarakat.
“Inilah UMNO sebenarnya. Sebuah parti yang berdiri atas amal bakti. Sebuah parti yang hidup dengan nadi dan suara rakyat.
“Namun perkara ini juga mengajar kita satu perkara penting. UMNO mesti menjadi parti yang kuat, stabil dan diyakini. Hanya dengan menjadi parti yang besar dan kuat, suara serta desakan UMNO tidak dipandang enteng oleh sesiapa pun yang menjadi kerajaan,” katanya.
Pengeluaran KWSP, UMNO berjaya! Ikrar akan terus juarai isu rakyat
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Hasni Tidak Jadi MB, Shahrir Samad Malu Hadir Perhimpunan Agung UMNO
Isu pelantikan MB Johor boleh beri kesan kepada UMNO dan BN – Hamidin
‘Pas Tidak Dijemput Ke Perhimpunan Agung UMNO? Ada Soalan Lain?’ – Ahmad Maslan
Puad Zarkashi Cabar Muhyiddin Letak Jawatan Dan Tekan ‘Button’
Penyanyi Sensasi Baby Shima Dituduh Jual Arak Bukan Jamu [VIDEO]
‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO]
Tarikh semakan tawaran ke sekolah khusus 2021 ditetapkan 15 Mac ini
Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor
Shafee Abdullah dakwa Hakim Nazlan telah hilang kelayakkan
Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa
The post Pengeluaran KWSP, UMNO berjaya! Ikrar akan terus juarai isu rakyat appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/03/16/pengeluaran-kwsp-umno-berjaya-ikrar-akan-terus-juarai-isu-rakyat/