Umno Sabah Tetap Bekerjasama Dengan Bersatu Pas Hadapi Pru 15


agendaily.com20/08/2022
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Sabah tidak terikat dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang mengarahkan parti itu di peringkat bahagian atau negeri untuk tidak mengadakan kerjasama dengan Bersatu dan PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan Barisan Nasional (BN) Sabah, termasuk UMNO, akan meneruskan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang turut dianggotai kedua-dua parti itu.

“Bukan Sabah,” katanya dalam mesej ringkas kumpulan WhatsApp wartawan untuk maklum balasnya terhadap peraturan tiada autonomi negeri UMNO mengenai pakatan politik rentas parti di luar BN.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan bahawa parti itu tidak membenarkan mana-mana bahagiannya atau badan perhubungan negeri mengadakan sebarang kerjasama politik dengan PAS atau Bersatu pada PRU-15.

Ahmad berkata UMNO negeri dan pemimpin akar umbi tidak mempunyai kuasa autonomi mengadakan kerjasama itu sebaliknya perlu merujuk kepada keputusan yang dibuat pada PAU 2021.

“Setakat ini kami berpegang kepada keputusan perhimpunan agung pada Mac lalu. Keputusan adalah untuk seluruh parti dan tidak terkecuali. Keputusan itu tidak diubah dan ia adalah keputusan tertinggi.

“Perhimpunan itu tidak menyebut pengecualian di mana-mana negeri,” kata Ahmad.

Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata keputusan PAU pada Mac tahun lepas tidak menjejaskan Sabah, yang membentuk pakatan dengan GRS tahun lepas, membolehkan mereka memenangi pilihan raya negeri (PRN).

Sebelum ini UMNO Selangor dilaporkan berhasrat diberikan autonomi kepada setiap bahagiannya supaya boleh terus bekerjasama dengan PAS di bawah platform Muafakat Nasional (MN)

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar dilaporkan berkata kerjasama antara UMNO dan PAS dianggap baik dan lebih berkesan.

Di Sabah, parti di bawah BN, serta Perikatan Nasional (PN) dan parti berasaskan tempatan lain telah bersatu di bawah pakatan longgar dikenali sebagai GRS untuk mengalahkan kerajaan pimpinan Warisan dalam PRN mengejut September 2020.

Walaupun GRS berdaftar sebagai gabungan yang sah pada awal tahun ini, UMNO bukan sebahagian daripadanya, kerana mereka telah pun berdaftar di bawah BN.

Bagaimanapun, spekulasi berterusan sama ada UMNO Sabah akan mengekalkan perkongsian dengan GRS kerana kedua-dua parti telah bertelagah di peringkat nasional dan terdapat tanda-tanda bahawa kedua-dua pihak sedang bersedia untuk saling bertanding pada PRU-15.

Bung yang merancang untuk meletakkan calon BN di 14 daripada 25 kerusi Parlimen pada PRU-15 menggesa ahli UMNO Sabah berfikir seperti pemenang.

“Saya juga telah mengatakan bahawa untuk menang, kita perlu melakukan perkara seperti pemenang. Jika kita ambil mudah, sukar untuk merealisasikan matlamat kita,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/umno-sabah-tetap-bekerjasama-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Negeri Tiada Kuasa Autonomi Bekerjasama Dengan Pas Bersatu

Umno Negeri Tiada Kuasa Autonomi Bekerjasama Dengan Pas Bersatu

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 244 hits
agendaily com19 08 2022Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan UMNO tidak membenarkan mana mana bahagiannya atau badan perhubungan negeri untuk mengadakan sebarang kerjasama politik dengan PAS mahupun Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke...
Selesai Konflik Pas Umno Bersatu Sebelum Bincang Kerusi Mn

Selesai Konflik Pas Umno Bersatu Sebelum Bincang Kerusi Mn

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 227 hits
Konflik antara PAS UMNO dan Bersatu perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum cadangan kerusi Muafakat Nasional dibincangkan bagi menghadapi pilihan raya umum ke 15 kata Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin Memetik laporan Malaysiakini beli...
Umno Kedah Tolak Kerjasama Pas Pada Pru 15

Umno Kedah Tolak Kerjasama Pas Pada Pru 15

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 207 hits
hmetro com myDatuk Shaiful Hazizy Zainol AbidinAlor Setar UMNO Kedah menolak sebarang kerjasama bersama PAS pada Pilihan Raya Umum Ke 15 berikutan berhajat kembali berkuasa dan memerintah negeri itu Ketua Komunikasi Barisan Nasional Kedah D...
Unsound For Hadi To Pick Bersatu Over Umno Former Pas Mp

Unsound For Hadi To Pick Bersatu Over Umno Former Pas Mp

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 334 hits
Why go with small party says Datuk Khairuddin Aman Razali PAS president Tan Sri Abdul Hadi Awang has committed a tactical blunder by choosing Bersatu over Umno said Datuk Khairuddin Aman Razali Speaking to Free Malaysia Today Khairuddin who...
No Autonomy For Umno State Leaders To Decide On Working With Pas Bersatu

No Autonomy For Umno State Leaders To Decide On Working With Pas Bersatu

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 352 hits
Umno s state and division leaders do not have the autonomy to decide on cooperation with PAS and Bersatu says the party s secretary general Ahmad Maslan Instead he said all parties need to refer to the Umno general assembly in March 2021 wh...
Pru 15 Pas Tak Terdesak Hingga Mahu Tumpang Tuah Umno Bn

Pru 15 Pas Tak Terdesak Hingga Mahu Tumpang Tuah Umno Bn

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 233 hits
agendaily com21 08 2022Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad PAS tidak terdesak atau mahu menumpang tuah UMNO apabila ia tetap mahu bekerjasama dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 15 Naib Presiden PAS D...
Tema Pas Teraju Pahang Menjelang Pru 15 Blueprint Dan Roadmap Untuk Masa Depan

Tema Pas Teraju Pahang Menjelang Pru 15 Blueprint Dan Roadmap Untuk Masa Depan

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 249 hits
nbsp KUANTAN PAS sekali lagi mengangkat tema PAS Teraju Pahang menjelang PRU 15 Tema yang menyatakan hasrat dan cita cita PAS Pahang Himpunan Hijau 3 0 PAS Pahang yang berlangsung pada 30 Julai 2022 baru baru ini menunjukkan komitmen para a...
Skandal Lcs Pas Sedia Bantu Pertahan Umno

Skandal Lcs Pas Sedia Bantu Pertahan Umno

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 297 hits
KUALA LUMPUR Pas sedia memberi bantuan kepada UMNO yang kini dilihat cedera bagi memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Ketua Penerangan Pas Khairil Nizam Khirudin berkata kecederaan UMNO itu adalah berikutan serangan bertubi tu...
Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Lima Mangsa Kemalangan Maut Jerantut Feri Telah Dikenalpasti Buat Pusingan U Secara Mengejut Jadi Punca

Scene Dalam Cerita Suzanna Berlaku Secara Real

Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

Kuah Kacang Istimewa Di Bermondsey

English Uasa Year 3

Reagan Airport Is Pausing Flights For Trump S Military Parade What Will It Mean For Travelers

12 Pernikahan Artis Malaysia Bertemakan Outdoor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan

Disenarai Hitam Fahmi Reza Dakwa Dihalang Ke Luar Negara Mahu Penjelasan Bukit Aman

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Comment On Sewa Motor Di Kota Kinabalu Sabah 3 Jenis Motor By Victor Stanley Joseph

Deqnee Dusongnyo Bola Bola Bola Chord